Assalamualaikum,
Saudara, hari ini penulis perasaan bahawa apabila melihat kalender, kita sudahpun masuk bulan Rejab 1431 Hijriah. Jadi dua bulan lagi kita akan berpuasa Ramadhan. Dan, kemudian kita akan merayakan Aidul Fitri (Raya Puasa) pula dan kemudian sebulan pula akan sibuklah orang Islam bersedia untuk menunaikan Haji di Mekah bulan Zulkaedah dan Zulhijjah. Maka, berlalulah setahun lagi. Maka hampirlah kita kepada ajal kita setahun lagi. Entah berapa ada bakinya ...
Kebetulan ada juga rakanrakan yg bercerita bahawa dulu ibu bapanya ketika hayatnya rajin mengamalkan puasa yg dinamakan 'Puasa Tiga Bulan Berturut-turut', iaitu puasa sunat sepanjang Rejab, Sya'ban dan teruskan dalam Ramadhan - jadi 3 bulan semuanya. dalam zaman jahiliah penulis, terasa kagum bagaimana hebatnya usaha orang-orang dulu nak dapatkan kerahmatan Allah (a.w) dan kerana itu syurga Allah (a.w) sanggup berpuasa tiga bulan. Ketika itu mereka yg muda tidak sanggup bersama mereka berpuasa 3-Bulan ini.
Adakah dalam Islam syariat puasa sunat 'tiga bulan berturut-turut' ini? Setelah mengikuti pengajian al-Quran dan al-Hadith, belum lagi dapat dan belum lagi diketemui mana-mana nas dan dalil sama ada al-Quran atau al-Hadith (as-Sunnah) bahawa ada Rasulallah (s.a.w) dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin mengerjakan puasa 3-bulan ini. Kalau Rasulallah (s.a.w) dan khalifah yg empat selepas wafat beliau kerjakan, maka adalah suatu sandaran as-Sunnah bahawa puasa 3-bulan ini wujud dalam Islam. Maka boleh diamalkan. Jika tiada nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah, maka tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w). maka tidak ada dalam syriat Islam. Kalau kita kerjakan? Mendapat penat dan dahaga dan lapar sahaja, tanpa apa-apa pahala! Penulis bersedih, penat beramal dan beribadah demi hendak mendekati Allah (a.w), tapi menjadi semakin jauh pula. Kerana melakukan suatu ibadah yg tidak disyariatkan dalam Islam. Rugi.
Maka dengan itulah kita wajib menimba ilmu dahulu sebelum mengerjakan apa-apa ibadah dan amalan. jangan main ikut-ikut. Orang buat kita buat. Orang kata gitu dan gini, kita ikuti dia. Kita jadikan dia model ikutan kita dalam beramal, walhal Allah (a.w) sudahpun beri kita tahu Rasulallah (s.a.w) itu 'uswatun hasanah' - model terbaik untuk kita contohi!
Kembali kepada kalender yg penulis sebutkan sebelum ini, kebetulan diberikan oleh Pusataka Mukmin (KL) Sdn Bhd, sebuah kedai buku kitab-kitab ugama di KL. Dah lama digantung, tapi baru tadi kebetulan dilihat. Maka ternampaklah catatan pada kalender bulanan itu perkara-perkara berikut:
1. Setiap Isnin dan Khamis di tulis 'Sunat berpuasa' dan
2. Setiap 13, 14 dan 15 bulan-bulan Hijriah kalender ditulis 'Sunat berpuasa'
Tapi, takda pula di tulis suatu hari atau beberapa hari dalam bulan Rejab 'sunat berpuasa'! Jelaslah mamak kedai ini tahu bahawa dalam Islam ada syariat puasa sunat dua hari seminggu setiap minggu, iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Dan, dia juga tahu ada dalam syariat Islam bahawa puasa tiga hari setiap bulan Hijriah iaitu pada 13, 14 dan 15 bulan-bulan Hijriah. (Dikatakan dalam sesetengah riwayat, sebagai 'Puasa Putih' (ketika itu bulan sempurna mengambang penuh). Takda dalam kalender itu pusa Rejab. Tapi ada orang Melayu Islam kata ada puasa Rejab ini.
Begitulah, kejahilan akan membebankan kita dengan beberapa amalan dan ibadah yg bukan berupama amalan dan ibadah yg dituntut oleh Islam. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) berpesan: 'Al-ilmu qabla 'amal' (maksudnya: berilmulah dahulu sebelum mengerjakan apa-apa amalan (atau ibdahah)). Dan, Allah (a.w) juga berfirman dalam Ayat 36, Surah al-Isra': 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (maksud: Janganlah kamu lakukan sesuatu tanpa kamu mempunyai ilmu mengenainya terlebih dahulu). Pendeknya, jangan lakukan sesuatu dalam kejahilan. Sia-sia.
Mengerjakan suatu amalan dan ibadah mengharap pahala Allah (a.w) menjadi dosa apabila dilakukan tanpa dasar ilmu. Ilmu itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Contoh amalan dan ibadah itu adalah Rasulallah (s.a.w). Kita tahu hanya dgn merujuk kpd as-Sunnah. Janganlah jadi pak turut, bahaya. Taklid = menurut perlakukan dan perbuatan atau kata-kata orang yg jahil atau yg tiada berlandaskan ketetapan as-Sunnah menyuruh orang beramal dan beribdah mengundang keclakaan kpd kita. Berwaspadalah. Belajarlah dulu, baru buat amalan. Dan, kalau sudah beramal, usahakan menyemak sandaran amalan dan ibadah kita, sama ada wujud atau tidak dalam Islam. kalau, wujud lihat cara dan kaedah betulkah atau menepatikah cara dan kaedah yg dikerjakan oleh Rasulallah (s.a.w)? kalau berbeza pasti ada aspek bid'ah dalamnya. kalau berbeza, kita tersukan, dan orang bagi kita tahu itu bid'ah, kita buat tak kisah atau buat da' aje, kita tergolong orang yg sombong. Sudahlah kita mengamalkan yg batil yg menjerumuskan kita, kita pula dibenci Allah (a.w). Ingat: orang yg ada sebesar zarah atau debu perasaan sombong dalam hatinya, tidak akan masuk syurga! Wal iyazubillah min zalik. Kalau amalkan bid'ah dan orang dh bagi tahu, kita degil, teruskan, maka kita terkeluar dari Islam tanpa kita sedari! Wal iyazubillah min zalik.
Oleh itu berwaspadalah. Berhati-hatilah mencari ilmu dan berguru dan beramal.. demia kebaikan akhirat kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment