Friday, June 4, 2010

Akhlak: Adab Makan dan Minum (Sambungan)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan pengajian kita tentang tajuk di atas. Kita telahpun tahu beberapa doa ketika hendak makan/minum dan ketika selesai makan/minum.Kita lihat pula hadith di bawah ini:
Diriwayatkan hadith dari sahal b Muaz b Anas hadith dari bapanya (i.e. Muaz) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa setelah selesai makan maka katalah (i.e. berdoalah): 'Alhamdulillahil-lazi at'amani haza wa-rozaqnihi min ghairi haulin minni wala quah' (maksud: Segala puji bagi Allah (a.w) zat yg memberi kepadaku makan ini (makanan) dan memberi rezki dari selain dayaupaya dariku dan tidak ada kekuatan (atasku))', diampunkan Allah (a.w) atasnya (i.e. atas orang yg membaca doa ini) apa-apa yg didahulukannya dari dosa-dosanya.' [Hadith at-Termidzi, Kitab Doa]
Hadith di atas ini menyebutkan satu lagi doa yg disuruh kita yg Islam baca ketika setelah makan. Dan, kerana membaca doa tersebut Allah (a.w) mengampunkan dosa-dosa kita yg kita lakukan terdhulu. Alangkah baiknya. Sudahlah kita diberimakanan dari rezki yg dianugerahkan Allah (a.w) pada kita yg semestinya memanfaatkan kita di dunia, Allah (a.w) juga mengampunkan dosa-dosa kita yg terdahulu kerana membaca doa tersebut. Mengapa tidak kita usahakan membacanya demi kebaikan untuk diri kita?

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment