Sunday, June 6, 2010

Akhlak: Adab Makan dan Minum (Sambungan)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan sedikit lagi melihat ketetapan Islam dalam konteks adab dan tatasusila ketika makan dan minum, dengan melihat nas dan dalil mengenainya. Di dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) mengajar kita supaya apabila kita makan hendaklah kita mulakan mengambil makanan dari tepi bekas makanan (spt pinggan atau mangkuk) dan janganlah ambil dari bahagian tengahnya.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: 'Keberkatan (dlam makanan atau ketika makan itu itu) turun pada tengah-tengah makanan, maka makanlah dari bahagian tepi makanan dan jangalah makan dari sebelah tengah makanan.' [Hadith at-Termidzi, Kitab Makanan]
Dalam Islam keberkatan itu amat utama. Kerana dengan keberkatan itu kita mendapat sebaik mungkin balasan pahala dari Allah (a.w). Ada banyak perkara yg mendatang keberkatan itu, satu daripadanya hanya dengan makan mulai dari bahagian tepi makanan yg kita makan. Jika keberkatan diberikan oleh Allah (a.w) kpd kita secara mudah, mengapakah kita tidak lakukan?
Diriwayatkan hadith dari Jabir berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Ketika jatuh suapan kamu (dari bekas makanan) salah seorang kamu maka supaya kamu mengambilnya (yg jatuh itu) maka bersihkan apa-apa kotoran yg ada padanya (i.e. melekat) dan nescaya memakan kamu akannya, dan jangan membuiarkannya untuk syaitan, dan janganlah kamu menyapu tanganmu dengan sapu tangan sehingga menjilat akandia jari-jarinya, maka sesungguhnya tidak tahu kamu di dalam bahagian mana makanan itu yg memberi keberkatan (keadamu).' [Hadith Muslim, Kitab Minuman]
Hadith ini memberitahu kita dua perkara: pertama, hendaklah kita ambil apa-apa makanan yg terjatuh keluar pinggan atau mangkuk kita, kita bersihkan akalau ada habuk atau apa-apa terlekat padanya, kemudian kita makan; dan kedua, jangan kita membasuh atau membersihkan tangan kita dgn sapu tangan (sekarang dgn tisu) selagi belum kita jilat jar-jari kita (tiga kali, dalam hadith lain, post yg lalu). Kita diberitahu bahawa makanan yg tidak kita makan adalah makanan untuk syaitan. meninggalkan lebihan makanan adalah memberi makan kpd syaitan. Tambahan, keberkatan itu ada pada makanan kita. Hanya yg kita tidak tahu pada bahagian mana atau dalam bahagian mana. Jadi jika yg terkeluar dari pinggan itu berkat, kita biarkan, hilanglah keberkatan makanan kita.
Sauadara, dalam Islam keberkatan itu amat utama. malah, kita akan tahu kelak bahawa jika kita Islam tanpa menganuti Islam secara berjemama'ah, Islam kita tidak berkat! malah mengikut Omar b Khattab (r.a), kehidupan seseorang yg mengakui dirinya Islam, tetapi tidak berjema'ah, maka tidak halal Islamnya. Analoginya ialah: ayam itu pada aslinya adalah ternakan yg halal dimakan. Tetapi, jika tidak disembelih atau jika disembelih tetapi tidak menurut cara sembelihan Islam, maka daging ayam itu haram dimakan oleh orang Islam.
Inilah hakikat konsep halal dalam makanan. Janganlah makan 'Nasi Ayam' atau 'Chicken Rice' yg diusahakan atau disediakan oleh orang kafir, kerana kita tidak tahu apakah ayamnya disembelih atau disembelih mengikut cara Islam atau disembelih oleh orang Indon yg Kristian?? Jika kita makan sesuatu yg haram, maka sudah pastilah daging yg tumbuh dari makanan yg haram akan dijilat oleh api neraka, wal iya zubillah. Oleh itu berwaspadalah. Sudahlah kita tidak dapat keberkatan, kita pula mendapat dosa makan yg haram dan kita pula mengundang kecelakaan dan menyediakan diri kita untuk dibakar oleh api neraka!! Oleh itu berwaspadalah.

Jazakallahu khiarah


No comments:

Post a Comment