Saturday, May 29, 2010

Ibubapa: Menentukan kita dapat atau tidak syurga

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat 9 pra-syarat untuk mendapatkan syurga dalam post yg lalu. Antaranya adalah syarat bahawa seorang anak itu mendapat syurga hanya jika kedua ibubapanya rida kepadanya. Maka dengan itu mentaati kedua ibubapa itu penting bagi seorang anak orang yg Islam dan iman.
Dalam perkara hubungan antara anak-anak dengan kedua ibubapanya itu, terdapat banyak ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan juga ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Kita lihat beberapa ketetapan tersebut untuk panduan kita:
Firman Allah (a.w): 'Dan sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) wajibkan atas manusia supaya berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.' [Ayat 8, Surah al-Ankabut]
Itulah perintah Allah (a.w). Jika kita melayani kedua ibubapa kita secara yg tidak dianggap baik dalam Islam, maka kita sebenarnya menentang perintah Allah (a.w) tersebut. Apabila kita menentang perintah Allah (a.w) maka jatuh kafir kita secara otomatis, walmiya zubillah. Hari ini berapa ramaikah orang Islam yg menentang perintah Allah (a.w) dalam konteks berbuat baik kpd kedua ibu bapa mereka? iaitu, anak-anak yg tidak menolong ibubapanya yg sudah uzru dan tua. Anak-anak yg menghantarkan kedua ibubapanya ke rumah orang tua, terutama rumahorang tua yg diuruskan oleh orang bukan Islam?
Diriwayatkan hadith dari al-Walid b Aizar berkata: 'Menceritakan dgn berkata: 'Akumendengar Aba Amru as-Syaibani berkata: 'Menceritakan kpdku pnghuni ini rumah (sambil menunjuk kpd rumah Abdullah) berkata (i.e. Abdullah): 'Aku tanyakan kpd Rasulallah (s.a.w): 'Apakah amalan yg sangat disukai atasnya oleh Allah (a.w)?' Bersabda Nabi (s.a.w): 'Mengerjakan solat tep[at pada waktunya.' Bertanya (lagi Abdullah): 'Kemudian apa lagi?' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Berbuat baik kepada kedua ibubapa.' Bertanya (lagi Abdullah): 'Kemudia apa lagi?' Bersabda (Nabi (s.a.w): 'Berjihad pada jalanAllah (a.w).' Berkata (Abdullah), jika menceritakan aku dengan perkara-perkara selainnya, nescaya akan diberitahu oleh Nabi (s.a.w) kepadaku.' [Hadith Bukhari]
Mesej hadith di atas itu amat jelas. Berbuat baik kpd atau terhadap kedua ibubapa itu adalah amalan atau ibdah terbaik dikalahkan hanya oleh ibdah solat lima waktu yg fardu. Malah berbuat baik terhadap kedua ibu bapa itu mendahului ganjaran pahala berjihad! Fikirkanlah betapa pentingnya kedua ibubapa itu dihormati dan ditaati dan dibantu oleh anak-anak mereka, terutama ketika tua dan uzur. Malah disebutkan dalam hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) hanya membenarkan seorang anak lelaki berjihad zamannya sekiranya kedua ibubapanya mengizinkannya. Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu jikalah setiap hari didokong oleh anaknya akan ibunya, pasti tidak terbayar kebaikan yg dilakukan oleh si ibu terhadap anaknya.
Dengan tu, beringatlah. Hari ini begitu ramai anak-anak yg melemparkan dirinya ke dalam neraka atas karenah sendiri, tetapi melemparkan juga dirinya ke dalam neraka kerana menegingkari perintah Allah (a.w) di atas itu.
Bagi mereka yg masih ada kedua ibubapanya hendaklah dia beruasa menyenagkan hati keduanya ketika mereka masih hidup, menolongnya dan membantunya tanpa jemu, insya Allah.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment