Wednesday, May 12, 2010

Akhlak dan Kebersihan Diri/Mengurus Diri

Assalamualaikum,
Saudara ada banyak perkara yg dituntut oleh Islam terhadap kita dalam perkara membersihkan diri atau jalam penjagaan diri kita sehari-harian atau secara berkala.

Akhlak dalam Memelihara Kebersihan Diri

1. Hendaklah mandi setiap hari (sekurang-kurangnya tiga kali - pagi, tengahari dan petang)
2. Rajin berkumur dan memberus/menggosok gigi (terutama selepas makan) atau bersugi
3. Membersihkan kekotoran di mata, hidung, telinga, kuku dan lain-lain anggota badan yg sulit, terutama:
(a) Membuang tahi mata
(b) Membuang tahi hidung
(c) Membuang tahi telinga (i.e. mengorek telinga)
(d) Memotong kuku
(e) Mencukur bulu kemaluan
(f) Mencabut bulu ketiak
(g) Menggunting misai dan memendekkan janggut dan merapikan bauk
4. Rajin mencuci (i.e. membasuh) pakaian
5. Memakai pakaian yg bersih dan tidak comot.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment