Assalamualaikum,
Kita sambung lagi ketetapan as-Sunnah menegnai tajuk di atas, iaitu adab ketika makan dan minum bagi orang Islam yang beriman. Dalam post yg lalu kita mendapat tahu panduan yg basic, iaitu: Janganlah makan dengan bersandar - sama ada bersandar ke dindingke atau ke belakang kerusi ke atau apa jua. Hendaklah duduk membongkok menghadapi juadah di meja atau di tikar atau di kain saprah. Kedua, makanlah dan minumlah dgn menggnakan tangan kanan. Kita diberitahu bahawa kalau kita makan dan minum dgn menggunakan tangan kiri kita adalah pengikut syairtan, kerana syaitan makan dan minum dgn tangan kiri.
Diriwayatkan hdith dari Abdillah b 'Ubaidin hadith dari seorang perempuan dari kalangan mereka, dikatakan padanya (i.e. perempuan itu) Ummu Kulthum, hadith dari Aisyah (r.ah) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Ketika makan salah seorang kamu sekelian maka membacalah 'Bismillah', dan jika kamu lupa (membaca) 'Bismillah' ketika mula makan, maka bacalah 'Bismillahi auwalahu wa-akhirahu' (Maksud: Dengan nama Allah (a.w) yg Maha Agung pada awalku makan dan pada penghujung aku makan).' [Hadith Abu Daud, Kitab Makan]
Bagi seorang Islam itu yg paling minima disuruh dia lakukan ketika makan dan minum adalah membaca kalimah 'Bismillah' ketika nak makan atau minum. Namun, kalau tak dibiasakan pasti terlupa. Kalau lupa membaca kalimah 'Bismillah' ketika memulakan makan dan minum, maka ketika teringat setelah makan atau minum, maka bacalah doa yg diebutkan dalam hadith berikutnya:
Diriwayatkan hadith dari Abi Said (al-Khudri) (r.a.) berkata: 'Adapun Nabi (s.a.w) ketika sudah selesai makan atau hendak minum, berdoa: 'Alhamdulillahi-lazi at'amana wa-soqana wa-ja'alna muslimina (maksud: Segala puji bagi Allah (a.w) zat yg memberi aku makan dan memberi aku minum dan menjadikan aku dari kalangan orang Islam).' [Hadith at-Termidzi, Kitab Doa]
Jadi jika terlupa menyebut 'Bismillah' ketika memulakan makan/minum, maka bacalah doa dalam hadith di atas itu: 'Bismillahi, auwaluhu wa-akhiruhu' dan setelah selesai makan/minum bacalah doa dalam hadith kedua itu, iaitu: 'Alhamdulillahil-lazi at'amana wasoqana wa-ja'alna Muslimina.' Biasakanlah sentiasa mengingatkan Allah (a.w) dalam segala pekerjaan kita setiap ketika dan bersyukur dgn menyebut 'Alhamdulillah' sekurang-kurangnya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment