Thursday, May 13, 2010

Mengapa kita wajib Islam? (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, tak berapa lama lalu penulis postkan beberapa hujjah berdasarkan nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, mengapa manusia itu wajib masuk Islam atau anuti ugama Islam. Kita telah tahu bahawa kehidupan di dunia ini bukanlah cerita penamat bagi manusia, kerana ada tiga lagi kehidupan yg hakiki, yg akan mereke tempohi: iaitu, kehidupan pertama, kehidupan dalam kubur; kehidupan kedua, ketika perhimpunan agung manusia sejagat mulai manusia zaman Adam (a.s) sehinggalah manusia terakhir yg dilahirkan ketika berlakunya kiamat, dan kehidupan ketiga, setelah ditimbang dosa-pahala dan ketika ditentukan tempat manusia itu sama ada menjadi penghuni neraka atau penghuni syurga.
Orang yg tidak Islam tidak mengakui adanya kehidupan setelah mati, i.e. setelah berada dalam kubur dan kehidupan yg seterusnya. Ada yg yakin bahawa jika mereka baik di dunia dia akan dijelmakan dalam bentuk-bentuk lain juga dalam dunia. Ada yg berkata bahawa jika mereka baik, di akhirat kelak mereka juga baik. Itulah ajaran atau fahaman orang yg tidak mempercayai wujudnya Allah (a.w) Tuhan yg Esa dan mereka tidak akui Islam ugama pilihan Allah (a.w), kerana mereka tidak mahu percayai al-Quran itu adalah kalimah Allah (a.w) yg diturunkan kpd Nabi Muhammad (s.a.w).
Namun walau apapun kepercayaan mereka, yg pasti mereka yg tidak Islam juga akan melalui tiga lagi kehidupan yg disebutkan itu. Yg membezakannya hanyalah kehidupan kali ini tidak membolehkan kita bersahabat handai atau berkawan dengan sesiapapun dan yg pasti kita merasai keseronokan dan kesakitan sebagaiman kita hidup sekarang ini. Jika disiksa kita rasakan sakitnya. Jika tidak kita rasai kenikmatan keselamatan dan keamanan hidup. Maka dgn itu dalam alam barzah (i.e. dalam kubur), dikatakan bahawa orang yg menjadi calun syurga pasti merasai nikmat kuburnya sebagaimana sebuah taman syurga yg enak dan dia berehat sahaja di dalamnya, manakala calun neraka akan merasai bahawa kuburnya adalah sebagai satu daripada lubang atau corong exhaust api neraka (i.e. furnace) yg sentiasalah dia merasa bahangnya selain dari beberapa siksaan yg ditetapkan dalam kubur baginya. Yg disiksa merasa kesakitan atau kepedihan siksannya tapi tidak boleh mengelak atau mendapat bantuan orang lian untuk meringankan kesakitan atau kepedihan azab yg diterimanya dalam kubur.
Begitu juga ketika menjalani kehidupan kedua selepas alam barzah, iaitu ketika kiamat dunia, apabila Seruling Sangkala pertama ditiupkan mematikan manusia dan seruling Sangkala kedua ditiupkan bilamana manusia akan dibangkitkan untuk berbaris dalam perhimpunan agung terbsar manusia - kerana setiap seorang dari zaman Adam (a.s) hinggalah ke manusia yg lahir terakhir ketika tiupan Sangkakala Kedua berlaku, akan bangun dari kubur dan berjalan menuju ke perhimpunan agung terbesar itu. Di sana, setiap seorang diberikan Kitab Catatan Amalan masing-masing untuk ditimbang dosa-pahala mereka. Perhimpunan itu akan berakhir selepas 50 tahun lamanya (i.e. tahun akhirat. Setiap sehari dikala itu adalah selama 1,000 tahun kiraan waktu atau masa di dunia). Begitu lamanya!
Akan berlaku hisaban dosa pahala, yg akan menentukan siapa yg berjaya menjadi penghuni syurga dan siapa yg akan menjadi penghuni neraka. Dalam hisaban itu orang yg terkaya dan berharta adalah golongan terakhir diputuskan hisaban mereka. Di padang makhsyar itu matahari didekatkan ke atas kepala manusia, kira-kira sejengkal, dan bmi adalah jelmaan tembaga. Fikirkanlah betapa panasnya dewasa itu. Sekarangpun kepanasan yg kita alami setiap hari buat beberapa bulan ini hanya lebih-lebih 39 atau 40 darjah Celcius saja! Pun sudah begitu azab bagi kita. Yg kaya duduk dalam bilik Aircond dan yg miskin boleh berteduh di bawah pokok, supaya didinginkan oleh angin yg lalu! Di padang makhsyar tiada perlindungan, tidak ada rumah, dan tidak ada pohon berteduh. Manusia pula tidak berkain, kerana bertelanjang bogel sebagimana dilahirkan ke dunia pertama kalinya. Maka dgn itu disebutkan peluh orang ketika itu sampai mencecah hidungnya.
Yg dapat melindungi kita dari siksaan kepanasan matahari dan kepanasan bumi yg dipanaskan oleh matahari itu hanyalah amalan kita. kalau calun syurga, pastilah tidak merasa kepanasan matahari serta kepanasan bumi tembaga itu. Oleh kerana kita, pada hakikatnya hidup, maka kita juga merasai kelaparan dan kehausan. Itu juga satu penyiksaan! Yg Islamnya diterima, mereka diberi peluang pergi ke Telaga al-Kauthar yg dianugerahkan Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w), untuk minum. Sesiapa yg minum airnya tidak akan haus (malah lapar lagi) selama-lamanya. Tapi, hanya mereka yg Islam yg tergolong dalam golongan 'Ahlus sunnah wal-jama'ah' sahaja yg diberi peluang minum air al-Kauthar itu.
Justru itu, mungkin kita Islam tetapi kita tidak digolongkan sebagai mereka yg tergolong dalam 'Ahlus sunnah wal-jama'ah', maka kita kekal berdiri di padang makhsyar kehausan yg teramat tanpa diberi peluang minum air al-Kauthar. Siapakah ahlus sunnah wal-jama'ah? Penulis telah jelaskan dalam banyak post dalam blog ini, iaitu mereka yg menepati dua syarat: pertama, mereka berpandukan as-Sunnah (dalam kehidupan sehari-harian dan mereka beramal dan beribadah berpandukan as-Sunnah), dan kedua, mereka dalam Islam atau anuti Islam secara berjema'ah. Kalau terkeluar dari golongan tersebut, siksalah di padang makhsyar kelak!
Dengan itulah juga Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa yg selamat adalah orang Islam yg menepati ketetapan-ketetapan berikut:

1. Mereka taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah) - Ayat 13, Surah an-Nisa'
2. Mereka mentaati Rasulallah (s.a.w) kerana mereka akur dgn perintah Allah (a.w) bahawa mentaati Rasulallah (s.a.w) bererti mentaati Allah (a.w) - Ayat 80, Surah an-Nisa'
3. Mereka yg ikuti as-Sunnah - Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 158, Surah al-Araf (i.e. ikuti as-Sunnah)
4. Mereka yg anuti Islam secara berjema'ah dan mereka tidak menubuhkan firqah atau mazhab atau perkumpulan berasingan dalam Islam - Ayat 103, Surah ali-Imran
5. Mereka yg taatkan 'ulil amri' (i.e. pemimpin jema'ah Islam) dgn syarat mereka tidak patuhi suruhan ulil amri yg maksiat terhadap Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) (i.e. bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) - Ayat 59, Surah an-Nisa'
6. Mereka tidak sesat dalam Islam kerana mereka berpandukan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam sabdanya berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Taraktu fikum 'amraini lan tadillu ma in tamasyiktum bihima, wahia Kitabbulahi wa-sunnati nabiyi' [Maksud: Aku tinggalkan kpd kamu dua perkara yg jika kamu berpegang dengan kedua-duanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah).] [Hadith banyak riwayat]
7. Mereka yg Islam tidak mengamalkan sesuatu yg bersifat atau bercorak tahyul, kurafat, taklid dan bid'ah, kerana mengamalkannya menyebabkan mereka terkeluar dari Islam tanpa disedari mereka, sebagaimana sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man akhdatha fi amrina haza ma laisa minna, fahua raddun' [Maksud: barangsipa membuat pembaharuan dalam perkaraku (i.e. ugama Islam dan syariatnya) yg tidak didatangkan dari aku (Nabi), maka dia (i.e. amalan dan ibadahnya) ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w) [Hadith Bukhari]
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man 'amila 'amalan laisa alaihi amruna fahua raddun' [Maksud: Barangsiapa beramal dengan suatu amalan yg tiada atas amalan itu aku (nabi_ perintahkan, maka dia (amalannya) di tolak.' [Hadith Muslim]
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Tidak diterima Allah (a.w) ahli-ahli bid'ah (i.e. yg mencipta, mengajar dan mempelopori dan mengamalkannya) (yg tidak diterima itu adlah) amalan puasanya, tidak diterima amalan solatnya, tidak diterima amalan sedekahnya, tidak diterima amalan hajinya dan tidak diterima amalan umrahnya, dan tidak diterima amalan jihadnya, dan tidak diterima amalan-amalan fardu dan sunatnya (yg lain). Maka keluar dia dari Islam sebagaimana keluarnya sehelai rambut yg ditarik dari adunan tepung roti.' [Hadith ibnu Majah]
8. Mereka yg tergolong dalam satu golongan dari 73 golongan umat Islam yg berjaya mendapat syurga, iaitu mereka yg menepati spesifikasi Rasulallah (s.a.w) dalam sabdanya:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Iaitu mereka yang mengikuti jalanku dan jalan sahabat-sahabatku yg benar dan yg mendapat petunjuk Allah (a.w) (i.e. khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin)' dan (sabda Rasulallah (s.a.w)) 'mereka itu mengikuti jema'ah' [Hadith Bukhari dan at-Termidzi]
Oleh itu, berwaspadalah. Semaklah ilmu kita mengenai Islam dan syariatnya. Hapuskanlah kejahilan kita terhadap ugama kita, terhadap amal dan ibadah kita. Janganlah kita bersenang hati dan merasai selesa. Pastikanlah kita mencari ilmu supaya kita lebih faham, tentang Islam dan syariatnya. janganlah kita terima cakp-cakap orang walaupun ditonjolkan atau menonjolkan diri sebagai ualma' selagi kita belum pasti sumber ilmu keulamakkannya. Ilmu yg haq atau benar itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Berpandulah kpd as-Sunnah untuk mengabdikan diri kita kpd Allah (a.w) mengikut ketetapan Allah (a.w). Kita selamat dan berjaya mendapat syurga dan terselamat dari neraka secara pasti. Itulah janji Allah (a.w).

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment