Monday, May 10, 2010

Akhlak dan Sopan santun orang Islam

Assalamualaikum,
Saudara, Islam mengajarkan umatnya kesopanan yg maha tinggi, jikalah kita benar-benar Islam dan beriman. Allah (a.w) memberitahu hambaNya dalam firman berikut:
Firman Allah (a.w): ' Dan, (ingatlah) sesungguhnya kamu (Muhammad (s.a.w)) nescaya atas budi pekerti yg agung.' [Ayat4, Sural al-Qalam]
Kemudian Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurna baiknya budi pekerti (manusia).' [Hadith Imam Ahmad]
Bagi mereka yg mempelajari ilmu as-Sunnah, tidak lain akan mengetahui bahawa begitu banyak contoh-contoh perangai dan peribadi serta akhlak mulia yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), yg disuruh kita yg Islam dan beriman contohi. Maka dengan itu Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Lebih sempurnanya keimanan seseorang yg beriman itu adalah orang yg lebih baik budi pekertinya.' [Hadith Abu daud, Kitab as-Sunnah]
Budi pekeerti itu mencerminkan ugama dan bangsa. Orang Melayu yg Islam sepatutnya berbudi muli dan berakhlak mulia, jika dibandingkan dgn orang China atau India di Malaysia. Kerana sebagai seorang Islam sewajarnyalah mereka memiliki ilmu tentang budi pekerti dan akhlak. Tapi, malangnya hari ini begitu terkejut kita yg memerhatikan tingkah laku orang Melayu, terutama di kalangan muda mudinya, yg berakhlak begitu mengeciwakan jika dibandingkan dgn akhlak dan budi pekerti muda mudi bangsa lain. kadang-kadang terasa kita apakah orang Melayu yg mengakui diri mereka Islam dijalan menjadi orang yg tidak wajar dihormati?
Bagi mereka yg biasa tinggal di luar negeri -sama ada kerana belajar atau kerana bertugas sementara- dalam masyarakat bangsa lain (di Amerika atau di UK). Kita akan dapat kita sentiasa ditengok oleh mereka dgn senyum walaupun kita tidak dikenali. kalau kelihatan kita terpinga-pinga atau tercari-cari sesuatu, akan ada antara mereka yg bertanya apakah kita perlukan pertolongan? kalau kita dipejabat yg fungsinya memberi pekhidmatan kpd pelanggan, jika kita sudah beratur lama, akan ada kakitangan yg tidak bertugas atau sedang rehat segera memanggil kiita dan bertanya apakah kita perlu pertolongan atau bantuan?
Di malaysia, sukar untuk menemui orang yg memberi senyuman kpd kita sekiranya kita bukan kenalan mereka. kalau kita beratur panjang di jabatan atau organisasi yg memberi pekhidmatan kpd masyarakat, kita wajib bertanya dahulu, baru perkhidmatan diberikan. Jika kita membuat kesilapan kita tidak dinasihatkan, malah dicemuh pula. Jika Q yg panjang, ada beberapa kakaitangan yg tiada kerja, tidak akan membantu melayani pelanggan.
Islam mengajarkan kita supaya memberi salam apakala kita bertemu dgn seseornag yg Islam walaupun kita tidak mengenainya. Ucapan 'Assalamualaikum' itu diucapkan kpd sesiapa saja (orang islam) yg kita temui, sama ada kita kenal atau tidak. Dan, kalau mereka bukan Islam kita juga tegur mereka dg ucapan yg sepadan seperti 'Selamat Pagi' atau 'Apa khabar?' dan sebagainya. malangnya, hari ini akhlak orang Melayu yg diakui Islam sudah jauh dari apa yg dituntut oleh Islam.
Insya Allah dalam post-post mengenai tajuk ini, kita akan rumuskan apakah tutntutan Islam terhadap orang Islam dalam meningkatkan akhlak yg baik lagi mulia. Dengan itu, kemungkinan besar mereka yg tidak Islam akan lebih terdorong untuk mengenali Islam dan memahami Islam, dan mungkin tercetus di hati mereka untuk menjadi Islam, insya Allah

Jazakallahu khairah

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Dalam tahun 70an, orang-orang Melayu percaya bahawa kerana bersopan-santunlah maka orang-orang Melayu jauh ketinggalan berbanding dengan oang-orang Cina & India. Maka itu, orang-orang Melayu telah diseru agar menjadi Kurang Ajar Sedikit agar lebih maju nanti.

    Nampaknya kempen yang bertujuan baik ini "berjaya" dan oleh kerana itu orang-orang Melayu menjadi kurang sopan...

    ReplyDelete