Friday, June 18, 2010

Ilmu: Kemanfaatan belajar ilmu

Assalamualaikum,
Saudara, kita sudahpun tahu bahawa ilmu yg wajib kita pelajari dan fahami sebagai seorang Islam itu adalah dua, iaitu:
1. Ilmu al-Quran;
2. Ilmu as-Sunnah (yakni, al-Hadith)
kalau nak pasti kita beramal dan beramal dengan amalan dan ibadah yg menepati ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah dua ilmu ini.
Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kiat bahawa jikalah kita berpandukan dua kategori ilmu ini, pasti kita tidak sesat. Orang sesat mencari syurga dapat neraka.
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, hua kitabbullahi wa-sunnatu nabii.' [Maksud: Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara, tidak sekali-kali akan sesat kamu sekelian selama-lamanya, sesiapa yang berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (a.w)(yakni, al-Quran) dan sunnah NabiNya (yakni, al-Hadith).’ [Hadith sahih A. Malik, al-Hakim, at-Termidzi, Ahmad ibni Hanbal, at-Tobrani, ad-Dalamii, dll]
Janganlah kita belajar dengan ustaz atau tok guru berpandukan kitab karangan manusia, kerana dikhuatiri, orang yg mengarang buku itu mungkin tidak sempurna ilmunya. Mungkin dia belum khattam dan faham al-Quran. Mungkin dia belum khattam sekurang-kurangnya Sahih Bukhari dan Muslim, kalau tidak kitab-kitab hadith yg lain. Mungkin dia khatam tapi belajar tanpa berguru, maka dia tersilap membuat tafsiran atau kefahaman. Tersasar dia dan tersesat dia dan dia pula menyesatkan kita.
Oleh itu kalau nak belajar hendaklah belajar dari orang yg tahu dan faham.
Selain ilmu membolehkan kita beramal menepati ketetapan Allah (a.w) sebagaimana yg dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) (nota: Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah' model ikutan terbaik), kita mendapat pahala dan kerahmatan.
Ramai orang Islam yg sesat hari ini. Sudah diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa panduan ke arah mendapatkan kerahmatan dan syuirga Allah (a.w) adalah al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak ikut nasihat Rasulallah (s.a.w) ini sudah pastilah kita sesat!
Mempelajari ilmu itu banyak memberikan kita pahala. Kita akan teliti pahalanya satu demi satu, insya Allah, kemudian nanti. Buat masa ini kita lihat beberap pahalanya. Antara manfaatnya, kita tahu bahawa bid'ah itu amat bahaya kpd kita, seperti yg diperiatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan sepotong hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) yang berkata bahawa sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) pada suatu ketika telah bersabda: ‘Sesungguhnya ada pada kamu dua perkara, iaitu kalam (yakni, kitab) dan hidayah (yakni, petunjuk). Maka sebaik-baik kalam itu ialah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sebaik-baik hidayah itu adalah hidayah Nabi Muhammad (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Ingatlah, dan takutlah kamu semua, dan perkara-perkara yang tidak baik itu adalah pembaharuan (dalam urusan atau perkara ugama) yang diada-adakan (yakni, yang tiada dalam as-Sunnah), dan tiap-tiap pembaharuan itu bid’ah dan tiap-tiap bid’ah itu dolalah (yakni, kesesatan).’ [Hadith, Ibnu Majah, KItab Mukaddimah]
Bid'ah membatalkan amalan dan ibadah. malah mengamalkan bid'ah menjadikan kita terkeluar dari Islam, yakni menjadi kafir, tanpa kita sedari. Kita akan lihat nanti nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai isu ini.
Kemudian, melalui ilmu kita tahu bahawa dalam Islam hendaklah kita ikuti as-Sunnah (yakni, segala perlakuan, perbuatan, contoh serta ajaran Rasulallah (s.a.w). Kita juga tahu bahawa 'as-Sunnah' itu merangkumi sunnah khalifah yg memimpin umat Islam selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w) [Nota: Mereka memerintah jema'ah umat Islam selama 30 tahun]. Oleh itu, kalau ada perkara yg diamalkan oleh mereka, walaupun tifdak diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w) keitaka hayatnya, tetap termasuk dalam apa yg dikatakan 'as-Sunnah'.
Menceritakan hadith oleh Yahya bin Abi Muto’ berkata: ‘Aku mendengar ‘Irbad bin Sariayah (r.a) berkata: ‘Berdiri di kalangan kami Rasulallah (s.a.w) suatu hari, maka memberi satu nasihat dengan suatu peringatan yang menggerunkan dari (mendengar) nasihat itu beberapa hati, dan mengalirkan air mata dari (mendengarnya) beberapa mata. Maka dikatakan (kepadanya oleh para sahabat): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Dan menasihat (engkau) kepada kami suatu nasihat seumpama orang yang hendak pergi (yakni, meninggalkan kami). Maka apakah janji kami (kepada engkau) kemudian ini (yakni, selepas mendengar nasihat ini)?’Maka bersabda Rasulallah (s.a.w)(menjawab): ‘Diwajibkan ke atas kamu dengan bertaqwa kepada Allah (a.w). Dan (diwajibkan atas kamu) mendengar dan taat. Dan jika (pemimpin jemaah kamu) seorang hamba Habsyi (sekalipun)(hendaklah kamu taat). Dan akan tahu kamu selepas ketiadaan aku bahawa banyaknya perselisihan (di kalangan umat Islam). Maka diwajibkan atas kamu dengan sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin. (Maka hendaklah) kamu gigit atasnya dengan gigi geraham kamu (yakni, pegang sekuat-kuatnya sunnahku dan sunnah khalifah tersebut jangan lepaskan). Dan, (diwajibkan atas kamu) jauhilah perkera-perkara baru (yakni, bid’ah). Maka (ketahuilah) sesungguhnya tiap-tiap bid’ah adalah kesesatan (dan disebutkan dalam hadith lain, bahawa setiap kesesatan itu tempatnya dalam neraka).’ [Hadith ibnu Majah, Kitab Mukaddimah]
Hadith ini adalah nas dan dalil membatalkan pendapat sesetengah ulama' bahawa wujud 'bid'ah hasanah' itu. Dalam Islam itu kita wajib pegang atau ikuti hanyalah as-Sunnah, barulah betul Islam kita. Kemudian, kita tahu bahawa ugama Islam itu sudah lengkap apabila Allah (a.w) wafatkan Rasulallah (s.a.w). Islam dan syariatnya ditinggalkan oleh Rasulallah (s.a.w) seumpama suatu yg putih, tidak perlu dicernakan atau diwarnakan lagi. Justeru itu apabila dicernakan atau diwarnakan dgn bid'ah maka hilang ketulenan dan keaslian Islam! Bid'ah menghapuskan ketulinan syariat Islam.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment