Saturday, June 5, 2010

Akhlak: Adab Makan dan Minum (Sambungan)

Assalamualaikum,
Saudara kita teruskan lagi perbincangan kita mengenai tajuk di atas itu. Kita mendapat pahala mengikuti sunnah dan kita juga mendapat manfaat keampunan dosa-dosa kita apabila kita berdoa sebelum dan selaps makan atau minum.
Menceritakan hadith oleh Abu Yaman (juga dikenali sebagai) al-Mu'alli b Rasyid berkata: 'Menceritakan kepadaku oleh nenekku, Ummu 'Asim, dan adapun (Ummu 'Asim) adalah Ummu Walad (yakni, hamba kpd Sinan b Salamah) (yg telah merdeka), berkata: 'Masuk kepada aku Nubaisyah al-Khair, dan aku sedang makan dalam suatu bekas (makanan), maka menceritakan kepadaku bahawasanya Raulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa makan di dalam suatu bekas (makanan) kemudian menjilatnya diampunkan baginya (i.e. orang yg menjilat bekas makananya).' [Hadith at-Termidzi, Kitab Mengenai Makan]
Hadith ini menyuruh kita membersihkan makanan yg kita makan dalam bekas yg kita makan, supaya tidaklah tertinggal apa-apa makanann di dalam bekas itu. Kita mendapat tahu dalam post yg lalu bahawa makanan yg tidak kita makan dalam pinggan yg kita gunakan untuk makan atau makanan yg terjatuh dari pinggan kita adalah makanan syaitan. Lebih banyak kita tinggalkan, lebh banyaklah kita menjadi sahabat syaitan. Maka dengan itulah kita pastikan tidak ada makanan yg tertinggal dalam pinggan kita. Wajib dihabiskan dan dibersihkan. Jika kita lakukan seperti ketetapan hadith di atas itu, pinggan atau bekas makanan kitapun akan berdoa kpd Allah (a.w) supaya dosa kita diampuni.
Maka dengan itulah apabila nak makan janganlah terlalu gelojoh atau nampak kelahap mengambil makanan secara berlebihan yg tidak mungkin dapat kita habiskan, maka jadi membazir pula. Orang yg membazir dalam Islam adalah sahabat syaitan.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: 'Melarang Rasulallah (s.a.w) bahawa kita bernafas di dalam bekas makanan dan jangan (juga) kita meniup (atau menghembus) ke dalam bekas makanan (ketika makan).' [Hadith Abu Daud, Kitab Mengenai Minum]
Hadith ini menyebutkan larangan Rasulallah (s.a.w) kita lakukan dua perkara ketika makan atau minum: pertama, kita makan atau minum dengan bernafas ke dalam bekas makanan atau minuman; dan kedua, kita meniup atau menghembus ke dalam bekas makanan atau minuman. Ada orang yg makan dan minum, terutama apabila makanan atau minuman itu panas, maka dia bernafas ke dalam bekas makanan atau minuman. Ada juga orang yg menghembus ke dalam bekas makanan atau minuman ketika makanan atau minuman tersebut panas, sebelum memakannya. Adab seorang islam adalah jangan mengabil makanan atau minuman berlebihan, cukup sekadar boleh dihabiskan sahaja. Kalau perlu tambahan boleh diambil lagi setelah habis yg ada dalam inggan atau cawan atau gelas minuman.Kalau makanan masih panas, tunggulah sehingga sejuk atau boleh dimakan atau dimunim. Janganlah kita hembus makanan atau minuman untuk menyejukkannya.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment