Monday, June 21, 2010

Ilmu: Belajar dan Mengajar Yg Batil (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat sepotong hadith yg menyebutkan bahawa sesiapa yg mengajarkan ilmu (i.e. ilmu yg hq, iaitu almu al-Quran dan as-Sunnah) kerana tujuan batil, tidak akan mencium bau syurga! Dalam hadith itu disebutkan bahawa tujuan yg batil itu adalah tujuan bukan kerana Allah (a.w) atau tujuan fi sabilillah, yakni mengimarahkan Islam dan menghapuskan kejahilan orang Islam, dan tidak melakukannya demi wang ringgit. Ilmunya betul tapi walaupun tujuannya betul pada kaca mata manusia, tapi batil pada ketetapan Islam. Rugi dia dan binasa dia. Mesejnya, orang yg berilmu, walaupun ilmunya itu benar kerana terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, tapi disampaikannya hanya kerana mengharapkan wang ringgit yg boleh menyenangkan hidup dunianya, tetap dianggap tujuan yg batil.
Di dalam hadith berikut pula disebutkan tujuan-tujuan batil yg laibn. Tujuan itu nampak baik pada hemat manusia, tapi pada Allah (a.w) tetap batil.
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a), katanya dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mengajar ilmu supaya dapat dia dengan ilmu itu membantah (atau menipu) orang bodoh (yakni, dia mengutarakan hujjah menegakkan sesuatu yang dia hendakkan manusia ikuti pendapat dan pandangannya dalam kejahilan manusia yang mendengar cakap-cakapnya), atau menandingi dengan ilmu itu ulama’ (yakni, supaya dia boleh berhujjah secara batil tentang segala sesuatu mengenai syariat Islam itu dan mengalahkan para ulama’ yang haq), atau supaya mengadap dia beberapa wajah manusia atasnya (yakni, membuat orang menghormati atau menyanjungnya dan dengan itu dapat dia kedudukan yang istimewa, atau jawatan yang berharga, berkuasa dan disanjung manusia dan rapat dia kepada mereka yang berkuasa dan mendatangkan pula lain-lain keistemewaan dan keuntungan material dll), maka dia itu di dalam neraka.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Hadith di atas itu menunjukkan dua tujuan batil dalam megajarkan atau menyampaikan ilmu yg haq (i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah); iaitu:
1. Untuk menipu orang yg jahil, yakni mengajarkan ilmu yg boleh menjadikan orang jahil itu terpengaruh kepadanya dan menjadi pengikutnya;
2. Untuk menegakkan hujjah dan pendapatnya supaya manusia mengikutinya dan bukan kerana inginkan orang yg diajarkannya faham dan boleh beramal dan beribadah menepati ketetapan syariat Islam;
3. Untuk berdebat dengan orang berilmu yg lain untuk menunjukka kelebihannya dalam ilmu, walaupun dia kurang faham tentang ilmu tersebut, supaya naik namanya di depan manusia (masyarakat);
4. Kerana 3 di atas itu dia mendapat tempat atau kedudukan atau penghormatan atau jawatan dan sebagainya.
Maka, orang yg sedemikian itu pasti tidak akan masuk syurga.
Hari ini begitu ramai orang yg berilmu terjerumus kerana sebab-sebab atau tujuan-tujuan batil di atas itu. kalau ada orang berilmu yg tidak bertauliah atau tidak memiliki sijil atau diploma atau ijazah yg formal, kerana belajar di pondok, walaupun ilmunya banyak dan haq serta menepati al-Quran dan as-Sunnah, diremehkannya. Dia sombong dan takbur. Dia meremehkan ornag-orang yg berilmu sedemikian. Tidak diakui setaraf dengannya atau lebih faham terhadap Islam dan syariatnya dari dia, tapi kekal dicemuhnya. Dia bertegang dgn pendapatnya walaupun pendapatnya jelas menyimpang dan tersilap dan tidak sejajar degan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, mereka tetap berdegil dan tidak berganjak dgn pendapatnya dan pendiriannya.
Ada banyak contoh. Dalam blog ini kita sedut dari masa ke semasa perkara inmi. Seperti dalam ibdah solat kita sebutkan perlakuan (rukun fe'li) dan bacaan atau sebutan (rukun qauli) dan niat (rukuan qalbi) yg salah dalam solat berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, mereka tidak terima. malah mereka mencari kitab-kitab karangan 'para ulama' untuk berdebat dan menegakkan pendirian atau pendapat mereka. Inilah contoh orang yg tidak mahu menerima kebenaran dan mengajarkan ataunmengembangkan ilmu kerana tujuan batil.
Semoga kita terhindar dari menjadi orang dalam golongan ini. Bahaya bagi akhirat kita. Oleh itu, belajarlah ilmu yg haq dan bersihkannlah amalan dan ibadah supaya kita benar-benar menepati ketetapan as-Sunnah. Kerana hanya ketetapan as-Sunnah yg betul. Ketetapan as-Sunnah itu ada dalam Kuttubul Sittah. janganlah jadikan kitab-kitab karangan manusia sebagai panduan ilmu dalam Islam kecualilah kita sudah dahului mempelajari ilmu as-Sunnah, supaya kita tidak keliru.
Sebenarnya, kalau kita belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah dari orang yg berilmu dan faham al-Quran dan as-Sunnah, kita tak perlu semak kitab-kitab karangan manusia utnuk tahu apa yg haq dan apa yg batil dalam semua amalan dan ibadah. Belajarlah dari orang yg faqih tentang Islam dan syariatnya.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment