Saudara, kita teruskan perbincangan kita mengenai akhlak. Kali ini kita teliti apakah panduan al-Quran dan as-Sunnah tentang akhlak dan kesopanan bergaul dgn orang dalam Islam.
Akhlak dan Kesopanan bergaul dgn Orang
Kita rumuskan perkara ini seperti berikut. Insya Allah sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnahnya akan disampaikan kemudian nanti.
1. Hendaklah menghormati orang yg lebih tua dari kita
2. Tidak membuka barang peribadi milik orang lain tanpa izinnya spt almari, beg tangan, telefon bimbit, fail dll)
3. Menjadi perkara-perkara peribadi dan kehormatan orang lain (tidak didedahkan kpd orang lain)
4. Dalam sesuatu majlis/perhimpunan, tidak duduk antara dua orang tanpa izin keduanya
5. Tidak memanggil dgn jolokan atau nama gelaran atau nama-nama selain nama khususnya yg tidak disukainya atau dibencinya
6. Tidak membuka atau memainkan radio, tv, tape dan lain-lain alat dengan kuat
7. Tidak mengejek, mengata, menghina atau menjadi batu api orang lain
8. Tidak kedekut atau bakhil (spt sentiasa memakan belanja orang dan tidak mahu berbelaja)
9. Tidak mengganggu orang yg sedang rehat
10. Tidak menunjuk-nunjuk sehingga menyebabkan orang cemburu atau irihati
11. Memperlihatkan keperibadian yg membuatkan orang merasa senang dgn kita, mendoakan yg baik atas kejayaan atau prestasi orang lain
12. Jangan suka meminjam dan jika meminjam sesuatu segera dipulangkan atau dibayar balik, jangan bertangguh
13. Menghargai pemberian orang lain walaupun kita tidak suka (tapi jangan dizahirkan perasaan tidak menyukai pemberian)
14. Menepati janji
15. Memenuhi atau menyempurnakan undangan selagi undangan tidak bersifat maksiat (i.e. bersalahan dalam ugama)
16. Menziarahi orang yg sakit
17. Berjabat tangan dgn lembut ketika bertemu (dan menyebut 'Alhamdulillah, astaghfirullah')
18. Tidak berjabat tangan dgn orang yg bukan makhram kita
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment