Friday, June 4, 2010

Akhlak: Adab Makan dan Minum (Sambungan)

Assalamualaikum,
Saudara, mungkin saudara pernah melihat orang yg setelah selesai makan dia menjilat jari-jarinya, sebelum bahawa dia membasuh tangannya. Selalu orang Muslim keturunan India melakukan perlakuan tersebut. Oleh kerana mereka mengikuti fahaman kamazhaban - maliki atau hanafi atau hanbali - mungkin kita berpandangan bahawa mereka itu bukanlah dari mazhab as-Syafie. Kerana, orang Melayu arus perdana mengaku, malah meresa bangga, kerana mereka adalah pengikut mazhab as-Syafie. Mungkin kita diberitahu bahawa hanya pengikut mazhab selain as-Syafie melakukan sedemikian. Betulkah? Cuba kita teliti hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) adapun dia (Nabi) ketika makan pada sesuatu makanan nescaya menjilat pada jari-jarinya tiga kali. Berkata Anas (r.a): 'Ketika terjatuh (sesuatu) dari suapannya (i.e. orang yg makan) seseorang dari kamu sekelian, supaya membersihkannya dari kekotoran dan supaya memakannya dan jangan tinggalkan (apa-apa makanan) untuk syaitan. Dan, memerintahkan kami (oleh Nabi) supaya membersihkan pada bekas makanan (i.e. pinggan atau priring atau mangkuk).' Bersabda nabi (s.a.w): 'Maka sesungguhnya kamu sekelian tidak mengetahui dalam manakah makanan kamu sekelian yg memberi keberkatan.' [Hadith Muslim, Kitab Minum]
Dari hadith ini jelas kepada kita bahawa dua perlakuan, iaitu: pertama, menjilat jari-jari yg menyuap makanan itu tiga kali, dan kedua, mengambil semula apa-apa makanan yg terjatuh di luar pinggan dan seumpamanya, sambil membersihkan makanan yg terjatuh itu, kemudian memakannya, adalah sunnah Rasulallah (s.a.w), dan bukannya amalan mengikut fahaman kemazhaban. Mungkin, ada diantara kita, terutama orang yg berkedudukan, ternama atau terhormat atau kaya, tidak akan melakaukannya kerana beranggapan dipanjang jelek atau kotor oleh orang yg melihat. Atau, mungkin kerena mereka mampu dan tidak perlu memberihkan makanan yg ada dalam pinggan dan seumpamanya. Sebagaimana kita lihat dipotraykan dalam, filem orang-orang besar, sentiasa membazirkan makan - makan sedikit kemudian ditinggalkan!
Itulah bezanya antara keimanan dan kepatuhan kpd ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, berbanding dengan orang yg Islam tetapi cetek imannya.
Hadith diatas itu menyuruh kita makan supaya bersih tidak ada yg tinggal. Kerana kalau ada yg tinggal itu adalah bahagian syaitan, seolah-olah memberi syaitan makanan dan minuman. maka jadilah kita pengikut syaitan. kalau makan yg terjatuh itu boleh dibersihkan dan dimakan semula, maka kita mendapat pahala melakukannya. Dan, jadilah kita bukannya saudara syaitan. Syaitah memakan sisa-sisa makan yg ada dalam pinggan (i.e. bekas makanan) seseorang serta makanan yg terjatuh di luar bekas makanan. meninggalkan banyak lebihan makana kerana terlebih dari kapasiti kita memakannya adalah pembaziran. maka dengan itulah Islam melarang kita membazir, kerana membazir itu adalah orang yg menjadi sahabat dan rakan taulan syaitan. maka tempatnya pastilah neraka.
Dan, kita inginkan keberkatan dalam segala sesuatu yg kita kerjakakan, termasuklah dalam makanan. Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu kita tidak tahu makanan atau bahagaian makanan yg manakah berkat. Kenerkatan itu membolehkan kita mendapat kerahmatan Allah (a.w). Kerahmatan Allah (a.w) satu-satu jalan untuk mendapat kasih syanag Allah (a.w). Kita Allah (a.w) kasihkan kita pastilah Dia menolong kita. Maka dengan itulah ketika nak makan kita disuruh baca doa:
'Allahumma bariklana fima rozaqtana wa-qina 'azaban-nar' (maksudnya: Ya Allah (a.w) ya tuhanku semoga Engkau (Allah (a.w) memberkati aka aku apa-apa yg Engkau (Allah (a.w)) rezkikan atasku dan semoga Engkau (Allah (a.w)) jauhkan aku dari azab neraka). Keberkatan itu kita pohonkan dan kita usaha cari sebagaimana kita wajib mencari dan mendapatkan keberkatan hidup sebagai seorang Islam dan seorang iman. Keberkatanlah yg membolehkan kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dan berusaha sedaya upaya mengikuti jalan ke syurga. Jika tidak berkat, pastilah kita menyimpang satu masa dan sesatlah kita.
Semoga kita sentiasalah berusaha meningkatkan keimanan kita dengan mengikuti as-Sunnah dan mmenjadikan Rasulallah (s.a.w) contoh untuk kita jadukan pedoman hidup sebagai seorang Islam dan orang iman, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment