Friday, June 18, 2010

Ilmu: Yang terbaik

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang 'ilmu' dalam Islam. Ada orang berpendapat bahawa mereka boleh belajar ugama - Islam dan syariatnya - melalui kitab-kitab karangan manusia. Kini, dalam zaman maya ini begitu banyaknya kitab-kitab yg ditulis, termasuk kitab-kitab perihal dimensi-dimensi umum dan khusus tentang Islam dan syariatnya. begitu banyak pula dicket dan disk (cakera padat) yg memuatkan pelbagai ilmu, termasuklah cermah para ilmuwan dan ulama' terkenal dan tersohor di jual dengan harga yg tidaklah mahal.
Ada diantara kita berpendapat bahawa kerana mudahnya mendapat sumber ilmu sekarang ini, mereka tidak perlu cari ustaz atau guru lagi untuk belajar tentang Islam dan syariatnya. Atau, tentang apa saja termasuklah tentang wudu', tentang solat, puasa, ibadah haji dan umrah dan berbagi-bagai lagi. Malah oleh kerana moden dan canggihnya perkembangan teknologi hari ini, para ustaz dan ilmwan serta ulama'pun sudah pandai buat kaset, disk dan video tentang berbagai dimensi ilmu mengenai Islam dan syariatnya.
Tapi, wajib diingati bahawa dalam Islam ilmu mengenai Islam dan syariatnya, terutama mengenai bentuk-bentuk ibadah dan amalan, cara dan kaedah beramal dan beribadah, tidak boleh dipelajari sendiri. Hendaklah kita pelajari secara berguru. Kerana, kalau kita belajar sendiri tanpa guru, maka syaitan akan mengambil tempatnya sebagai guru kita. Malahan sesiapa yg belajar ugamanya melalui kitab-kitab karangan manusia - ulama' atau ilmuwan ke - maka syaitan juga akan tampin belajar bersama menunjukkan kpd kita maksud sebenar kata-kata atau pandangan pengarang atau penulis kitab tersebut. Apatah lagi apabila sumber rujukan kita adalah kitab karangan manusia bukannya merujuk secara haq kepada al-Quran dan al-Hadith (atau as-Sunnah).
Dalam mengenali Islam dan syariatnya, kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut. Kita wajib merujuk kepada dua sumber sahaja, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Bukan merujuk kepada kitab atau buku tulisan atau karangan manusia. kalau kita tidak faham kita wajib berguru. Ramai guru yg ingin mengajarkan kita tanpa diberi upah. Mungkin dia perlukan minyak motosikal atau kereta sahaja untuk datang mengajarkan kita. Atau, kita boleh pergi ke tempatnya untuk sama-sama belajar dgn rakan-rakan yang lain..
Diriwayatkan sepotong hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) yang berkata bahawa sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) pada suatu ketika telah bersabda: ‘Sesungguhnya ada pada kamu dua perkara, iaitu kalam (yakni, kitab) dan hidayah (yakni, petunjuk). Maka sebaik-baik kalam itu ialah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sebaik-baik hidayah itu adalah hidayah Nabi Muhammad (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Ingatlah, dan takutlah kamu semua, dan perkara-perkara yang tidak baik itu adalah pembaharuan (dalam urusan atau perkara ugama) yang diada-adakan (yakni, yang tiada dalam as-Sunnah), dan tiap-tiap pembaharuan itu bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah itu dolalah (yakni, kesesatan).’ [Hadith Ibnu Majah]
[Nota: Bid’ah dari segi literalnya bermaksud tambahan atau penambahan atau mengadakan yang tiada atau meniadakan yang ada]
Hadith ini menyebutkan bahawa tulisan terbaik tidak lain hanyalah al-Quran. Kitab karangan terbaik untuk bacaan manusia adalah al-Quran. Sesiapa yg membacanya tahu hubungan antara manusia dengan tuhanya. Tahu mereka bahawa Islam itu adalah bermula dari satu cintuum ugama atau syariat ugama Allah (a.w) untuk panduan dan pegangan manusia, semenjak dari Adam (a.s). Ugama Allah (a.w) itu sempurna apabila Rasulallah (s.a.w) diutus kepada manusia - kerana Rasulallah (s.a.w) itu diutus kpd manusia sejagat, bukan kepada sesuatu kaum atau bangsa sebagaimana dahulu.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu sebaik-baik karangan itu adalah al-Quran. Tiada yg lebih baik dari itu. Dan. Allah (a.w) beri kita tahu serta peringatan bahawa kita diberi peluang wujud di dunia ini untuk satu masa (i.e. hayat) tertentu, semata-mata supaya mengabdikan diri kepada Allah (a.w) yg mencipta kita, ygmemberi peluang kita hidup di dunia.
Firman Allah (a.w): 'Wama khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya'buduni' [Maksud: Tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk satu tujuan sahaja iaitu mengabdikan diri kepadaKu (Allah (a.w) (Tuhan mereka).]] [Ayat 56, Surah az-Zariat]
Kita diperingatkan. Kita berjaya menjadi hamba yg berjaya jika kita akur dengan ketetapan Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa' itu. Dan, kita juga berjaya menjadi hamba Allah (a.w) yg taat jika kita akur dengan ketetaan pada Ayat 7, Surah al-Haysr, i.e. kita jadikan panduan hidup kita di dunia al-Quran dan as-Sunnah. Kita juga diperingatkan oleh Ayat 13 dan 14, Surah an-Nisa' , yg telah kita rujuk sebelum in, kalau kita tidak taatkan Allah (a.w) dan RasulNya, dan langgar larangan dan tegahannya, kita pasti masuk neraka. Kalau taat pasti masuk syurga.
Mana mungkin kita taat bila Rasulallah (s.a.w) suruh kita jadikan al-Quran dan as-Sunnah panduan kita? Panduan hidup Muslim dan mukmin. Serta al-Quran dan as-Synnah panmduan beribadah dan beramal??
Dalam hadith itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa petunjuk jalan ke arah mendapatkan kerahmatan Allah (a.w) (yakni, syurga) adalah petunjuk. Dan, tiada petunjuk terbaik kecuali apa yg dibawa oleh Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah. Mengapakah kita cari petunjuk selain as-Sunnah??
Kita sanggup tolak al-Quran dan kita sanggup ketepikan as-Sunnah, dan kita ambil petunjuk orang lain, ulama' dan ilmuwanyg mengajarkan Islam dan syariatnya serta amalan dan ibadah yg terkait dgn Islam, tanpa merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah. Pastilah kita silap. Pastilah yg mengagajarkan kita juga silap! Yg tidak silap hanyalah ketetapan al-Quran dan petunjuk as-Sunnah. Oleh itu, mulailah merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah untuk belajar ilmu tentang Islam dan syariatnya dan segala sesuatu mengenai amalan danj ibadahnya? Pasti jika menemui jalan yg lurus yg dijanjikan oleh Allah (a.w) itu.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment