Assalamualaikum,
Sauadara, ramai orang Islam yg tidak tahu bahawa belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu wajib. maksudnya, jika kita tidak usahakan mempelajari ilmu al-Quran (belajar membaca dgn betul, menghafal beberapa surah, terutama yg mudah, dan memahami mesej Allah (a.w) dan tidak belajar as-Sunnah, kita berdosa setiap saat dan ketika. Kerana sesuatu yg wajibh itu hendaklah dikerjakan.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Menuntut (belajar) ilmu (iaitu ilmu mengenai syariat Islam itu) fardu (wajib) atas setiap orang Islam. Dan meletakkan (atau mengajar ilmu) oleh seseorang selain daripada ahli ilmu seumpama mengalongkan rantai yang diperbuat daripada mutiara, permata dan emas ke leher babi.’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith ini memberikan dalil mengapa wajib bagi setiap orang Islam itu belajar atau menuntut ilmu. Tanpa ilmu besar kemungkinan kita mengerjakan amalan dan ibadat yang tidak sejajar dengan perintah Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w). Beribadat dan beramal tidak mengikut spesifikasi (yakni, ketentuan-ketentuan) syariat (yang diperintahkan dalam al-Quran dan al-Hadith) pasti menyesatkan dan menyimpang pengamalnya dari jalan yang diredhai Allah (a.w). Seseorang Islam itu hendaklah beramal dan beribadah menepati apa yg ditunjukkan atau diajarkan oleh Rasulallah. Kita wajib ikuti Rasulallah (s.a.w) kerana Allah (a.w) telah iktiraf bahawa as-Sunnah itu wajib diikuti (Ayat 7, Surah al-Haysr) dan Rasulallah (sa.w) itu adalah 'uswatun hasanah', yakni model ikutan terbaik bagi orang iman.
Yang penting diberi perhatian adalah kebaikan bagi orang yang mencari dan menuntut ilmu. Bukan sahaja para malaikat mendoakan kebaikan padanya supaya diampunkan juga dosanya oleh Allah (a.w), ikan dilautanpun mendoakan kebaikan baginya.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menghilangkan dari seorang Islam lain kesusahannya dari sesuatu kesusahan dunia, maka menghilangkan oleh Allah (a.w) satu kesusahannya dari kesusahan di hari qiamat (yakni, akhirat). Dan barangsiapa menolong seorang Muslim, maka ditolong Allah (a.w) semasa di dunia dan juga di akhiratnya. Barangsiapa memudahkan atas seseorang yang susah (yakni, mengahadapi kesusahan), memudahkan oleh Allah (a.w) atasnya di dalam dunia dan akhirat. Dan Allah (a.w) menoleh kepada hambaNya (yakni, memberi kerahmatanNya) apa-apa yang ada hambaNya di dalam menoleh kepada (yakni, sentiasa berbuat baik kepada) saudaranya. Dan, barangsiapa berjalan suatu jalan yang mencari (kerana perjalanan itu) ilmu (mengenai Islam dan syariatnya, yakni ilmu al-Quran dan as-Sunnah), memudahkan Allah (a.w) baginya dengan perjalannya itu jalan ke syurga. Dan tidak mengumpulkan sesuatu kaum di dalam suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (a.w) membaca Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan saling mengulangkaji antara mereka sunnah, kecuali mengelilingi para malaikat dan turun atas mereka ketenangan dan menurunkan kepada mereka kerahmatan (oleh Allah (a.w)). Dan menyebut-nyebutkan Allah (a.w) di dalam sisiNya. Dan, barangsiapa yang lemah dengan (kemahuan mencari ilmu) dengan amalannya, tidak mempercepatkan baginya nasibnya.’ [Hadith ibnu Majah]
Di dalam hadith di atas itu ada beberapa pengajaran yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w), selain perkara kebaikan belajar dan menuntut ilmu (tentang ugama Islam itu), yang dioldkan. Antaranya, adalah:
Seseorang Islam yang menghapuskan kesusahan saudaranya yang Islam di dunia akan dihapuskan kesusahannya sendiri semasa di dunia dan di akhirat kelak;
Seseorang Islam yang menolong saudaranya yang Islam semasa di dunia akan ditolong oleh Allah (a.w) semasa dia di dunia dan semasa di akhirat kelak;
Seseorang Islam yang menghapuskan atau mengurangkan kesusahan seorang saudara Islam di dunia akan dihapuskan Allah (a.w) kesusahannya di dunia dan juga di akhirat;
Seseorang yang sentiasa mengambil berat akan kedudukan dan kebajikan saudaranya yang Islam di dunia maka Allah (a.w) akan sentiasa mengambil berat akan kebajikannya di dunia dan juga di akhirat;
Seseorang yang berjalan atau mengembara untuk mencari ilmu, maka dipermudahkan oleh Allah (a.w) baginya mencari jalan ke syurga;
Sekumpulan orang Islam yang berada di suatu rumah kerana belajar dan mengajar al-Quran dan belajar as-Sunnah akan dirahmati Allah (a.w) dengan di kelilingi oleh para malaikat dan akan diturunkan Allah (a.w) ketenangan serta kerahmatanNya;
Sebaliknya, barangsiapa yang tidak rajin mencari dan belajar ilmu daripada orang yang berilmu atau dia berilmu tetapi lemah (yakni, kurang rela) mengajarkan ilmu kepada orang lain ilmunya, atau tidak beramal dengan ilmunya, maka nasibnya tidak akan diperbaiki oleh Allah (a.w), terutama dalam konteks kesudahannya di dunia dan di akhirat.
Demikianlah, beberapa panduan penting yang terdapat di dalam hadith tersebut. Belajar dan mengajarkan ilmu itu adalah kegiatan yang amat disukai oleh para malaikat serta mendapat keredhaan Allah (a.w).
[Nota: Ilmu yang diamksudkan bukan sebarang ilmu tetapi ilmu al-Quran dan as-Sunnah yang boleh memandu kehidupan manusia Islam mendapat kejayaan dunia dan akhirat]
Mudah-mudahan hadith ini dapat memberi panduan kpd kita tentang utamanya ilmu (i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah) itu kita cari dan pelajari, demi memperbetulkan amalan dan ibadah kita, dan demi menghapuskan dosa yg kita dapati secara percuma apabila kita abaikan kewajipan belajar dan menuntut ilmu dan kemudian beramal dan beribadah sejajar dgn ketetapan ilmu. Juga, kita mendapat pahala yg mudah begitu banyak kerana meluangkan hidup kita sedikit masa untuk belajar. Kita boleh belajar kerana dunia sampai dapat Ph D, tapi kita tidak sanggup belajar untuk dunia dan akhirat ilmu al-Quran dan as-Sunnah, walhal ilmu itu adalah untuk sepanjang zaman, berguna walaupun kita sudah tiada di dunia.
Jazakalallahu khairah
No comments:
Post a Comment