Assalamualaikum,
Saudara, jika kita benar-benar faham Islam dan syariatnya, kita tahu bahawa Allah (a.w) menjanjikan kepada manusia bahawa sesiapa yg memenuhi ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' bahawa sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti as-Sunnah), mka pasti mendapat syurga. Itulah janji Allah (a.w). Dan, Allah (a.w) sebaliknya pula meperingatkan kita yg juga berupa janji counterfactual kpd Ayat 13, iaitu Ayat 14, Surah an-Nisa', iaitu sesiapa yg menentang Allah (a.w) (yakni, tidak ikuti ketetapan al-Quran) dan menentang Rasulallah (s.a.w) (yakni, tidak mengikuti ketetapan as-Sunnah) dan melanggar batasan-batasan ketetapan Allah (a.w), pasti masuk neraka.
Menyentuh tentang Ayat 14 tentang batasan-batasan yg disebutkan dalam al-Quran itu banyak, termasuklah larangan jangan syirik, jangan membunuh, jangan minum arak, jangan mencuri, jangan berzina dan sebagainya. Itu yg lazim. Yg jarang diberi keutamaan pula adalah tentang meninggalkan suruhan seperti suruhan bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat, dan menunai haji. Dalam konteks zakat pula disebutkan tentang kewajipan menginfaq, yakni membelajakan sebhagian dari rezki kurniaan Allah (a.w) untuk fi sabilillah (atau membangun dan mengimarahkan syiar Islam dan membantu orang Iman yg daif keadaannya.
Dalam konteks mentaati suruhan Rasulallah (s.a.w), yakni ketetapan as-Sunnah, itu sering juga diabaikan. Allah (a.w) perintahkan orang Islam bahawa apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) untuk dijadikan panduan amalan dan ibadah hendaklah diambil pakai I.e. diamalkan) dan apa-apa yg ditegh oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah ditinggalkan (Ayat 7, Surah al-Haysr). Namun, ramai orang Islam yg mengabaikan as-Sunnah. Malah ada yg mengutamakan ketetapan manusia dan meninggalkan ketetapan as-Sunnah. Contoh orang yg taksub dengan ajaran kemazhaban ada yg melakukan sesuatu yg ditegah atau dilarang Rasulallah (s.a.w), khususnya dalam perkara bid'ah. Kalau kita teliti dalam amalan dan ibadah kita yg kita warisi turun temurun itu, begitu banyak yg bersifat tahyul (iaitu kepercayaan yg karut marut), kurafat (iaitu amalan yg tidak bersandarkan ketetapan al-Quran seumpama mempercayai perkara-perkara ghaib yg berkuasa), taklid (iaitu mengamalkan sesuatu amalan tanpa ilmu tetapi semata-mata secara ikut-ikutan) dan bid'ah (melakukan sesuatu dalam ibadah dan amalan sesuatu yg tidak dicontohkan atau disuruh atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w)).
Mereka yg melakukan sesuatu yg bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah terlibat dalam ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 40, Surah al-'Araf: 'Sesungguhnya orang-orang yg mendustakan ayat-ayat Kami (Allah (a.w)) dan menyombongkan diri terhadapnya (ayat-ayat Allah (a.w)), tidak akan dibukakan pintu-pintu langit bagi mereka dan mereka tidak akan masuk syurga, sebelum unta masuk ke dalam lubang jarum. Demikianlah Kami (Allah (a.w)) memberi balasan kpd orang yg berbuat jahat.'
Orang yg 'berdusta' itu dalam ayat itu sipa? Mereka adalah orang yang syirik dan yag kafir, yakni tidak aku kewujudan Allah (a.w) atau mengakui ada tuhan selain Allah (a.w) dan mereka yg mengakui ada tuhan tiga serangkai sebagaimana orang Kristian. Orang yg tidak akui bahawa Rasulallah (s.a.w) adalah Pesuruh atau Rasulallah (s.a.w). Termasuk, orang yg akui diri mereka Islam, tapi menyebut atau mengajarkan orang lain sesuatu yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah, kemudian mereka katakan ada dalam ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Golongan-golongan ini tidak 'dibukakan pintu langit', yakni segala amalan dan ibadahnya tidak diterima oleh Allah (a.w), malah apabila diangkat atau dipersembahkan kepada Allah (a.w) tidak sampai! Dan, orang-orang sedemikian itu, walaupun Islam dan mengakui mereka beriman, tidak akan masuk syurga! Maka dengan itulah penting kita fahami dan sedari bahawa, hendaklah kita benar-benar Islam dengan mematuhi Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr. Janganlah kita merasa selesa semata-mata kita Islam dan mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah yg wajib dan yg sunat, tanpa landasan atau panduan ilmu. Kita beramal secara ikut-ikutan tetapi kita jahil. Kita dengar caka-cakap orang yg bercermah - semuanya kedengaran baik, tapi tidak ada sandaran nas dan dalil al-Quran. Mereka bercakap atas sandaran pendapatnya atau pendapat orang lain, yg juga bercakap tanpa sandaran ilmu yg hak. Tambahan pula Allah (a.w) menyebut dalam Ayat 36, Surah al-Isra' bahawa kita jangan mengerjakan sesuatu amalan atau sesuatu ibadah tanpa memiliki ilmu mengenainya terlebih dahulu. Kerana, dengan ilmu kita terpandu dan dengan ilmu kita pasti mengerjakan amalan dan ibadah secara yg betul menepati ketetapan as-Sunnah (i.e. ketetapan Ayat 7, Surah al-Haysr). Wajib diingat jika kita kerjakan sesuatu amalan atau ibadah yag berlainan dari apa yg dikerjakan oleh Rasulallah (s.a.w), maka ibadah atau amalan tersebut sia-sia, tidak diterima Allah (a.w)!
Maka dengan itulah utamanya kita berilmu. Utamanya kita belajar ilmu. Utamanya kita belajar ilmu yg diwajibkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Utamanya kita belajar ilmu dari orang yg berilmu dan faham tentang Islam dan syariatnya. Pentingnya kita belajar secara berguru. Pentingnya guru yg mengajarkan kita ilmu itu juga berilmu dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah dan dia juga belajar secara berguru. Bukan dgn mentela'ah kitab-kitab selain kitab hadith secara berguru. Ada orang yg kelihatan memiliki ilmu yg banyak kerana dia memiliki perpustakaan di rumah yg besar mengandungi pelbagai kitab ugama dan sebagainya. Bukan kerana dia yg mengajarkan kita adalah orang ternama, berkedudukan atau disanjung dan diakui oleh manusia sebagai orang alim! Bukan orang yg ada Ph D atau diberi anugerah Dr. Orang yg alim itu, dalam Islam adalah, orang yg faham tentang as-Sunnah. Jika dia faham as-Sunnah sudah pastilah dia tidak mengajarkan sesuatu yg bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Pastilah dia tidak bercakap mengikut pemikirannya sendiri. Dia akan bercakap bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah. Dia tidak bercakap bersandarkan fahaman kemazhaban. Dia akan menyampaikan sesuatu ketetapan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Oleh itu, berwaspadalah dalam mencari ilmu dan belajar ilmu serta mengamalkan sesuatu ilmu itu. Kita mungkin tergolong di kalangan mereka yg disebutkan dalam Ayat 40, Surah al'Araf itu. Orang yg Islam dan rajin serta istiqamah dalam beramal dan beribadah, tetapi segala amalan dan ibadahnya tidak sampai kpd Allah (a.w). Tidak sah. Tidak diakui. Tidak diterima Allah (a.w). Rugilah kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment