Wednesday, May 5, 2010

Kasih Allah (a.w) kpd Manusia (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat dlm post sebelum ini satu dimensi betapa generousnya Allah (a.w) kpd kita yg Islam dan beriman. Walaupun Allah (a.w) tahu apa yg tersemat dalam hati nurani kita, niat yg jahat (i.e. yg mendatangkan dosa) tidak dicatitikan sebagai dosa dalam Kitab atau Buku catitatan Amalan kita. Sebaliknya niat yg jahat itu, jika tidak dikerjakan atau dilakukan, diberi satu pahala pula. Dan, niat yg baik (i.e. sesuatu yg mendatangkan pahala) diberi satu pahala seumpama kebaikan yg diniatkan, dan jika dikerjakan maka diberi gandaan pahala antara 10 gandaan hingga 700 gandaan tertakluk kpd keikhlasan kita melakukannya.
Walapun begitu, kita mendapat tahu bahawa lebih ramai orang Islam yg menjadi penghuni neraka dari menjadi penghuni syurga! Mengapa dan bagaimana mungkin?? Insya Allah kita akan teliti sebab musabab kenapa menjadi begitu.
Allah (a.w) itu sentiasa bersedia mengurniakan sebanyak mungkin pahala kpd kita yg Islam dan beriman. (Nota: Sila ambil ingatan hanya orang Islam yg beriman sahaja mendapat ganjaran pahala. Yg Islam tetapi tidak beriman, seumpama tidak mengerjakan solat, tidak berpuasa dan sebagainya, mereke terkecuali, kerana orang Islam yg meninggalkan satu waktu solat menjadi kafir, maka tidak diterima segala amalan dan ibadahnya). Malah Allah (a.w) itu Maha Agung dan maha Tinggi, tapi sanggup turun ke langit dunia demi untuk menganugerahkan hambaNya dgn sebanyak mungkin ahal dan kebaikan. Begitu generousnya Allah (a.w). Begitu kasihnya Allah (a.w) kpd kita. Tidak cukup mengutuskan seorang Rasul untuk memperingatkan kita tentang Akhirat, Syurga dan Neraka, Allah (a.w) sanggup menemui hambaNya setiap malam semata-mata untuk memberi pelbagai anugerah kpd kita yg Islam dan beriman.
Diriwayatkan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... hadith dari Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Setiap malam apabila tiba sepertiga terakhir malam, Allah (a.w) Zat yg Maha Suci lagi Maha Mulia (Tinggi), turun ke langit dunia, dan berfirman: 'Barangsiapa berdoa kepadaKu maka akan Aku (Allah (a.w) kabulkan (doanya); barangsiapa yg meminta kepadaKu, maka Aku (Allah (a.w) akan berikan (apa yg dipintanya); barangsiapa memohon keampunanKu (dari dosa-dosanya), maka Aku (Allah (a.w)) ampunkan baginya.' [Hadith Bukhari]
Dalam hadith lain disebutkan bahawa seruan Allah (a.w) itu sampai tiba waktu Solat Subuh, apabila Allah (a.w) naik kembali ke Arasy.
Saudara, hari ini adakah seorang bos atau majikan kita itu menyempat-nyempatkan masa berjumpa dgn kita untuk memberikan kita sesuatu? Adakah pemimpin yg kita pilih itu datang turun ke padang untuk bertemu dgn kita dan menyampaikan sesuatu yg memanfaatkan kita sebagai rakyat kawasannya? Jelasnya, manusia itu lebih sombong dari Allah (a.w), Zat yg berhak berlagak sombong!
Apakah mesej hadith qudsi di atas itu? Allah (a.w) bersedia menemui hamabNya apabila Allah (a.w) turun ke langit dunia apabila sampai sepertiga terakhir malam untuk memberikan kita tiga perkara, jika kita pinta, iaitu:
1. Memberikan kpd kita apa yg kita doa atau pinta dari Allah (a.w)
2. Allah (a.w) memberikan kita apa-apa yg kita pinta daripadanya (seumpama hajat)
3. Mengampunkan dosa-dosa kita apabila kita memohon keampunan Allah (a.w)
Tapi, adakah apabila kita berjaga dan meminta kpd Allah (a.w)? Tidak!
Permintaan yg dilayani oleh Allah (a.w) adalah permintaan yg disampaikan melalui amal ibadah malam hari ketika kita berqiamul-lail. Maka dengan itulah umat Islam yg iman digesa bangun malam untuk mengerjakan solat-solat sunat yg menunjukkan bahawa kita inginkan kasih sayang serta kerahmatan Allah (a.w). Contohnya, solat fardu itu wajib, i.e. disyaratkan bagi seseorang yg mengakui dirinya Islam dan beriman. Mengerjakan solat wajib atau fardu itu bukan bukti kita benar-benar beriman dan sanggup berkurban untuk mengagungkan dan memuliakan Allah (a.w). Demikian juga puasa. Puasa Ramadhan itu adalah syarat Islam dan iman. Bukan bukti bahwa kita benar0banr bersyukur kpd Allah (a.w) dan kita benar-benar mengagungkan dan memuji serta membesarkan Allah (a.w). Ini dibuktikan melalui puas sunat.
Maka dengan itulah, sesiapa yg mengimarahkan malam dengan mengerjakan amalan dan ibadah berikut, layak mendapat anugeraj Allah (a.w) itu:
1. Mengerjakan solat-solat sunat (seumpama Tahajjud, Tasbih, Witir, dllnya)
2. Berzikir sebanyaknya
3. Berwirid sebanyaknya
4. Membaca al-Quran
5. Berdoa
Orang-orang yg mengerjakan ibadah dan amalan sedemikian waktu sepeertiga terakhir malam, sehingga tiba waktu Subuh, dikurniakan Allah (a.w) tiga perkara yg dipohonkan olehnya itu.
Mudah-mudahan kita dapat kesempatan untuk melakukannya, sekurang-kurangnya semalam dalam seminggu, kalaupun tidak setiap malam. Mudah-mudahan Allah (a.w) memberikan kita kekuatan untuk melakukannya, demi masa depan akhirat kita, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment