Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita mengenai tajuk di atas sebagai panduan kita supaya kita lakukan segala sesuatu yg mudah tetapi mendapat ganjaran pahala yg banyak tanpa bersusash payah.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b 'Ubaidin hadith dari perempuan dikalangannya yg dikatakan Umu Kalthum hadith dari Aisyah (r.ah) (berkata): 'Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ' Maka jika terlupa kamu sekelian bahawa membaca (atau menyebut) nama Allah (a.w) (i.e. 'Bismillah') ketika memulakan makan (atau minum), maka katalah (i.e. bacalah) : 'Bismillahi auwaluhu wa-akhiruhu' [Maksud: Dengan nama Allah (a.w) pada awal aku makan dan pada akhir aku makan].' [Hadith Abu Daud, Kitab Adab Makan]
Kita yg Islam disuruh menyebut atau memulakan segala sesuatu perbuatan dan pekerjaan, terutama ketika nak makan dan minum, menyebut kalimah 'Bismillah' dahulu. Jika kita terlupa kerana sesuatu sebab, maka kita tidak baca 'Bismillah', maka hendaklah kita baca ketika teringat doa tersebut itu. Itulah adab Muslinm dan tanda kesyukuran kita kepada Allah (a.w) yg memberikan kita rezki untuk makan dan minum.
Semoga sudah menjadi amalan lazim kita membaca 'Bismillah' ketika nak makan dan minum dan ketika hendak mengerjakan segala sesuatu yg baik, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment