Monday, May 10, 2010

Kesopanan dan Adab Ketika makan/Minum

Assalamualaikum,
Saudara kita teruskan perbincangan kita tentang 'akhlak dan Kesopanan islam' dengan melihat pula beberapa dimensi lain, terutama makan minum.

Kesopanan ketika Makan

1. Duduk dengan sopan, tidaklah mencangkung atau terkangkang, terutama dari kalangan wanita
2. Makan dengan tangan kanan (termasuklah kalau makan cara Barat menggunakan garpu dan sudu, hendaklah menyuap ke mulut dgn tangan kanan)
3. Memulakan makan dgn menyebut 'Basmalah' (i.e. Bismillahir rahmanir rahim atau sekurang-kurangnya 'Bismillah' ketika menyuap dan mengakhiri makan dengan menyebut kalimah hamidallah (i.e. Alhamdulillah) (Sebaik-baiknya membaca Doa memulakan makan dan doa mengakhiri makan)
4. mengambil makanan secukupnya dan jangan lebih sehingga ada sisa yg banyak, sebaik-baiknya makan dalam pinggan dibersihkan, tiada yg tinggal)
5. Tidak menup atas makanan atau minuman jikalah panas (tunggu sebentar supaya suam)
6. Mulakan makan dari sebelah tepi berdekatan dengan kita dan apabila mengambil makan spt lauk di dalam bekas lan, ambil yg terdekat dahulu
7. Jangan bercakap-cakjap dengan rakan sekiranya mulut penuh dgn makanan
8. Tidak minum sambil makan, kecualilah kerana keperluan seperti nak tercekik atau tekak kesat
9. Mengunyah makana dgn mulut tertutup tanpa kedengaran bunyi kunyahan (sebaik-baiknya biarlah lumat dikunyah makan sebelum ditelan)
10. Mengambil apa-apa makanan yg terjatuh diluar pinggan, jika tempat itu bersh (sebaik-baiknya pastikan jangan makan terkeluar dari pinggan)
11. Memasukkan suapan lain hanya apakala yg ada dalam mulut sudah habis ditelan
12. Tidak kedengaran bising ketukan senduk atau garpu atau camca (sudu) ketika makan
13. Tidak sendawa atau berdahak atau terkentut ketika makan
14. Membersihkan makan di celah-celah gigi selepas atau ketika makan dengan menutup mulut dan membuangnya tanpa kelihatan orang lain
15. Tidak memburuk-burukan makan dgn mencelanya
16. Mendoakan orang yg menjamu kita makan sebelum atau sesudah makan
17. Ketika makan bersama-sama atau dgn saudara yg lain, hendaklah;
(a) Dahulukan yg tua
(b) jangan menyentuh makanan dgn tangan atau menciumnya sebelum mengambilnya
(c) Mengambil yg trdekat
(d) Tidak mengambil makanan dgn sudu yg sudah kita gunakan untuk makan
(e) Jangan bergurau atau melawak ketika makan
18. Ketika mengambil makan dlm bekas untuk semua spt nasi dan lauk, setelah diambil letakkan di tempat yg memudahkan orang lain mengambilnya
19. Hendaklah mendekatkan makanan ke mulut bukan mendekatkan mulut kpd makanan

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment