Friday, June 18, 2010

Ilmu: Wajib sampaikan (Sambungan)

Assalamualaikum,
Saudara kita teruskan perbincangan kita tentang 'ilmu' dalam Islam. Kiat tahu bahawa ilmu mengenai Islam dan syariatnya itu wajib disampaikan, jika kita tau. Melalui post sebelum ini, kita tahu bahawa sesiapa yg menyampaikan satu ilmu itu, dia telah mematuhi perintah Allah (a.w) dan perintah RasulNya.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu mengapa ilmu tentang Islam dan syariatnya itu wajib disampaikan kpd orang lain? Selain memathui perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) itu? Kerana,kemungkinan orang yg kita sampaikan secebis ilmu itu lebih faham dari kita. Kerana petunjuk Allah (a.w) (i.e. hidayah) itu tidak sama manfaatnya terhadap manusia. Oleh itu, ramai orang yg pada luarannya kelihatan berilmu, namun tidak faham. Ada orang yg sedikit ilmunya tetapi mantap kefahamannya tentang Islam dan syariatnya.
Menceritakan hadith dari Syu’bah hadith dari Simak hadith dari Abdul Rahman b Abdullah, hadith dari bapanya (yang berkata) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Memberi cahaya kepada seseorang yang mendengar dia dariku (Nabi) suatu hadith maka disampaikannya akan hadith, maka kadang-kadang orang yang didatangi (i.e. diajarkan) (lebih hafal dan faham) dari orang yang mendengar (i.e. guru yang mengajarkan hadith). [Hadith ibnu Majah, Kitab Mukaddimah]
Orang yg menyampaikan ilmu itu diberi cahaya keimanan oleh Allah (a.w). Selain itu, mungkin dia berilmu atau mendapat ilmu tapi dia kurang faham. Orang yg disampaikannya ilmu tersebut lebih faham. Maka dia yg mendapat ilmu boleh mendapat manfaat dari orang yg dia sampaikan ilmu. Dan, dia juga mendapat ganjaran pahala yg besar. Jika ilmu yg kita sebarkan itu dijadikan amalan pula oleh orang yg mendengarnya dari kita, maka dikerjakannya, maka dia mendapat ahala kerana beramal dengan asas ilmu yg haq. Dia dapat pahala, dan kerana dia amalkan, kita juga mendapat kriman pahala tanpa mengurangi pula pahala yg dia dapati kerana beramal dengan ilmu yg kita sampaikan kpdnya.
Sebaliknya kita juga akan tahu bahawa sesiapa yg mengajarkan seseorang suatu ilmu mengenai islam dan syariatnya yg batil, kemudian diamalkan oleh orang yg mendengarnya dari kita atau mendapat ilmu itu dari kita, dia berdoasa kerana mengamalkannya dan kita juga dikirim dosa oleh orang yg mengamalkan ilmu batil yg kita ajarkan kpdnya. Contoh ilmu yg batil adalah sesuatu yg bersifat tahyul, kurafat, taklid dan bid'ah. Orang yg mengajarkan 'bid'ah hasanah' melabur dosa untuk dirinya. Lebih ramai orang yg mengamalkannya maka lebih banyaknya dividen dosa yg dikirimkan kpdnya, wal iyazubillah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment