Assalamualaikum,
Saudara, mereka yg belajar ilmu secara berguru dengan berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah akan tahu apakah kefadhalannya atau kemanfaatannya bagi kita, selain mendapat ilmu.
Kita diberitahu bahawa sesiapa yang belajar ilmu mengenai ugamanya supaya dia lebih faham tentang Islam dan syariatnya, supaya dia lebih brjaya mengabdikan diri kepada Allah (a.w) adalah tergolong dari kalangan mereka yg berjihad dalam fi sabilillah. Sesiapa yg menumukan sedikit masa sepagi atau sepetang belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, dia dianugerahkan Allah (a.w) pahala senilai dunia dan isinya. Seseorang yg mempelajari satu ayat al-Quran, dia mendapat ganjaran pahala seumpama mengerjakan solat sunat 100 rakaat, dan seseorang yg belajar satu bab ilmu as-Sunnah, dia mendapat ganjaran pahala seumpama mengerjakan solat sunat 1,000 rakaat. Fikirkanlah betapa banyak pahalanya! Adakah dapat orang seumpama kita mengerjakan solat sunat 1000 atau 10000 rakaat setiap hari??
Kita diberitahu bahawa orang yg jahil tentang ugamanya akan mudah dihasut syaitan. Malah orang yg banyak ilmupun boleh dipebngaruhi oleh syaitan, inikan pula orang yg jahil.
Diriwayatkan hadith daripada ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Seseorang yang faqih (yakni, faham) satu ilmu mengenai ugamanya lebih memberatkan atas syaitan daripada seribu (1,000) hamba (yang tidak berilmu).’ [Hadith ibnu Majah]
Kalau kita jahil, mengikut sabda Rasulallah (s.a.w) di atas pastilah memudahkan syaitan mempengaruhi kita untuk melakukan kemungkaran serta menentang Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Kalau kita memiliki satu ilmu sahaja tentang Islam dan syariatnya, berat bagi syaitan untuk mempengaruhi kita berbanding dengan 1,000 orang yg jahil tentang Islam. Contoh: Kita tahu bahawa bid'ah itu merosakkan aqidah, maka tidak mudah syaitan mengajarkan kita berbuat dan beramal dengan bid'ah, kerana kita diberitahu sesiapa yg mengamalkan sesuatu yg bid'ah, terkeluar dia dari Islam tanpa dia sedar!
Hari ini, walaupun begitu ramainya orang yg bergelar ulama' dan ilmuwan Islam, tapi dalam konteks ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mereka masih jahil. Maka dengan itulah begitu ramai ulama' dan ilmuwan yg hanya sanggup sampaikan ilmu akalau diber upah yg lumayan. Maka, gitu jugalah ramai ualama' dan ilmuwan yg tulis kitab dan buku dan katakan bahawa yg ditulisnya itu adalah bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah, walhal sebaliknya, demi mencari wang dari jualan buku dan kitab. Gitu jugalah ramai orang terasa terancamh bila ada orang yg berilmu ingin mengajarkan ilmu yg haq, kerana mereka sendiri tidak sempurna ilmunya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment