Saturday, May 29, 2010

Akhlak: Wanita Islam

Assalamualaikum,
saudara, kita telah bincangkan beberapa ketetapan Islam tentang kelakuan yg dimurkai Allah (a.w) di kalangan wanita mukmin. Antaranya, adalah perbuatan perempuan Islam berikut:
1. Memakai rambut palsu
2. Mentatu (i.e. tatoo) bahagian tubuh badan
3. Mencukur bulu kening
4. Meratakan gigi
Kesemuanya kerana hajat mencantikkan rupa, adalah dilarang dalam Islam.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Masud (r.a) berkata: 'Allah (a.w) melaknat perempuan yg mentatu dan orang yg minta ditatu (tubuhnya) (i.e. pembuat tatu), (Allah (a.w) melaknat) perempuan yg mencukur bulu keningnya dan (Allah (a.w) melaknat) perempuan yg meratakan atau menjarangkan giginya supaya kelihatan cantik dengan mengubah apa-apa yg telah dikurniakan (i.e. dicipta) Allah (a.w). maka sampai demikian (kata-kata larangan) kepada seorang perempuan Bani Assad, yg dikatakan Umu Yakub, maka datang dia menemui Abdullah sambil berkata: 'Sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawasanya engkau melaknat engkat engkau dengan begini dan begini!' (Abdullah) menjawab: 'Mengapa tidak aku melaknat barangsiapa yg dilaknat oleh Rasulallah (s.a.w) orang yg dilaknat Allah (a.w) dalam KitabNya!' Umu Yakub berkata: 'Nescaya sungguh telah membaca aku al-Quran sepenuhnya, tapi tidak aku temui apa-apa yg berkata engkau?' Abdullah berkata: 'Jika engkau benar-benar telah membaca al-Quran nescaya engkau temuinya (i.e. larangan itu). Apakah tidak kamu membaca: 'Dan apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) maka hendaklah kamu terima (atau ambil) dan apa-apa yg mencegah dia (Nabi) hendaklah kamu jauhi' (Ayat 7, Surah al-Haysr). Berkata (Umu Yakub): 'Ya.' Berkata Abdullah: 'maka sesungguhnya sungguh-sungguh telah melarang dia (Nabi) akandia (i.e. melakukannya).' ... [Hadith Bukhari]
Hadith di atas itu menjelaskan tentang firman Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr dan larangan Rasulallah (s.a.w) perempuan yg melakukan sedemikian. Yg penting diingatkan adalah apabila sesuatu perbuatan atau perlakuan itu dilaknat Allah (a.w) atau Rasulallah (s.a.w), maka yg melakukannya tidak akan masuk syurga, kecualilah dia menghentikan perbuatannya dan bertaubat kepada Allah (a.w).
Mudah-mudahan setelah mengetahu ketetapan tersebut tidak akan ada lagi perepmpuan Islam yg melakukannya, insya Allah.
Malangnya, hari ini kerana dipengaruhi oleh peradaban dan perlakuan wanita-wanita Barat, ramailah anak gadis Melayu yg mengakui dirinya Islam melakukannya. Ada yg mentatu bahagian dadanya, ada di bahagian pusatnya, dan ada di bahagian ponggongnya, sebagaimana yg lazim kita lihat perempuan Barat melakukannya. Tubuh yg ditatu sudah pastinya tidak mengenai air ketika mandi junub. Justeru itu, tidak sah wudu'nya dan tidak sah solatnya dan berdosa dia apakala membaca al-Quran (kerana mandi junub tidak sah)!

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment