Assalamualaikum,
Saudara, Islam itu amat mulia lagi kemas. Kita diajarkan dari perkara yg besar hingga ke perkara yg sekecil-kecilnya. Cuba kita lihat ketetapan as-Sunnah berikut:
Diriwayatkan hadith kepadaku (kata Imam Muslim) ... hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Fitrah atau kesucian itu adal lima perkara atau ada lima dari fitrah Islam. (Pertama) Bersunat, dan (kedua) mencukur bulu kemaluan, dan (ketiga)memotong kuku, dan (keempat) mencabut bulu ketiak dan (kelima) menggunting misai.' [Hadith Muslim, Kitab Toharah (Bersuci)].
dalam konteks kebersihanyg disyaratkan oleh Islam ini, berapa ramai antara kita yg melakukannya? Kesemua 5 perkara itu amat mudah. Malah kelihatan remeh. tapi, soalnya berapa orang lelaki dan prempuan Islam yg mematuhi preskripsi Rasulallah (s.a.w) itu. Kita disuruh:
1. Berkhatan (i.e. bersunat)
2. Mencukur bulu kemaluan (atau bulu ari-ari)
3. Memotong kuku
4. Mencabut bulu ketiak
5. Mengunting misai.
Lima tahun dulu diceritakan kpd penulis bahawa 50% anak muda yg mengikuti program Rakan Muda Kementerian Beliau tidak berkhatan. malah tak tahu macam mana nak solat. Tak taulah berpa peratus lelaki dan wanita Islam yg mencukur bulu kemaluan mereka, kemungkinan hanya 20 atau 30% saja. Kalau kita perhatikan jari-jari muda-mudi Islam hari ini kita dapati mereka tidakpun memotong kuku. malah ramai pula anak gadis yg menyimpan kuku panjang. Malah, ada yg menampal pula kuku palu kononnya bagi mencantikkan jari-jari mereka. Kalau kita hadir dalam program senamrobik atau senam beramai-ramai anjuran kerajaan, contohnya, kta akan lihat ketiak lelaki yg mengambil bahagian penuh dgn bulu yg simpang siul. Oleh kerana kita tak dapat lihat perempuan, tak tahulah kita keadaannya! Tentang misai, alhamdulillah, ramai kaum lelaki trim misainya supaya kelihatan kacak! Tapi, ramai juga lelaki Islam yg menyimpan misai dan bauk yg tak terurus!
Dalam hadith lain, Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita lakukan lima perkara itu sekurang-kurangnya sekali dalam 40 hari.
Menceritakan hadith kepadaku (kata Abu Daud) ... hadith dari Anas b Malik (r.a) berkata: 'Memberi batas waktu kepada kami oleh Rasulallah (s.a.w) (bahawa kami) memotong/menggunting bulu kemaluan, dan memotong kuku, dan menggunting misai dan mencabut bulu ketiak setiap 40 hari sekali.' [Hadith Abu Daud]
Alangkah murninya Islam. kalaulah kkta pelajari as-Sunnah kita pasti jadi masyarakat yg terurus segala-galanya. Dan, melakukannya pula kita mendapat pahala percuma tanpa perlu bersusah. Malah, sebaik-baiknya dibuatlah setiap minggu, supaya kellihatan kemas dan bersih.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment