Wednesday, May 12, 2010

Akhlak dan Sopan Santun apabila Bercakap

Assalamualaikum,
Saudara, seperti saudara semua sedia maklum, Islam itu mengajar serta memandu keperibadian umatnya dgn halus dan pekerti terbaik. Kita teruskan meneliti apakah panduan akhlak Muslim dan Mukmin ketika berbicara atau bercakap-cakap dgn orang lain.

Akhlak dan Kesopanan ketika Bercakap

Kita turunkan di sisi rumusan ketetapan Islam mengikut nas dan dalil al-Quran dan al-Hadith mengenai tajuk ini. Insya Allah penulis akan muatkan sandaran nas dan dalilnya satu persatu kemudian kelak.

1. Bercakap dgn bahasa yg sopan dan baik, tidak menggunakan kata-kata kotor dan tercemar dan menyakitkan hati yg mendengar
2. Apabila bercakap dgn orang tua /dituakan, hendaklah menundukkan mata apabila bercakap dgnnya dan dng nada suara yg rendah tanpa meninggikan atau menguatkan suara
3. Membiasakan diri dgn memohon 'maaf' dahulu sebelum memulakan dan setelah selesai berkata-kata (spt uacapan 'maaf bercakap' dsbnya)
4. Dalam menggunakan bahasa kedaerahan spt onghat Kelantan atau Minang tidak menggunakan kata-kata yg dikira meninggikan diri kpd orang
5. Sentiasalah menghadapi orang yg kita bercakap dgn penuh sofan (jangan bercakap kemudian melihat ke arah lain)
6. Sentiasalah tidak memonopoli perbualan (i.e. monologue) dan hendaklah memberi peluang kpd lawan bercakap untuk bercakap juga
7. Tidak masuk atau mencelah cakap kawan sehinggalah dia selesai bercakap dan sehingga memberi peluang kpdnya untuk menyudahkan hujahnya
8. jangan sekali-kali bercaka dgn mencekak pinggan atau menuding jari kpd lawan bercakap
9. Apabila bercakap jangan menceritakan keburukan atau keabian orang lain atau menceritakan perihal orang lain
10. Jika bertiga jangan bercakap dalam bahasa atau loghat yg tidak difahami oleh yg ketiga, tidak berbisik-bisik tanpa diketahui oleh yg ketiga
11. Tidak berkata dusta walaupun sebagai kata-kata lawak (i.e. joke atau jest) atau buat-buatan
12. jangan bergurau yg berlebih-lebihan dan melawak dgn kata-kata yg buruk.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment

Post a Comment