Saturday, June 5, 2010

Peringatan yg Sering Dilupakan...

Assalamualaikum,
Saudara dalam post bulan lalu kita bicarakan dua perkara yg jarang-jarang kita ambil perhatian sangat dalam hidup kita, iaitu: pertama, syurga itu hanyalah dikhususkan bagi orang yg anuti Islam, kerana Islam sahajalah ugama yg diterima oleh Allah (a.w) untuk dianuti oleh manusia, kerana Islam itu ugama ciptaan Allah; dan kedua, orang Islam itu ada tiga golongan sahaja. Golongan pertama, 'zalimu li-nafsihi' (maksud: yg menzalimi dirinya sendiri kerana melakukan perkara yg ditegah dan meninggalkan perkara-perkara yg disuruh); golongan kedua, 'al-muqtasidah' (maksud: orang yg berada dalam pertengahan sahaja, meninggalkan yg dilarang dan mengerjakan yg disuruh yg wajib-wajib sahaja); dan golongan ketiga (yg terbaik) 'sabiqu bil-khairat', orang-orang yg berusaha sekuat mampu melakukan amal soleh dan kebaikan, yakni meninggalkan yg ditegah, mengerjakan yg disuruh dan mengerjakan segala tambahan yg dibolehkan oleh al-Quran dan as-Sunnah) (Ayat 32, Surah an-Nisa). Dalam post bahasa Inggeris kita jelaskan bahawa seseorang yg tidak Islam tidak akan dapat masuk syurga. Kerana, syurga itu hanya untuk orang yg Islam sahaja.
Kali ini kita teliti pula firman Allah (a.w) dalam al-Quran yg memperingatkan kita yg Islam ini supaya jangan mati tidak Islam (i.e. mati kafir atau musyrik).
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazina amanut-taqullahi haqqa tuqatihi wala tamutunna illa wa-antum muslimuna.' [Maksud: Wahai orang-orang yg beriman! Bertaqwalah kamu dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya (Allah (a.w)) dan janganlah kamu mati kecuali kamu mati sebagai seorang Islam]. [Ayat 102, Surah ali-Imran]
Dalam Islam konsep 'taqwa' (makna literalnya: takut) itu adalah khusus. Bertaqwa ertinya takutkan Allah (a.w) tapi bukan menjauhi diri dariNya tapi dengan berusaha menghampiri diri kepadaNya. Bezanya apabila kita takut kepada sesuatu, seumpama takutkan samseng atau harimau, kita akan melakukan segala sesuatu untuk tidak mendekati samseng atau harimau itu, untuk mengelakkan diri dari bertemu dengan yg kita takuti itu. Taqwa bererti takut dengan sebenar-benarnya takut akan Allah (a.w), tapi kita berusaha melakukan sesuatu yg membolehkan kita lebih dekat kepada Allah (a.w), bukan lebih jauh dariNya. Kerana tidak mungkin kita dapat melarikan diri Allah (a.w). Kerana Allah (a.w) sukakan orang yg berusaha menghampiri dirinya kepadaNya. Taqwa bererti takut dgn meninggalkan segala larangannya dan mengerjakan segala yg disuruhNya sekuat mampu kita. Bukanlah kita menjauhi diri kita dari Allah (a.w). Kita diberitahu oleh Allah (a.w) bahawa jika kita meningkatkan ketaqwaan kita bererti kita mendekatkan diri kepadaNya, maka kita akan dikasihi Allah (a.w). Seseorang yg dikasihi Allah (a.w) pastinya dia mendapat kerahmatan Allah (a.w) dan kerahmatan Allah (a.w) itu menjamin balasan syurga baginya. Inilah jaminan Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa.
Berbalik kpd firman Allah (a.w) di atas itu, ada dua dimensi: Mesej pertama, 'bertaqwalah dengan sebenar-benar taqwa' kpd Allah (a.w). Ini suatu yg sukar, maka kerana sukar itulah balasannya amat menguntungkan kita, iaitu mendapat balasan syurga. Orang yg benar-benar bertaqwa itu sifatnya adalah 'taatkan Allah (a.w)' (maksudnya, ikuti ketetapan al-Quran) dan 'taatkan Rasulallah (s.a.w)' (maksudnya, ikuti ketetapan as-Sunnah). Allah (a.w) jamin sesiapa yg mentaati Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan orang yg mentaati Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), pasti mendapat syurga. [Ayat 13, Surah an-Nisa]
Mesej kedua dalam firman Allah (a.w) di atas itu adalah 'janganlah kamu mati kecuali kamu mati sebagai seorang Islam'. Apakah mungkin seseorang yg Islam itu boleh mati bukan Islam? kalau kita Islam kemudian kita anuti ugama lain, sebagaimana katanya ada orang Islam yg masuk Kristian, itu benarlah orang Islam boleh jadi kafir. Tapi, orang sedemikian itu dia bukan lagi Islam ketika dia mati kerana dia sudah murtad. Jadi, bukan yg dimaksudkan oleh firman Allah (a.w) itu.
Seseorang yg Islam itu mati dia tidak Islam (i.e. kafir) jika berlaku salah satu dari situasi seperti berikut:
1. Dia Islam - kelihatan secara luaran Islam - tetapi tidak bersolat, kerana jika meninggalkan satu waktu solat fardu dia jatuh kafir, maka jika ditakdirkan dia mati meninggalkan satu waktu solat, maka dia mati kafir;
2. Dia Islam tetapi dia menolak ketetapan as-Sunnah, bererti dia mungkin akur dengan sebahagian ketetapan as-Sunnah dan menolak (i.e. tidak menerima) sebahagian ketetapan as-Sunnah, jika mati dia dia juga mati tidak Islam, kerana orang Islam wajib terima ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah;
3. Dia Islam tetapi dalam amalannya dan ibadahnya dia mengamalkan sesuatu yg kurafat, tahyul dan bid'ah, maka jika mati dia tanpa dia bertaubat, maka mati dia tidak Islam walaupun secara lahiriah nampak Islam dan dia sendiri yakin yg dia Islam. Kerana, sebagai contoh, seseorang yg mengamalkan bid'ah dalam solat, contohnya, terkeluar dari Islam tanpa disedari.
Ketiga-tiga situasi ini sering tidak disedari oleh ramai orang Islam, terutama tentang bid'ah. Bid'ah adalah mengatakan sesuatu perlakuan atau amalan atau ibadah itu ditetapkan atau terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, walhal tiada dalam ketetapan al-Quran mahupun as-Sunnah. Maksudnya, dia berbohong. Mengatakan sesuatu tanpa sandaran ilmu, yakni tanpa sandaran nas dan dalil al-Quran ataupun as-Sunnah.
Bagaimana kita tahu sesuatu itu bid'ah? Kita hanya tahu sesuatu itu bid'ah dengan ilmu - ilmu yg kita perolehi dari al-Quran dan as-Sunnah, bukan ilmu yg kita perolehi dari cakap-cakap atau pendapat alim ulama',. Sesuatu yg tiada sandaran nas dan dalil al-Quran adalah kebatilan. Maka dengan itulah, apabila kita mengerjakan amalan dan ibadah hendaklah kita terlebih dahulu semak ilmu kita dengan meneliti (mempelajari al-Quran dan as-Sunnah), barulah kita tahu apakah amalan atau ibadah kita itu benar *(haq) atau diselubungi atau dicemari oleh sesuatu yg bersifat bid'ah.
Semoga kita sentiasa berwaspada. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'al-ilmuqabla amal' (maksud: berilmulah sebelum beramal dengan sesuatu amalan dan ibadah)'. Maka dengan itulah juga Allah (a.w) memperingatkan kita yg Islam dalam firmanNya dalam al-Quran: 'Wala taqfu ma laisa bihi ilmun' (maksud: Janganlah kamu kerjakan (i.e. amalkan atau ibadahkan) sesuatu (amalan dan ibadah) yg kamu tidak mengetahui ilmu mengenainya (terlebih dahulu)' [Ayat 36, Surah al-Israk]
Dalam menganuti Islam, kita tidak boleh berpandukan kebijaksanaan akal fikiran atau kepintaran otak kita atau bersandarkan falsafah logik sebagaimana ilmu keduniaan! Segala-galanya dalam Islam sudah ditetapkan oleh Allah (a.w) dan disampaikan kpd kita oleh Rasulallah (s.a.w). Tidak diberikan sebab musabab mengapa sesuatu itu perlu begini dan begitu. Yg diperlukan atas kita yg akui diri kita Islam dan beriman adalah kita 'dengar,' 'taat' (Ayat 46, Surah an-Nisa), dan 'kerjakan sekuatmampu' (Hadith) kita. Islam memperincikan dari perkara yg sekecil-kecilnya sehingga ke perkara yg sebesar-besarnya dalam tuntutan Islam dan syariatnya.
Mudah-mudah kita semua akur dan waspada. Dengan itu tidaklah kita tergolong dari kalangan orang yg Islam dalam hidupnya, tetapi kafir ketika matinya, seperti peringatan Allah (a.w) itu, wal iya zubillah.


Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment