Friday, June 18, 2010

Ilmu: Wajib sampaikan

Assalamualaikum,
Saudara hari ini ramai orang yg berilmu, yakni mereka yg memiliki ilmu yg haq, yakni bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah, takut menyampaikan ilmu kerana mereka perlu mendapatkan 'tauliah'. Inilah yg berlaku di Selangor dan di Wilayah Persekutuan. Mungkindi kebanyakan negeri yg pemimpin jabatan ugamanya adalah orang yg masih jahil atau mengutamakan dunianya berbanding akhiratnya.
Sehubungan itulah penulis tuliskan dalam blog ini, Allah (a.w) telahpun mentaulihkan semua yg ada ilmu walaupun kefahaman secebis ayat al-Quran, untuk menyampaikannya dan memberitahu orang lain. Kerana kesibukan dunia hari ini ramai orang Islam yg tidak menyempatkan masa untuk belajar tentang ugamanya. Oleh itu sesiapa yg berkesempatan mendapat secebis ilmu, hendaklah disampaikannya supaya saudara Islam yg lain faham Ayat di bawah ini adalah lesen dan tauliah untuk sampaikan ilmu:
Firman Allah (a.w): ‘Ya aiyuhar-rasulu balligh ma unzila ilaika min (-ir) rabbika, wa-in(-il)lam taf’al fama ballaghta risalatahu, wallaha ya’simuka minan-nasi’.) [Maksud: Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika kamu tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka (bermakna) tiadalah kamu menyampaikan perutusanNya dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia.] [Ayat 67, Surah al-Maidah]
Perintah ini bukan dikhususkan kpd Rasulallah (s.a.w), tetapi terpakai terhadap sesiapa sahaja yg ada ilmu. Sehubungan itu, sesiapa yg membuat peraturan bahawa sesiapa yg ingin menyampaikan ilmu mengenai Islam dan syariatnya hendaklah mendapat 'tauliah' atau persetujuan pihak pentadbir atau pihak berkuasa ugama, adalah menentang firman Allah (a.w) ini. Sesiapa yg menentng ketetapan Allah (a.w) membatalkan keimanannan serta keIslamannya, wal iya zubillah. Ada banyak perkara yg bermanfaat boleh dilakukan oleh mereka yg menguruskan agensi atau badan ugama. memberi izin kpd orang yg berilmu menyebarkan dan menyampaikan ilmu mengenai Islam dan syariatnya, bukan satu daripada peranan tersebut.
Malangnya, hari ini dalam sistem agihan jawatan serta perlantikan ke jawatan seperti dalam jabatan atau agensi ugama adalah mereka yg jahil tentang Islam dan syariatnya. Maka mereka memberi 'fatwa' atau ketetapan mengenai Islam dalam kejahilan. Jika berterusan, maka rosaklah masyarakat Islam, apabila orang yg bukan ahli memegang sesuatu jawatan yg memerlukan ilmu dan kepakaran, yakni ahli dalam bidang tersebut.
Rasulallah (s.a.w) juga menyuruh kita yg ada ilmu mengenai Islam dan syariatnya menyampaikan apa yg mereka tahu. Justeru itu, sesiapa yg mendapat ilmu yg haq dari al-Qurandan as-Sunnah dan ilmu didapatinya bukan dengan usaha atau kepandaian sendiri, tetapi belajar dari orang yg tahu, maka wajib dia sampaikan kpd orang lain. Cuba kita lihat sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sampaikan olehmu daripadaku jikalaupun satu ayat dan cerita-cerita daripada kaum Bani Israil tiada mengapa dan barangsiapa berbuat bohong atasku dengan sengaja maka hendaklah ambil tempat duduknya dalam neraka.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Hadith di atas ini jelas telah memberikan tauliah dan lesen kpd kita yg berilmu itu untuk menyampaikan ilmu. Sesiapa yg membuat sesuatu peraturan yg bertentangan dengan ketetapan as-Sunnah adalah melakukan dosa yg amat besar, kalaupun tidak membatalkan keimanannya serta menjadikan dia orang yg menentang perintah Rasulallah (s.a.w). Menentang Rasulallah (s.a.w) sama kedudukan dengan mereka yg menentang Allah (a.w). wal iyazubillahi min zalik.
Kita diperingatkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 13 dan 14, Surah an-Nisa' yg penulis telah kerapkali tuliskan dalam blog ini kerana dua perintah ini adalah fundamental difahamioleh mereka yg akui diri mereka Islam. Kemudian Allah (a.w) memberitahu kita pada Ayat 80, Surah an-Nisa' bahawa sesiapa yg mentaati (yakni, ikuti perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w)) adalah secara otomatis mentaati Allah (a.w). Jadi conterfactualnya, sesiapa yg menentang atau tidak mahu ikuti ketetapan as-Sunnah bererti menentang atau tidak mahu ikuti ketetapan Allah (a.w). Maka jika begitu, walaupun kelihatan Islam, nampak jelas sama tarafnya dengan orang yg kafir. Ayat 14, Surah an-Nisa' pula memberitahu sesiapa yg menentang Allah (a.w) dan RasulNya pasti masuk neraka, wal iyazubillahi min zalik!
Selain itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam sabdanya itu bahawa sesiapa yg berbohog terhadap beliau, maka orang itu pasti ditempatkan dalam neraka. Siapa yg berbohong terhadap Rasulallah (s.a.w)? Iaitu orang yg mengada-adakan sesuatu tentang Islam dan syariatnya,yg kononnya disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) buat itu dan buat ini, walhal tiada dalam as-Sunnah, maka orang yg sedemikian itu pasti masuk neraka. Termasuk dalam golongan ini orang yg menulis kitab menyatakan secara langsung atau tidak langsung apa yg ditulisnya terdapat dalm as-Sunnah atau ada dalam syariat Islam. Kerana Islam dan syariatnya dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Jika tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah, dikatakan ada, pastilah suatu pembohongan! Termasuklah juga mereka yg berdegil mengatakan wujud 'bid'ah hasanah', walhal Rasulallah (s.a.w) tidak pernah sebutkan bahawa wujud sedemikian itu.
Oleh itu sebelum kita terima sesuatu ajakan atau suruhan beramal begitu dan begini, wajiblah kita berwaspada. janganlah beramal dengan sesuatu yg batil. Dan, janganlah sampaikan kpd orang lain sesuatu yg batil. Kita hanya menyediakan diri kita untuk masuk neraka, wal iya zubillah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment