Assalamualaikum,
Saudara kita lihat kemanafaatan belajar ilmu yg menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah.
Firman Allah (a.w): ‘Wa’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu wazkuru ni’matallahi ‘alaikum iz kuntum ‘ada-an fa-alfa baina qulubikum fa-asbahtum bi-ni’matihi ikhwanan wa-kuntum ‘ala safa hufratin minan nari fa-anqazakum minha kazalika yubaiyinullahu lakum ayatihi la’allakum tahtaduna.'[Maksud: Berpegang teguhlah dengan tali (ugama) Allah (a.w) berjemaah dan jangan berfirqah (yakni, berpecahbelah), dan ingatlah akan nikmat (yakni, hidayah Islam) Allah (a.w) atas kamu sekelian apabila ada kamu sekelian bermusuh-musuhan antara kamu, maka menyatukan Allah (a.w) beberapa hati kamu dan menjadikan kamu dengan nikmat (hidayah ugama Allah (a.w) itu) bersaudara dan adapun kamu atas tepi jurang dari neraka, maka menyelamatkan Allah (a.w) kamu sekelian daripadanya demikian itulah menerangkan Allah (a.w) ayat-ayatnya mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk.] [Ayat 103, Surah ali-Imran]
Perintah Allah (a.w) dalam ayat ini ada dua. Perintah itu adalah perintah wajib. Mesti dilaksanakan. Pertama, pegangilah atau ikutilah ugama Allah (a.w), yakni Islam itu secara berjema'ah. Apakah ciri-ciri 'jema'ah' dalam Islam? Kita perlu teliti al-Hadith atau as-Sunnah untuk tahu. Rengkasnya, 'jema'ah' Islam itu memiliki ciri-ciri berikut:
1. Ada pemimpin jema'ah, iaitu Imam atau Amir (dulu jema'ah dalam ugama Allah (a.w) dipimpin oleh para rasul dan para nabi. Dalam zaman Rasulallah (s.a.w), dialah pemimpin jema'ah Islam dgn dibantu pula oleh mereka yg menguruskan jejahan Islam.). Zaman khalifah, merekalah pemimpn Islam menggantikan peranan Rasulallah (s.a.w) dalam memimpin ummah serta mempastikan Islam itu kekal murni mengikut speks al-Quran dan as-Sunnah. Zaman selepas khalifah tersebut wujudlah pemerintahan jema'ah Islam dengan gelaran atau jolokan Amir atau Amirul Mukminin (pemimpin orang-orang Iman), bermula dengan pemerintahan Muawiyah b Abu Sufyan berpusat di Baghdad.
2. Ada jema'ah umat Islam yg satu mentaati Imam atau Amir melalui kaedah ikrar taat setia, i.e. bai'at. Apabila jema'ah Islam mengangkat Abu Bakar sebagai khalifah, umat Islam membai'atnya dgn ikrar 'sami'na, wa-ata'na, mastota'na' (maksud: aku dengar, aku taat sekuat mampuku segala perintah khalifah atau Imam atau Amir) selagi perintah tidak menyanggahi atau menyalahi ketetapan alQuran dan as-Sunnah).
3. Umat Islam hendaklah kekal berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Dan bagi menguruskan jema'ah supaya menepati ketetapan tersebut, Imam atau Amir mempastikan yg jahil diberi ilmu dan yg berilmu diberi tugas mengilmukan yg jahil, yg pakar diberi tugas yg dia pakar supaya jema'ah umat Islam bersatu, saling tolong menolong dan bantu membantu melalui ijtihad yg tidak maksiat (Nota: Ijtihad yg maksiat adalah ketetapan kepimpinan yg menyalahi al-Quran dan as-Sunnah).
Suatu masa dulu, wujud perkumpulan al-Arqam yg cuba membentuk jema'ah yg menepati sistem sedemikian. Berjaya buat seketika, namun kemudian Imamnya menyeleweng apakala bertindak melebihi speks kepimpinan yg ditetapkan dalam as-Sunnah. Dalam konteks ekonomi al-Arqam berjaya. Dalam konteks aqidah al-Arqam gagal kerana melanggar ketetapan-ketetapan yg menyalahi aqidah dan ketetapan as-Sunnah dalam kepimpinan. Al-Arqam boleh berjaya jikalah kepimpinannya dan rukyahnya benar-benar berilmu dalam al-Quran dan as-Sunnah. Kumpulan tabligh pula adalah satu percubaan untuk mewujudkan sistem berjama'ah tapi tidak mengutamakan ilmu. Maka tidak kemana, selain mengajak orang ke masjid untuk bersolat secara berjema'ah. Kumpulan tarikat pula tersasar juga kerana mengamalkan tarikat tanpa mengkhattami al-Quran dan as-Sunnah, maka mereka juga tersasar. Kumpulan tasawuf pula tersasar juga kerana mengutamakan spiritual upliftment dalam kejahilan ilmu, sehingga ada perkumpulan yg berzikir beramai-ramai dgn menyaringkan suara, dalam gelap dan sebagainya atau cuba mentafsirkan sifat-sifat Allah (a.w) yg tak siapa yg tahu!
Demikianlah. Kalau jahil ilmu manusia yg ingin mendekatkan diri kepada Allah (a.w) sebenarnya menjauhkan diri mereka dari Allah (a.w). Hanya satu jalan sahaja untuk mendekati diri kepada Allah (a.w), iaitu dgn ilmu. Faham ilmu al-Quran dan as-Sunnah, maka sudah pasti tidak berlaku silap tafsir, silap amal, silap ibadah, taksub pemimpin dan sebagainya. Mudah-mudahan akan bangun lebih ramai ilmuwan dan ulama' yg dapat memberikan penerangan kpd kita tentang Islam yg haq itu supaya kita termasuk dalam golongan yg satu dari 73 golongan, supaya kita berjaya mendapat syurga kerana Allah (a.w) ridakan kita dalam berugama. Allah (a.w) rida kerana kita akur dengan ketetapan Allah (a.w) mengikut Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa, Ayat 7, Surah al-Haysr dan seumpamanya yg menyuruh kita akur dengan suruhan Rasulallah (s.a.w) dan jadikan Rasulallah (s.a.w) model ikutan kita yg satu, insya Allah. Kerana, itulah perintah Allah (a.w) bahawa Rasulallah (s.a.w) itu 'uswatun hasanah' - model terbaik untuk kita menjalani kehidupan Islam yg haq.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment