Assalamualaikum,
saudara dalam post yg terbaru, dan beberapa post yg lalu, kita sebut tentang tanggungjawab menyampaikan ilmu. Di dalam Islam mereka yg mempunyai ilmu mengenai al-Quran dan as-Sunnah, umumnya mengenai Islam dan syariatnya, wajib menyampaikan ilmu selain wajib baginya mengamalkan ilmu yg didapatinya. Islam memperingatkan tentang beratnya dosa seseorang yg tahu ilmu kemudian menyembunyikannya atau kedekut menyampaikannya. Dan, kita tahu bahawa seseorang yg Islam itu dilarang membuat ibadah dan amaln tanpa panduan atau sandaran ilmu. Dan, ilmu yg haq dijadikan pedoman dan panduan adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Juga, seseorang Islam itu diwajibkan mengikuti contoh Rasulallah (s.a.w) dalam beramal dan beribadah. Demikianlah rumusan utama tentang ilmu dalam Islam. harus diingati bahawa sesiapa yg ada ilmu kemudian hanya bersedia menyampaikan ilmunya dengan bayaran di ancam tidak akan diberi syurga pula.
Dalam konteks ini, hari ini kita dapat begitu banyaknya perkara berlaku. Antaranya, orang yg ditugaskan menyampaikan ilmu hanya menyampaikannya kalau dibayar atau diupah. Ada diantara mereka itu menjadikan penyampaian ilmu mengenai Islam sebagai mata pencarian utama mereka. Malah ada dikalangan orang-orang sedemikian yg banyak mendapat wang kerana mengenakan bayaran yg tinggi. Mewah, dapat beli banglo, kereta Merc dan seumpamanya. Mereka itu tergolong dikalangan mereka yg memperdagangkan ayat-ayat al-Quran demi kepentingan dunianya, wal iya zubillah. Ada yg ditugaskan mengimarahkan Islam dan menghapuskan kejahilan di kalangan umat Islam yg jahil ilmu, tapi mengabaikan tugas tersebut. Malah, mereka pula, kerana sebab-sebab keduniaan, menghalang orang lain menyampaikan ilmu, seperti mensyaratkan menyampaikan ilmu hanya dengan adanya kebanran atau 'tauliah'.
Firman Allah (a.w): (Ya aiyuhar-rasulu balligh ma unzila ilaika min(-ir) rabbika, wa in(-il) lam taf'al fama balaghtu risalatuhu, wallaha ya'simuka minan-nasi) [Maksud: wahai Rasulallah (s.a.w0! Sampaikan apa-apa yg telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (Allah (a.w)) dan jika kamu tidak melakukannya (dengan menyampaikan kesemuanya) tiadalah kamu menyampaikan perutusanNya dan Allah (a.w) jualah yg memelihara kamu dari (kejahatan) manusia.'] [Ayat 67, Surah al-Maidah]
Firman Allah (a.w) di atas adalah dalil bahawa sesiapa yg berilmu itu diwajibkan sampaikan ilmu, walaupun mungkin dihalangi oleh manusia lain, sebagaimana Rasulallah (s.a.w) dihalangi oleh pembesar Arab Kuraisy. Rasulallah (s.a.w) memerintahkan juga sesiapa yg berilmu sampaikan ilmunya sama ada diminta ataupun tidak diminta orang.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Amru (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Sampaikan olehmu daripadaku jikalaupun hanya satu ayat... (dan) ... barangsiapa berbuat bohong atasku dengan senagaja maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya dalam neraka.' [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Hadith di atas itu jelas menyuruh sesiapa yg ada ilmu walau sekadar satu ayat al-Quran atau sepotong hadith yg didapati dari Nabi (s.a.w) , maka wajib disampaikannya kpd saudara Islam yg lain. dalam pada itu, sesiapa yg mengatakan sesuatu ketetapan atau peraturan atau cara dan kaedah beramal dan beribdah, contohnya, datangnya dari Rasulallah (s.a.w), walhal tiada sandaran dalil al-Hadith, adalah membuat pembohongan terhadap Rasulallah (s.a.w). Orang sedemikian tidak akan masuk syurga dan sudah passti tempatnya dalam neraka.
Saudara, kalau saudara pelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah, saudara akan ketemui begitu banyaknya perkara yg dikatakan sebahagian daripada syariat dan alamaln ibadah dan amalan Islam, tidak ada sandaran nas dan dalil hadith bahupun al-Quran. Orang yg memulakan ketetapan sedemikian mengatakan ianya sebahagian daripada syariat Islam adalah membuat pembohongan. Sesuatu itu hanya sah dari ketetapan Islam jika ada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah.
Hadith di atas itu secara otomatis memberikan 'tauliah' kpd semua umat Islam bahawa jika mereka ada ilmu tentang Islam dia wajib sampaikan.
Pendeknya ayat di atas dan hadith di atas itu adalah perintah wajib atas kita yg Islam untuk menyapaikan ilmu. Kita tidak perlu dilantik mufti atau qadi atau pentadbir ugama untuk sampaikan ilmu. Kita tidak perlu ada Ph D atau bergelar Dr baru boleh sampaikan ilmu. Ilmu seseorang itu tentang Islam hanyalah sahih jika dia belajar al-Quran dan as-Sunnah. Tidak ada gunanya kita belajar dari kitab-kitab ilmu karangan manusia walhal kita jahil tentang al-Quran dan as-Sunnah.
Mudah-mudahan semua kita tahu dan faham tentang ketetapan Islam dalam konteks ilmu ini. hanya dgn ilmu yg haq - i.e. al-Quran dan as-Sunnah - kejahilan kita tentang Islam akan terhapus dan amalan serta ibadah kita sah dan diterima Allah (a.w).
Jazakallahu khairah
Thanks...
ReplyDelete