Assalamualaikum,
Saudara, sebagai seorang Islam, kita wajib belajar ilmu. Malah kita wajib mempastikan bahawa kita sempatkan masa untuk belajar tentang Islam, ugama kita. Kita perlu lapangkan masa untuk belajar ilmu mengenai Islam. Kita tahu bahawa untuk memahami Islam dan syariatnya dan untuk mempastikan kita benar-benar mengabdikan diri atau mengerjakan ibadah dan amalan yg sah,kita perlukan ilmu. Kita tidak boleh beramal dan beribdah tanpa ilmu. Kita tak boleh buat secara ikut-ikutan (taklid buta).
Oleh itu setiap saat dan ketika dan setiap masa yg ada pada kita, jika kita tidak aturkan diri kita mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah, maka kita berdosa secara percuma setiap saat dan ketika. Kerana menuntut ilmu mengenai Islam itu wajib atas kita. Sesuatu yg wajib hukumnya dan kita tidak kerjakan, maka kita berdosa. hapuskanlah dosa dengan melapangkan masa untuk belajar ilmu - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - dari mereka yg tau. Kalau saudara inginkan bantuan untuk memberitahu siapa yg tau atau siapa yg boleh mengilmukan kita sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, sila hubungi blog ini dan berikan maklumat supaya boleh dihubungi dan dan diberitahu kemana dan dimana untuk belajar ilmu yg benar.
Hari ini dunia sudah hampir musnah. Segolongan umat Islam yg berilmu pula senagja menjerat diri mereka kerana menentang perintah Allah (a.w). Lebih teruk mereka tahu, tapi kerana dunia mereka tidak kisah akan perintah Allah (a.w). Contoh: Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) perintahkan sesiapa yg berilmu, wajib mereka sampaikan ilmu yg mereka tahu. Bukan setakat itu saja. kalau saudara tahu satu ayat al-Quran atau sepotong hadith, wajib saudara sampaikan kpd orang yg tak tahu. Semua yg ada ilmu telah di'tauliahkan'oleh Allah (a.w) untuk sampaikan ilmu. Tauliah Allah (a.w) itu bukan atas orang yg digelar ulama' atau ahli ilmu atau ilmuwan saja. Kalau ada ilmu tak sampaikan pula, kita berdosa. Nerdosalah kita selagi kita tidak lepaskan tanggungjawab menyampaikan ilmu.
Dalam konteks ini semoga orang-orang uagma di organisasi ugama itu menyedari kesalahan serta kesilapan mereka. Mereka yg ada ilmu wajibkan sampaikan ilmu. Mereka tiada kuasa pula untuk menghalang orang yg ada ilmu menyampaikan atau mengajarkan ilmu. kalau mereka halang, seolah-olah mereka menghalang tersebarnya Islam atau mereka membuat suatu maksiat kerana menghalangkan orng menghapuskan kejahilan dalam ugama. Itu dosa yg amat besar.
Sehubungan itu, mereka yg membuat peraturan bahawa ilmu mengenai Islam itu hanya boleh disampaikan dengan tauliah adalah peraturan atau ketetapan yg menyalahi perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). kalau mereka peka tentang Islam, mereka akan tahu, perbuatan mereka itu samalah dengan perbuatan Arab jahiliah yg menghalang Rasulallah (s.a.w) menyampaikan Islam dan mengIslamkan manusia. Waliyazubillah min zalik. Lebih betimbunlah dosa orang-orang yg sedemikian itu, apabila mereka sendiri jahil tentang ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah. Apapun pertimbangan yg menjadi asas mengapa dihadkan proses pengilmuan kpd orang islam, adalah terbatal jika keputusan sedemikian bercanggah dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Apa jua ketetapan yg menentang perintah dan suruhan Allah (a.w) dan Rasul, adalah perbuatan yg membawa dosa yg besar. Jika kita lakukan, kita adalah menentang Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Apakah hukumannya mereka yg menentang Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)? Bacalah al-Quran dan al-Hadith dan fahamilah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, sebelum kita lakukan sesuatu atau kita putuskan sesuatu dgn menggunakan akal fikiran kita.
Mudah-mudahan, mereka yg terlibat dalam isu tauliah ini sedar dan waspada. Janganlah kerana pertimbangan kepentingan dunia, kita menggadaikan akhirat kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment