Assalamualaikum,
Saudara tidak lama dulu kita telah rumuskan beberapa panduan mengenai adab dan akhlak Muslim, termasuklah adab ketika makan dan minum. Hari ini, kita teliti beberapa poongan hadith yg menjadi sandaran kpd peradaban tersebut. Seperti biasa dgn ilmu itu kita amalkan, maka kita mendapat pahala sunnah dengan mudah. Selain itu, mengamalkan sesuatu ketetapan as-Sunnah mendapat pahala yg banyak pula. Sebaliknya, mengamalkan sesuatu yg tida dalam as-Sunnah, mendapat dosa pula, dan kemungkinan besar pula segala amalan dan ibadah kita itu tidak diterima Allah (a.w). Lebih teruk lagi, kita rugi kerana mengamalkan sesuatu yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah bererti kita memperolok-olokan perintah dan ketetapan Allah (a.w). Kita berdusta atau berbohong, mengatakan bahawa yg kita kerjakan atau amalkan itu datangnya dari Allah (a.w) atau dari Rasulallah (s.a.w), maka segala amalan dan ibadah kita tidak diterima Allah (a.w) . Ada banyak ayat-ayat al-Quran yg menghukum sedemikian jikalah kita benar-benar berilmu dalam Islam.\ Yg lebih selamat apa-apa yg terdapat dalam al-Quran kita akur dan apa yg dibawakan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) kita terima dan apa yg didemokan oleh Rasulallah (s.a.w) kita contohi pula. Kita mendapat pahala yg besar sebagai seorang yg taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w). Jika begitu, mengikut Ayat 13, Surah an-Nisa', kita sudah pasti menjadi calun syurga, malah dgn amalan sedemikian, i.e. mengerjakan amalan dan ibadah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah, kita dijamin oleh Allah (a.w) syurga.
Dikatakan bahawa penghuni syurga yg paling miskin, mempunayi dua isteri dan 72 khurun-ain (bidadari untuknya) dan harta atau kekayaan adalah seumpama apa yg terdapat dalam dunia dan isinya sepuluh kali ganda (i.e. harta kekayaannya sebanyak 10 kali ganda dunia dan isinya). Fikirkanlah betapa kaynya kita kalaulah kita berjaya menjadi penghuni syurga, syurga yg terkebawah sekali! kalau kita mendapat syurga Firdaus pula, syurga untuk para nabi dn rasul, kita memiliki 'khurun-ain' sejumlah 12,700 orang...!
Jadi, amat pentinglah kita ikuti as-Sunnah. Kerana sesiapa yg tidak ikuti as-Sunnah tidak diakui oleh Allah (a.w) sebagai umat Muhammad (s.a.w) dan kerana itu di akhirat kelak, masuk neraka sbagaimana orang yg tidak Islam, i.e. orang yg tergolong sebagai musyrikin! Oleh itu wajiblah kita berwaspada, semak ilmu dan panduan amalan dan ibadah kita, supaya kita pasti bahawa kita beramal dan beribadah menepati ketetapan atau SOP as-Sunnah.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: Adapun aku (ketika makan) tidak makan dengan (keadaan) bersandar.' [Hadith at-Termidzi, KitabIt'amah (Makan)]
Jelas, Rasulallah (s.a.w) menegah kita ketika makan sesuatu bersandar. Apa lagi makan sambil berbaring sebagaimana yg ditunjukkan dalam filem-filem tentang raja atau pemebsar Rome dlm TV. Adab terbaik seorang iman adalah ketika makan dia duduk sopan - kalau bersila bersila, kalau duduk secara iftirasy duduklah, atau duduk dibangku dan sebagainya. Tapi, jangan makan bersandar menunjukkan satu sifat bangga diri dan sombong. Disebutkan dalam hadith, tidak akan masuk syurga seseornag yg ada perasaan sombong dan bangga diri dalam dirinya! Wal iyazubillah min zalik.
Diriwayatkan hadith dari Salim hadith dari bapanya (berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Ketika makan salah seorang kamu sekelian, maka makanlah dengan tangan kanan dan minumlah dengan tangan kanan, maka sesungguhnya syaitan itu makan dia dengan tangan kiri dan minum dia dengan tangan kirinya.' [Hadith Muslim, Kitab al-Syarbat (Minum)]
Hadith ini menyebutkan bahawa pakala kita makan atau minum hendaklah kita makan dan minum dgn tangan takan, maksudnya menyuaop nasi atau makanan dgn tangan kanan, pegang garfu atau camca dgn tangan kanan. Kalau makan steak kita boleh potong dengan pisau pakai tangan kanan dan pegang steak ketika dipotong dgn tangan kiri, tapi bila menyuap ke mulut hendaklah dgn tangan kanan. Begitu juga ketika minum, Pegang cawan atau gelas atau koleh dgn tangan kanan. Itulah adab asas ketika makan dan minum bagi seorang yg beriman.
Jazakalallhu khairah.
No comments:
Post a Comment