Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbicaraan kita mengenai tajuk di atas dengan melihat lagi nas dan dalil hadith mengenainya.
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata: 'Tidak mencela nabi (s.a.w) pada makanan sama sekali, jika suka dia akan makanan itu dimakannya makanan itu, dan jika tidak suka dia akan makanan itu ditinggalkan olehnya (i.e. tidak dimakannya).' [Hadith Bukhari, Kitab Makanan]
Rasulallah (s.a.w) mencontohkan kpd kita orang Islam, umatnya, bahawa apabila kita dihidangkan makanan, kalau kita sukakan makanan yg dihidangkan itu, kita makanlah, kalau kita tidak sukakan makanan yg dihidangkan itu, tinggalkan sahaja tanpa meyebut apa-apa atau tanpa komen apa-apa. Ramai orang yg diberikan makanan, dia ingin mencuba walaupun tidak disukainya. maka dia mengeluarkan pelbagai komen seumpama' tawarlah', 'terlalu masinlah', 'terlalu pedaslah' atau 'tak sedaplah' dan sbagainya. Atau, dicubanya sedikit kemudian ditinggalkannya. Sudahlah ditinggalkan tanpa dihabiskan (i.e. memberi syaitan banyak makanannya), mencaci pula makanan. Kadang-kadang mengata orang yg memasaknya pula ketika makan.
Rasulallah (s.a.w) mengajarkan kita bahawa jika kita tak suka jangan makan dan diam tanpa komen. kalau kita ingin cuba suatu yg belum kita cuba, makanlah sampai habis. Janganlah mencaci makanan atau mencaci orang yg menyediakan makanan. Itulah adab baik seorang yg islam dan beriman.
Jazakallah khairah
No comments:
Post a Comment