Wednesday, May 5, 2010

Kasih Allah (a.w) kpd Manusia

Assalamualaikum,
Saudara mungkin ramai antara kita yg Islam tidak sedar betapa baiknya Allah (a.w) kpd kita. Kalaulah kita sering merenung dan memikirkan betapa baiknya Allah (a.w) terhadap kita, sudah pastilah kita amat bersyukur kpdNya. Agaknya berapa tingikah nilai peluang kehidupan yg diberikan Allah (a.w) kpd kita jika dinilai dgn wang ringgit? Mungkin orang insuran tahu nilai nyawa, maka dgn itu mereka mengeluarkan cover dlm insuran nyawa. Itu belum cukup. Kemudian, kita diberi rezki pula oleh Allah (a.w). Tapi, kebanyakan manusia, termasuk yg Islam itu, berpandangan bahawa rezki yg mereka makan dan minum dan miliki itu semuanya atas usahanya sendiri! kalaulah mereka tahu, mereka akan sentiasa syukur kpd Allah (a.w).
Kemudian kita lihat satu dimensi lain. Betapa baiknya Allah (a.w) kpd kita. Kita diberitahu bahawa walaupun Allah (a.w) itu tahu segala sesuatu yg diperlihatkan secara zahir maupun yg disembunyikan tanpa pengetahuan orang lain. Allah (a.w) tahu gerak hati seseorang itu. Kita sebagai manusia tidak tahu. Apakah motif seseorang itu lakukan sesuatu untuk kebaikan, apakah dia lakukan kerana Allah (a.w) atau kerana manusia (i.e. ingin mempamir diri atau menunjuk-nunjuk, walalupun mereka berkata 'Aku ikhlas buat segala ini'.) Malaikat yg mencatit tidak tahu, tapi Allah (a.w) tahu!
Menyentuh tentang perkara dosa dan pahala ini, kita lihat betapa sayangnya Allah (a.w) terhadap kita kerana, sesuatu yg diniatkan atau dihajatkan dalam hati, belum dizahirkan, Allah (a.w) tahu apakah niat atau hajat kita itu baik atau jahat, tapi selagi tidak dizahirkan dalam bentu perbuatan atau kelakuan, maka tetap belum dikira dosa. Jika suatu keburukan yg diniatkan dalam hati, dikira paha sesuatu kebaikan jika tidak dikerjakan apa yg diniatkan. Jelasnya, niat yg baik tetap diberi ganjaran, tapi niat yg buruk atau jahat, tetap tidak diambil kira, kecuali ditinggalkan i.e. tidak dikerjakan. Apabila dilakukan pula, kebaikan yg diniatkan itu diberi bukan sahaja ganjaran pahala tapi gandaan pahala pula, gandaan antara 10 hingga 700 kali ganda pula. Jika kejahatan yg diniatkan dan kita lakukan, maka ditulis sebagai satu dosa saja. Begitulah generousnya Allah (a.w). Buiarpun gitu, ramai antara kita yg tidak syukur. Kita tidak syukur kpd Allah (a.w) apabila disuruh solat, kita tidak kerjakan ...
Cuba kita lihat hadith qudsi (nota: hadith qudsi adalah firman Allah (a.w) yg disampaikan melalui sabda Rasulallah (s.a.w) kpd manusia), berikut:
Diriwayatkan hadith kepadaku (kata Bukhari) ... oleh Abu Hurairah (r.a) menceritakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Allah (a.w) berfirman: 'Ketika berkehendakkan hambaKu bahawa dia ingin melakukan sesuatu kejahatan, maka janganlah kamu (malaikat) tulis baginya (dosa) sehingga dikerjakan olehnya; maka jika dikerjakannya maka tulislah kejahatan seumpama kejahatan itu, dan jika ditinggalkannya keranaKu, maka tulislah baginya satu kebaikan (pahala). Dan, ketika berkehendakkan (hambaKu) bahawa berbuat suatu kebaikan, maka tidak dikerjakannya, maka tulislah baginya suatu kebaikan (pahala), maka jika dikerjakannya, maka tulislah baginya dengan 10 kebaikan (pahala) seumpamanya (i.e. kebaikan yg dikerjakannya) sehingga 700 kali ganda kebaikan.' [Hadith Bukhari]
Demikianlah pemurahnya Allah (a.w) kpd kita, namun mengapakah kita tidak mahu memikirkan suatu kebaikan dan seboleh-bolehnya mengerjakan satu kebaikan setiap hari? Tetapi, kita suka melakukan beberapa kejahatan dalam hidup kita setiap hari? Itulah contoh kuatnya pengaruh nafsu manusia serta kecenderungan kpd kejahatan dan terpengaruh oleh ajakan syaitan - syaitan sebenar dan syaitan di kalangan manusia, berganstung siapa yg kita jadikan rakan taulan!
Cuba kita lihat satu dimensi realiti hari ini. Mencuri adalah suatu kelakuan dosa yg besar. Begitu juga meruah. Begitu juga apabila seseorang atau sekumpulan orang itu memeras-ugut seseorang dan hasilnya mereka mendapat bayaran daripada orang yg diugut. Ada tiga kejahatan. Satu kerana mengugut dan satu lagi menerima bayaran yg tidak halal dan satu lagi makan dan minum dari sumber yg haram. Memeras wang melayakkan dalam hukum hudud Islam dipotong tangannya. Sesiapa yg tumbuh daging dari badannya hasil dari makan dan minuman yg haram, maka api neraka yg brhak ke atasnya. Mereka akan masuk neraka selama-lamanya. Bolehkah bertaubat? Allah (a.w) terima taubat pelaku sedemikian sekiranya mereka memohon keampunan dari mangsanya dan mangsanya bersedia memafkan mereka, maka barulah taubat mereka di terima! Demikian jugalah orang yg mengugut seseorang untuk wang dgn apa cara sekalipun.
Hari ini ramai muda mudi terjebak dalam lembah maksiat seks bebas yg seolah-olah yg melakukannya bukan Islam. Ada muda mudi yg membuat geng untuk bertukar-tukar pasangan untuk seks. Ada juga yg merakamkan seks bebas mereka untuk dijual kpd laman web. Ada yg mengambil kesempatan mengumpan anggota geng, kemudian merakam secara sulit perlakuan seks mangsa dan menjualkannya serta memeras ugut mereka. Yg perempuan diumpan kpd lelaki berharta dan yg lelaki diumpan kpd perempuan yg tidak mendapat kepuasan dari rumah tangga kerana kesibukan suami atau suami bebas di luar melayan teman yg muda pula. Perempuan itu pula berharta. Golongan ini adalah mereka yg sengaja menempah neraka. Kerana dosa yg melibatkan orang lain. Dosa melibatkan orang lain tidak terampun melainkan kita minta ampun terus kepadanya.
Demikianlah resam dunia zaman maya ini. Rasulallah (s.a.w) menyebutkan apabila seks bebas berlaku secara terang-terangan, maka kiamat sudah hampir!
Mudah-mudahan kita terselamat dari kedurjanaan dunia ini. Dan, semoga Allah (a.w) memberikan kita kekuatan untuk berbuat baik dan meninggalkan kejahatan, insya Allah. Amin
Jazkallahu khairah

No comments:

Post a Comment