Friday, June 25, 2010

Perintah Allah (a.w): Islam yg mana satu??

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah lihat semakin kusut pemikiran orang Islam di Malaysia apabila ada tuduhan bahawa orang yg berilmu dan berdakwah berlainan dari kumpulan arus perdana dikatakan pengikut salafiah atau Wahabbi. Kemudian, ada pula tuduhan yg bersifat fitnah bahawa mereka yg berlaianan pembawakan dari golongan majoriti itu juga orang yg simpati dgn perjuanagn radikal orang-orang seumpama al-Qaeda, Taliban, JI di Indonesia. Mungkin mereka menumpukan perhatian pada perkara 'jihad'. Sebenarnya mereka tidak faham atau kurang faham tentang Islam dan syariatnya.
Kita telah teliti peringatan Rasulallah (s.a.w) bahawa selepas kewafatan beliau, umat Islam (Perhatikan: Umat Islam bukan umat ugama lain) akan berfirqah atau berpecah-pecah menubuhkan perkumpulan atau fahaman berasingan. Akan wujud 73 firqah atau golongan yg Islam kerana mereka mengucap syahadah, solat, puasa, keluarkan zakat dan kerjakan haji dan umrah. Semua mereka mengharapkan agar diberi Allah (a.w) ganjaran syurga di akhirat kelak. Yg kaya pula membelajakan banyak wang ringgit untuk membangunkan pelbagai projek fi sabilillah, spt masjid, sekolah ugama, sekolah tahfiz, tadika Islam dan menaja kanak-kanak yg cerdik belajar di IPT terkenal dunia spt al-Azhar, Univ Madinah, Univ Ummul Qura dan seumpamanya. Semuanya mengharapkan agar perbelajaan fi sabilillah mereka itu tidak sia-sia - mengalirkan pahala sampai kiamat dunia.
Ada yg menubuhkan pusat pemulihan bagi gadis-gadis yg terlanjur supaya disedarkan dan dibentuk akhlak mereka menjadi wanita Muslim yg solehah. Ada yg menubuhkan pusat-pusat anak yatim. Ada yg menubuhkan pusat-pusat tadika dan taska Islam. Semuanya mengharapkan ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat mereka.
Namun, hakikatnya adalah majoriti umat Islam belum faham atau masih jahil tentang Islam dan tuntutan Islam dan syariatnya. dalam blog ini kita telah teliti berbagi hujjah berdasarkan dalil dan nas al-Quran dan as-Sunnah, apakah Islam itu sebenarnya dan apakah syariatnya atau tuntutannya mengikut ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Bagi mereka yg ingin mencari jalan yg haq ke syurga, apabila mereka baca, difikirkan dan direnung dan menungkan, maka akan nampak cahaya kebenaran di dalam apa-apa yg disampaikan. Blog ini menyampaikan asas dan panduan tentang Islam dan syariatnya berdasarkan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah, kerana itulah dua sumber ilmu yg haq dan itulah panduan yg haq bagi orang Islam yg benar-benar ingin mencari 'siratul mustaqim', iaitu jalan yg ditetapkan atau ditunjukkan Allah (a.w) untuk mendapatkan kerahmatannya, dan kerana kerahmatan itu mendapat syurga dan selamat dari neraka.
Antara kunci utma untuk mendapatkan syurga serta selamat dari neraka itu adalah Ayat 13, Surah an-Nisa': Taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), maka sudah pasti Allah (a.w) berikan syurga. Itulah janji Allah (a.w). Itulah juga janji Rasulallah (s.a.w). Janji Allah (a.w) itu adalah janji yg pasti. Janji Rasulallah (s.a.w) adalah juga janji pasti kerana firman Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa' menyebut: Sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w) sudah pasti dia taatkan Allah (a.w). Dan, kita benar-benar Islam jika kita ikuti as-Sunnah. Itulah firman Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr: Apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kita ambil dan amalkan sekuat mampu kita, dan apa-apa yg ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kita jauhi.
Apakah yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w)? Rasulallah (s.a.w) bawakan kpd kita al-Quran dan 'al-Hikmah' atau as-Sunnah. Kemudian, Allah (a.w) memberi kita tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) bercakap bukan sebarangan. Dia bercakap (i.e. bersabda) atas perintah Allah (a.w) melalui wahyu. Rasulallah (s.a.w) tidak berkata-kata kerana perasaan atau kerana mengikut kehendak nafsunya sebagaimana manusia spt kita yg seringkali bercakap tanpa landasan yg haq, tetapi mengikuti perasaan atau hawa nafsu kita. Inilah yg difirmankan Allah (a.w) pada Ayat 2 dan 3, Surah an-Najmi: Dan, tidaklah berkata-kata (Rasulallah (s.a.w)) itu mengikut hawa nafsunya. Sesungguhnya dia (Rasulallah (s.a.w)) itu berkata-kata kecuali dengan wahyu yg diwahyukan kepadanya. Oleh itu, kita tak wajar ragu-ragu menerima as-Sunnah, kalaulah kita masih ragukan Ayat 7, Surah al-Haysr itu! Kemudian Allah (a.w) memberitahu pada Ayat 9, Surah as-Sof: Dialah (Allah (a.w)) yg mengutus Rasulallah (s.a.w) membawakan petunjuk atau hidayah berupa al-Quran dan as-Sunnah.
Sehubungan itu juga Allah (a.w) perintahkan Rasulallah (s.a.w) memberitahu manusia pada Ayat 23, Surah al-Jinn: 'Katakanlah (Muhammad (s.a.w), bahawa aku (yakni, tugasku) adalah menyampaikan (keterangan dan perintah Allah (a.w)) dari Allah (a.w) dan aku (Nabi) (memikul tanggungjawab) sebagai RasulNya. Dan, barangsiapa yg derhaka kpd Allah (a.w) (yakni, tidak ikuti al-Quran) dan derhaka kpd RasulNya (yakni, tidak ikuti as-Sunnah), maka bagi mereka disediakan neraka jahannam ...' (yakni, pasti masuk neraka tak dapat syurga)!
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mentaati aku maka sungguh-sungguh dia mentaati Allah (a.w). Dan, barangsiapa ingkar (atau, melanggar) perintahku, maka sesungguhnya dia derhaka kepada Allah (a.w). Dan, barangsiapa mentaati pembesar (amir atau imam) aku, maka sungguh-sungguh dia mentaati aku, dan barangsiapa mengengkari (atau, melanggar) perintah pembesar (amir atau imam) aku, maka sungguh-sungguh dia engkar (atau, melanggar perintahku.’[Hadith Bukhari]
[Nota: Insya Allah, penulis akan bincangkan kelak dengan teliti serta terperinci apakah yang dimaksudkan berjema’ah dalam Islam dan apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan dalam Islam itu. Kerana kefahaman ini penting supaya kita boleh fahami apa maksud 'berjema’ah' dan 'uulil amri' dalam Islam itu. Kefahaman sedemikian amat kritikal demi menepati perintah Allah (a.w) dalam Ayat 56, Surah az-Zariat (yakni, Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia dengan tujuan untuk mengabdikan diri mereka kepada Aku (Allah (a.w) itu) dan Ayat 13 Surah an-Nisa’ tersebut. Supaya kita benar-benar tahu bagaimana mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) jika wajib berilmu. Ilmu yg wajib kita pelajari dan fahami adalah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah.
Dalam hadith di atas itu disebutkan 'imam' atau 'amir'. Kita akan teliti insya Allah kemudian nanti apakah maksud 'Imam' dan/atau 'Amir' dalam syariat Islam itu. Perintah Rasulallah (s.a.w) ini berkaitan dengan firman dan perintah Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah an-Nisa' [Nota: Dalam blog ini penulis sudahpun rujuk kpd ayat ini. Kita akan teliti lagi kemudian nanti.]
Maka, dengan itu sesiapa yg tidak mempelajari al-Quran dan as-Sunnah, maka pastilah dia akan sesat. Mereka yg belajar Islam dari kitab-kitab karangan manusia, pasti juga sesat, kalau mereka belum faham al-Quran dan as-Sunnah. Inilah pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Sabda Nabi (s.a.w): 'Taraktu fikum amraini ma in tamasaktum bihima lan tadillu, kitaballahi wasunnati nabiyi.' [Maksud: Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara yang jika kamu sekelian berpegang kepada kedua-duanya, tidak akan sesat kamu selama-lamanya (dalam mencari dan mendapat serta mengikuti siratul mustaqim, yakni jalan ke syurga) (iaitu): Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah nabiNya (yakni, sunnah Rasulallah (s.a.w)). [Hadith sahih at-Termidzi, Ahmad ibnu Hanbal, Ibni al-Asim, al-Hakim, at-Tobrani, ad-Dalamii dan al-Thahawi]
[Nota: Di dalam al-Quran disebutkan ‘kitab’ dan ‘hikmah’: Sila rujuk ayat-ayat yg disebutkan di bawah ini dalam surah-surah berkenaan, iaitu al-Baqarah (ayat-ayat 129, 151 & 231), ali-Imran (ayat 164), an-Nisa’ (ayat 113), ad-Dhuhan (Ayat 34) dan aj-Jumu’at (Ayat 2). Mengikut Imam as-Shafie perkataan ‘hikmah’ mengikut persetujuan para ulama yang faqih tentang Ilmu al-Quran bermaksud Sunnah Rasulallah (s.a.w) atau as-Sunnah.]
Rasulallah (s.a.w) dalam dua hadith berikut memperingatkan kita suatu perkara yg wajib kita sematkan dalam dada kita.
Diriwayatkan sepotong hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) yang berkata bahawa sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) pada suatu ketika telah bersabda: 'Sesungguhnya ada pada kamu dua perkara, iaitu kalam dan hidayah. Maka sebaik-baik kalam itu ialah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sebaik-baik hidayah itu adalah hidayah Nabi Muhammad (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Ingatlah, dan takutlah kamu semua, kan perkara-perkara yang buruk itu adalah pembaharuan (dalam perkara ugama) yang diada-adakan, dan tiap-tiap pembaharuan itu bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah itu dolalah (yakni, sesat) dan setiap kesesatan itu tempatnya dalam neraka.'.] [Hadith Ibnu Majah]
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Setiap umatku masuk syurga, selain orang yang ‘enggan’.’ ‘Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapakah yang ‘enggan’ itu?’ ‘Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Sesiapa yang mematuhi perintahku masuk syurga, dan sesiapa yang melanggar perintahku, maka sesungguhnya orang itu ‘enggan’ (yakni, mereka yang ‘enggan’ itu adalah mereka yang tidak mematuhi perintah Rasulallah (s.a.w) sebagaimana yg terdapat dalam as-Sunnah).’ [Hadith Bukhari]
Apakah contoh orang yg 'enggan'? Kita lihat beberapa contoh. Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (maksudnya: Bersolatlah kamu sebagaimana yg kamu lihat aku bersolat' [Hadith Bukhari]. Rasulallah (s.a.w) suruh kita bersolat sebagaimana dia bersolat. maka untuk mengetahui bagaimana Rasulallah (s.a.w) bersolat, kita wajib pelajari ilmu as-Sunnah. Kalau kita bersolat cara lain, atau tak sama dengan cara Rasulallah (s.a.w) pastilah kita tergolong sebagai orang yg ingkarkan Rasulallah (s.a.w)! Abu Hurairah (r.a) meriwayatkan hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sesungguhnya Allah (a.w) rida tiga perkara ...(satu daripada tiga itu adalah) bahawa umat Islam itu pegang tali (i.e. ugama) Allah (a.w) (i.e. Islam) secara berjema'ah ...' [Hadith Muslim] Perintah Rasulallah (s.a.w) ini adalah selari dengan firman Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran: 'Berpegang teguhlah kamu sekelian dengan tali (i.e. ugama) Allah (a.w) (i.e. Islam) secara berjema'ah dan jangan berfirqah-firqah (yakni, berpecahbelah) ...' Umat Islam pasti berpecah jika mereka ikuti fahaman sesuatu perkumpulan atau mazhab, kerana akan terdapat perbezaan cara dan kaedah beramal dan beribadah, dan akan ada perkara-perkara tambahan kpd syariat yg asli dari Allah (a.w) dan RasulNya! Rasulallah (s.a.w) berpesan dalam hadith: 'Barangsiapa beramal dengan suatu amalan yg bukan didtangkan dariku (Nabi), maka dia (amalannya) ditolak.' [Hadith Muslim].Kita diberitahu bahawa semua pembaharuan dalam syariat Islam (sama ada dalam bentuk-bentuk amalan atau ibadah, cara dan kaedah beramal dan beribadah yg tidak didapati dalam as-Sunnah adalah bid'ah. Tapi, majoriti kita dalam Islam yakin kononnya ada 'bida'ah hasanah'!! Ini adalah suatu pembohonan. Ini juga satu keengganan menerima ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni kita tolak as-Sunnah!
Mudah-mudahan Allah (a.w) memberikan kita petunjuk untuk faham akan islam dan syariatnya supaya kita benar-benar tergolong dalam golongan yg akur terhadap ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan berpegang kpd as-Sunnah dan semoga kita tergolong dalam golongan yg berjaya dapat syurga daripada 73 golongan yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu. Amin.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment