Assalamualaikum,
Saudara hari ini kita beralih ke tajuk yg lain pula dalam perbincangan kita. Tajuk kali ini menyentuh al-Quran. Soalnya: Adakah saudara dah baca al-Quran? Kalau dah baca al-Quran, berapa kali saudara khattab al-Quran dalam sebulan atau setahun? Adakah saudara sudah belajar membaca al-Quran? Membacanya dengan sempurna sebutan dan tajwidnya? Adakah saudara sudah belajar tentang tafsir al-Quran? Adakah saudara telah menghafal beberapa surah dalam al-Quran? Lebih utama sudahkah saudara belajar al-Quran (belajar membacanya dengan betul dan fahami isi kandungan atau mesej atau pengajaran al-Quran)?
Demikianlah soalan-soalan umum untuk perhatian kita dan untuk memperingatkan kita. Kerana Rasulallah (s.a.w) menyebut bahawa ilmu yg wajib dipelajari oleh setiap orang yg mengaku dirinya Islam dan beriman (i.e. orang yag yakin dengan kewujudan Allah (a.w), para malaikatnya, para rasul dan nabinya, kitab-kitab yg diturunkan Allah (a.w), qada' dan qadar dan hari akhirat (kiamat) dan pembalasan) itu adalah tiga:
1. Belajar al-Quran (baca dan faham isinya)
2. Belajar as-Sunnah (atau al-Hadith) (supaya tahu bagaimana dan caramana beribadah dan beramal sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w); dan
3. Belajar Hukum Faraid (yg adil)
kalau kita belajar al-Quran dan belajar as-Sunnah secara sistematik dan sempurna, sudah pasti ilmu yg ketiga (i.e. faraid) itu kita akan faham secara otomatik.
Kalau, kita tidak belajar ilmu al-Quran, kita kemungkinan besar melakukan pelbagai perkara yg bersifat syirik, maka kita terkeluar dari Islam.
Kalau kita tidak belajar ilmu as-Sunnah, maka sudah pasti kita akan mengerjakan amalan dan ibadah yg tidak menepati ketetapan Allah (a.w) sebagaimana yg dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). maka segala amalan dan ibadah kita batal dn tidak diterima Allah (a.w)!
Jika kita nak belajar ilmu dalam Islam - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - hendaklah kita mencari guru yg tahu dan faham al-Quran dan as-Sunnah. janganlah kita belajar sendiri. Kerana sesiapa yg belajar sendiri dgn membaca kitab-kitab atau buku-buku karangan manusia, pasti dia akan sesat dan disesatkan. Kerana, kemungkinan besar orang yg menulis kita itu sendiri tidak faham Islam dan syariatnya, kerana mereka tidak faqih dalam al-Quran. Atau, mungkin mereka faqih tetapi kerana pertimbangan-pertimbangan strategik keduniaan, mereka menjadi conformist seumpama ramai para ulama' dan ilmuwan yg berpegang kuat kpd fahaman kemazhaban atau tasawuf atau tarikat tertentu.
Orang yg berilmu dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu bukanlah kerana mereka ulama' yg berjawatan, berkedudukan dan ternama, kerana orang yg berilmu atau 'alim itu adalah mereka yg belajar al-Quran dan as-Sunnah dari guru yg juga belajar al-Quran dan as-Sunnah dari gurunyapula. Mereka tidak akan menjelaskan sesuatu atau memberi pendapat tentang sesuatu mengenai Islam dan syariatnya bersandarkan pendapatnya atau kepandaiannya. Dalam Islam tidak ada kepandaian kerana ilmu. Dalam Islam yg ada adalah dgn ilmu seseorang itu menjadi hamba Allah (a.w) yg terpandu. Apabila dia terpandu, maka mereka tergolong dalam golongan mereka yg disebutkan dalam Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa' dan mereka juga akan mencontohi segala perlakuan Rasulallah (s.a.w) dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w) sejajar dengan Ayat 7, Surah al-Haysr.
Ilmu al-Quran itu merangkumi tiga aspek: pertama, ilmu membacanya (ada 21 qiraat atau cara membaca al-Quran); kedua, tafsir, memehami isi kandungannya; dan ketiga, menghafal surah-surahnya. menyentuh tentang ilmu tafsir, kita tidak boleh mempelajari tafsir al-Quran dengan merujuk kpd kitab-kitab karangan manusia seperti Tafsir ibnu Kathir atau Tafsir al-Qurtubi dan seumapamnya, kecualilah kita telah belaja tafsir al-Quran secara berguru, kemudian kita merujuk kpd kitab-kitab tersebut untuk mengetahu sejauh manakah tafsiran mereka itu sejajar dgn ketetapan as-Sunnah tentang tafsir ayat-ayat al-Quran.
Ilmu as-Sunnah itu hendaklah dipelajari secara berguru dan tidak boleh dipelajari dari mana-mana individu yg dianggap ulama' atau ilmuwan kerana ijazah yg diselimpangkan di atas jubanya seumpama orang yg menggunakan gelaran 'Professor', 'Dr.' atau 'Sahibul Sama'ah' dan sebagainya. Guru as-Sunnah itu hendaklah telah belajar dari guru as-Sunnah sebelumnya. Dia hendaklah khattam kitab-kitab hadith seumpama: Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan at-Termidzi, Sunan an-Nasa'i, Sunan Abu Daud dan Sunan ibnu Majah (6 kitab yg diakui oleh ulama sednuia sebagai hazanah dan rujukan ilmu as-Sunnah). Sesiapa yg beramal tanpa ilmu as-Sunnah dijadikan panduan akan sesat dan melakukan kesilapan dalam beramal dan beribadah.
Hendaklah kita ingat perintah Allah (a.w): 'Wala taqfu ma laisa bihi ilmun' [Maksud: Janganlah kamu lakukan atau kerjakan sesuatu yg kamu tiada ilmu mengenainya] [Ayat 36, Surah al-Isra'] dan Rasulallah (s.a.w) bersabda (memperingatkan kita): 'Al-ilmu qabla 'amal' [Maksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan amalan] [Hadith]. Kalau kita beramal tanpa ilmu, kita pasti akan amalkan atau ibadahkan sesuatu yg tidak disuruh kita amal atau ibadahkan. Atau, kita lakukan sesuatu dengan cara dan kaedah amalan dan ibadah yg sama sekali tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka amalan dan ibadah kita batal. Rugi. Tak dapat pahala. Malah dapat dosa. Maka berwaspadalah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment