Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang 'ilmu' kerana ilmu dalam Islam itu amat penting. Islam kita benar atau batil hanya dengan ilmu. Amalan dan ibadah kita benar atau batil hanya dengan sandaran ilmu. Islam bukanlah ugama yg dianuti secara ikut-ikutan. Segala-gala amalan dan ibadah dalam Islam hendaklah berdasarkan panduan ilmu.
Dalam Islam itu ilmu bererti ilmu yg haq. Ilmu yg haq itu apa? Ilmu yg haq itu datangnya dari Allah (a.w), yakni al-Quran dan datangnya dari Rasulallah (s.a.w), yakn as-Sunnah (atau al-Hadith). Wajib kita ingat bahawa kita tahu tentang Islam dan syariatnya hanya dari apa yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w). Dia yg diutus Allah (a.w), i.e. diangkat menjadi PesuruhNya dan dimandatkan oleh Allah (a.w) menyapaikan ilmu mengenai Islam dan mengajarkan umat Islam bagaimana beramal dan beribadah atau bagaimana hendak memenuhi perintah Allah (a.w) bahawa manusia (dan jinn) itu dijadikan semata-mata untuk mengabdikan diri (yakni, mengerjakan segala amalan dan ibadah) kepadaNya.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ass (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-ilmu thalathatun, wama siwa zalika fahua fadlun: Ayatun muhkamatun, au sunnatun qaimatun au faridatu ‘adilatun.' [Maksud: Bahawasanya ilmu yang wajib dipelajari itu adalah tiga, adapun di belakangnya (yakni, selepas ilmu yang tiga itu) maka ilmu sedemikian baik: (Ilmu yang diwajibkan) iaitu (pertama) ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran), (kedua) as-Sunnah yang tegak (yakni, al-hadith atau as-Sunnah), dan (ketiga) hukum faraid yang adil][Hadith Abu Daud & ibnu Majah]
Hadith ini amat penting kita ingati dan jadikan panduan setiap saat selagi kita hidup. Dalam Islam ilmu yg wajib kita pelajari dan sampaikan adalah al-Quran dan al-Hadith dan hukum faraid. [Nota: ilmu faraid itu sebenarnya tidak perlu kita risaukan, kerana apabuila kita pelajari al-Quran dan as-Sunnah, sudah pasti kita juga mempelajari ilmu faraid. Dengan syarat kita pelajari al-Quran dan as-Sunnah khattam, i.e. tamat seluruh al-Quran (tafsirnya) dan Kuttubul Sittah, yakni Kitab-kitab Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud, Sunah an-Nasa'i dan Sunan ibnu Majah]. Kalau tak khattam tidak mungkin kita tahu ilmu faraid.
Oleh itu, sesiapa yg ingin berdakwah i.e. menyampaikan ilmu dan mengajak saudara lain untuk beramal dan beramal atau meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam Islam wajib pelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Jikalah semua para ulama' dan ilmuwan Islam - yg akui dirinya berilmu. i.e. 'alim - mereka hendaklah tamat pengajian Kuttubul Sittah itu. Jika mereka mengaji Kuttubul Sittah, sudah pasti mereka tidak akan bercakap atau mengajar atau m,enyampaikan sesuatu yg batil. Jika mereka belum khattam sudah pasti mereka bercakap mengikut taklid (i.e. ikut-ikutan) atau menggunakan kebijaksanaan akal fikiran mereka. Pastilah mereka akan mengajarkan yg batil.Maksudnya, suatu yg batil adalah sesuatu tentang Islam dan syariatnya yg tidak terdapat dalam al-Quran atau as-Sunnah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment