Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti bahawa sebagai seorang Islam wajib kita belajar ilmu. Ilmu yg dituntut kita pelajari dan fahami itu adalah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah (atau al-Hadith). Lain-lain ilmu berguna pada dunia kita dan mungkin juga kerana manfaat keduniaannya kita juga boleh manfaatkan untuk akhirat kita. Contoh: ilmu kejuruteraan atau perubatan. Baik untuk maisya (saraan hidup kita yg halal). Baik juga untuk akhirat kita kalaulah kerana kedudukan kita, pendapatan kita, pengarauh kita dan seumpamanya, kita dapat melakukan banyak perkara untuk fi sabilillah. Tapi, ilmu itu tidaklah wajib. Dengan sendirinya tidak ada gunanya untuk akhirat kita. kalau kita banyak ilmu duniapun Allah (a.w) tidak beri pahala kpd kita. Kerana, Allah (a.w) berikan kita dunia sama ada kita minta atau nak atau tak nak. Demikianlah keadaannya Allah (a.w) memberi rezki dan kelebihan kpd siapa saja, tak kira dia iman atau tidak, dia Islam atau tidak atau dia tak percaya atau tidak dgn kewujudan dan keesaan Allah (a.w). Dunia ini diberi kpd siapa yg carinya. Justeru itu, mempelajari ilmu dunia dan mengembangkan ilmu dunia tidak ada ganjaran ahala!
Tapi, yg diwajibkan pada semua manusia terutama kita yg Islam) adalah kita pelajari ilmu yg haq itu - iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Bukan setakat pelajari, tapi kita fahami. Dan setelah kita fahami kita amalkan dan kerjakan sekuat mampu kita apa yg diajarkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Yg paling utama kita akur dgn ketetapan dan suruhan Rasulallah (s.a.w) dalam beramal dan beribadah. Kerana segala amalan dan ibadah yg tidak sejajar dengan atau menepati as-Sunnah akan terbatal dan tidak diterima Allah (a.w). Ramai orang berilmu, tapi ramai tidak faham. Maka dgn itu rugilah mereka yg berilmu tapi tak faham kerana mencemarkan segala amalan dan ibadah mereka!
Hari ini, majoriti orang Islam akan gagal kerana mereka beramal dan beribadah tanpa ilmu atau tidak faham ilmu mengenai Islam dan syariatnya. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa apabila dia tiada lagi dengan umatnya (i.e. sudah wafat), akan berpecah dan berfirqah umat Islam menjadi bukan satu Islam tapi 73 golongan atau firqah Islam. Semuanya mengakui mereka Islam. Kononnya semua berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tapi 72 golongan Islam itu gagal mendapat syurga di akhirat kelak, dan hanya satu golongan sahaja yg berjaya mendapat syurga.
Golongan yg manakah dapat syurga? Rasulallah (s.a.w) memberitahi bahawa golongan Islam yg memenuhi dua criteria: pertama, mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dalam menjalani kehidupan di dunia, dan kedua, meraka menganuti Islam secara berjema'ah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa 'as-Sunnah' itu merangkumi sunnah beliau dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin (yakni, sunnah Abu Bakar as-Siddiq, Omar ibni Khattab, Othman ibni Affan dan Ali b Abi Thalib, radiallahu anhum. Islam model ini kemudiannya disebarkan oleh para tabi'in, pengikut-pengikut tabi'in dan pengikut-pengikut mereka pula sampai kiamat dunia, tanpa diubahsuai atau dipinda, tetapi murni dan bersih dari sebarang pencemaran oleh manusia. Fikirlah, 1/73 yg dapat syurga!
Orang-orang yg Islam yg berpegang kpd as-Sunnah pasti mendapat syurga. Kerana firman Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa': Sesiapa yg taatkan Allah (a.w) dan RasulNya, dimasukkan ke dalam syurga. Mereka ini patuh dgn perintah Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Haysr: Apa-apa yg dibawakan (i.e. diajar atau ditunjukkan) oleh Rasulallah (s.a.w) wajib diambil dan dikuti dan diamalkan sekuat mampu dan yg ditegahnya wajib ditinggalkan. Rasulallah (s.a.w), sebagai contoh menegah amalan bid'ah, kurafat, tahyul dan taklid, maka tinggalkan. Ayat 7, Surah al-Haysr itu menyuruh kita ikuti as-Sunnah. Dan, Ayat 14, Surah an-Nisa', menyebut sesiapa yg tidak taat atau engkarkan Allah (a.w) dan RasulNya dan melanggar ketetapan hukum-hukum Allah (a.w), pasti masuk neraka! Ketetapan ini adalah bahagian pertama pre-requisite untuk tergolong dalam golongan satu yg berjaya dapat syurga.
Untuk memenuhi pre-requiste kedua pula: anuti Islam secara berjema'ah. Ketetapan ini yg diabaikan oleh majoriti umat Islam sekarang. Allah (a.w) menyebut dalam al-Quran bahawa ugama Allah (a.w) itu (i.e. Islam) diamalkan atau dianuti secara berjema'ah semenjak zaman Nabi Nuh (a.s) dan seterusnya dalam zaman-zaman para nabi dan rasul kemudiannya, iaitu Ibrahim (a.s), sampai ke Musa (a.s) dan ke Isa (a.s) dan sampailah ke zaman Muhammad (s.a.w). Maka dengan itu Allah (a.w) berfirman dalam al-Quran pada Ayat 103, Surah ali-Imran: Dan, berpegang teguhlah kamu sekelian (yg Islam dan beriman) dengan tali (i.e. ugama) Allah (a.w) secara berjema'ah dan jangan berfirqah (yakni, berpuak-puak atau bermazhab) . Tapi, hari ini bukan sahaja majoriti ulama' dan ilmuwan mentafsirkan kalimah 'jami'an' sebagai 'seluruhnya' atau 'semuanya'. Walhal, 'jami'an' itu bermaksud 'berjemaah' atau 'secara berjema'ah' kerana itulah kaedah menganuti ugama Allah (a.w) semenjak manusia wujud di dunia ini! Dan, majoriti ulama' dan ilmuwan tafsirkan kalimah 'tafarraqu' sebagai 'berpecah belah' yg menjadikan impak maksud Allah (a.w) very much watered down atau tidak penting atau tidak memberatkan! 'Tafarraqu' bermaksud 'berfirqah' atau menubuhkan gerombolan atau perkumpulan atau persatuan yg berasingan, yakni mazhab. Mazhab adalah perkumpulan yg terasing. Walhal, dalam Islam semenjak diasakan oleh Rasulallah (s.a.w) Islam adalah satu dan umat Islam adalah satu umat atau satu jema'ah. Bukan 73 jenis Islam sebagaimana yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w). Malah, mungkin sekarang sudahpun wujud agaknya! Di Malaysia sahaja wujud 4 kumpulan (atau, jenis) Islam, iaitu Islam as-Syafie, Islam al-Maliki, Islam Hanbali, Islam Hanafi dan ada pula golongan Islam Syi'ah, Islam Salafi dan Islam Wahhabi, katanya, menjadi 7 golongan Islam! Tapi, di manakah 'Islam as-Sunnah', iaitu golongan yg berjaya mendapat syurga itu?.
Islam as-Sunnah itu menepati dua pre-requisites itu iaitu: pegang as-Sunnah dan berjema'ah. Jika kita kaji as-Sunnah, ada banyak hadith menyebutkan bahawa berjema'ah itu adalah cara hidup orang Islam dan orang iman yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dan juga Rasulallah (s.a.w)!
Di Malaysia hari ini adakah wujud jema'ah? Apakah yg dimaksudkan berjema'ah dalam Islam? Bagaimana berjema'ah dalam Islam? Semua ini mewajibkan kita berilmu untuk tahu dan faham dan beramal dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). kalau kita belajar Islam melalui kitab-kitab tulisan atau karangan manusia, pasti kita tidak faham Islam sebenarnya. Kita wajib pelajari al-Quran dan as-Sunnah. Barulah kita ketemui islam yg haq itu, iaitu Islam yg satu yg menjamin kita masuk syurga jika kita 'dengar perinrtah, dan taatkan perintah Allah (a.w), Rasulallah (s.a.w) dan taatkan 'ulil amri' (i.e. pemimpin jema'ah'). Kita wajib taatkan kepimpinan dalam jema'ah Islam kerana itu perintah Allah (a.w) dalam Ayat 59, Surah an-Nisa': wahai orang-orang yg beriman, taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) dan (taatkan) 'ulil amri'. Ulil amri wujud kerana wujudnya jema'ah. Apabila wujud jema'ah amak wujudlah kepimpinan dalam jema'ah. Kemudian ada sistem tersendiri dalam Islam tentang jema'ah ini. Semua ini perlu ilmu tentang as-Sunnah. Seseorang Islam yg beriman itu dipimpin dan digembalai oleh kepimpinan jema'ah supaya dia kekal pada jalan yg diridai Allah (a.w) supaya yg memimpin dan yg dipimpin sama-sama berjaya masuk syurga.
Insya Allah, kita akan teliti dan halusi kemudian nanti pre-requisite berjema'ah ini. Dengan itu nanti kita faham bahawa Islam itu mudah tapi dipersulitkan oleh para ilmuwan atau ulama' setengah masak ilmunya! Islam itu sulit kalau kita berpandukan ilmu yg batil.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment