Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat apakah ketetapan Islam terhadap orang yg belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya (yakni, mempelajari ilmu melalui pelbagai sumber dan termasuklah mempelajari ilmu yg haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah) kerana tujuan keduniaan. Mereka ini dihukum orang yg tidak akan dapat mencium baru syurga! Wal iyazubillah. Hari ini banyak mereka yg terlibat. Termasuklah mereka yg bergelar ulama' yg bertugas dalam badan-badan keugamaan kerajaan maupun bukan kerajaan. Ramai yg terlibat dalam bidang akademik kerana mengajarkan ilmu untuk maisyanya kerana dibayar gaji dan upah kerana mengajarnya. Mungkin kita tidak dapat selam jantung hatinya, tapi kita tau mereka secara langsung terlibat dalam mengajar dan menyampaikan ilmu. Ada orang yg berilmu tidak sanggup menyampaikan atau mengajarkan ilmunya tanpa diupah dengan lumayan. Hakikatnya ilmu mengenai Islam itu tidak boleh didagangkan, yakni digunakan untuk tujuan mencari kesenangan atau kemewahan hidup. Kerana, Islam memberikan ganjaran yg amat banyak kepada mereka yg belajar ilmu dan mengajarkan ilmu. Lebih tinggi dan lebih banyak ganjarannya dari apa yg boleh didapati oleh manusia di dunia ini. Kalau mereka yakin dengan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya.
Kali ini kita lihat sepotong hadith yg memberi ketetapan mengenai mereka yg belajar ilmu dan mengajarkan ilmu mengenai Islam dan syariatnya bukan untuk tujuan mengilmukan dirinya sendiri supaya benar-benar faham tentang Islam, maka mereka terpandu dalam beramal dan beriibadah dan dalam mengembangkan syiar ugama Allah (a.w). Atau, untuk mengilmukan manusia, termasuk keluarganya, rakann taulan dan masyarakatnya. Tapi, untuk tujuan-tujuan keduniaan semata-mata. Apa akibatnya.
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata dari Nabi (s.a.w): ‘Sesungguhnya manusia dari umatku nescaya belajar dia (dan) mengajar dia di dalam (ilmu) ugamanya, dan membaca al-Quran, dan dikatakan kepada mereka: ‘Datang dia pada beberapa amir (yakni, pemimpin atau mereka yang berkuasa dan berpengaruh dalam masyarakatnya) maka mendapatkan (dia kedudukan di kalangan mereka atau diberikan keistimewaan dan kedudukan bersama-sama mereka) di dunia mereka (yakni, dalam pemerintahan atau pentadbiran umatnya) dan memisahi mereka dengan dunianya (yakni, tidak dipergunakan ilmu ugamanya untuk menegakkan ugamanya tetapi semata-mata untuk memperelokkan dunianya mengikut pendapat dan kepandaiannya maka menjadilah dunianya itu tidak menjadi sebahagian daripada akhiratnya, atau persiapan untuk akhiratnya), dan tidak demikian, seperti memetik dia kayu berduri kecuali (yang) didapatinya (adalah) duri. Tidak demikian dari dekat mereka (kepada Tuhannya) kecuali dosa (yakni, menjadikan dia hampir kepada perkara-perkara dosa kerana hujjah dan pendapat dan buah fikirannya bercanggah dengan syariat ugamanya kerana ilmu ugamanya dipergunakan untuk keduniaan semata-mata).’ Berkata Muhammad bin Sabbah (r.a), istilah yang digunakan oleh Nabi (s.a.w): ‘Ada baginya’, yakni ‘dekat pada dosa.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita bahawa orang yang sedemikian itu tidak mendapat kebaikan daripada usahanya dan ilmunya seolah-olah seseorang yang memetik kayu yang berduri (yakni, membuat perkara yang berdosa), walaupun mungkin tidak mencederakannya banyak (yakni, mendapat dosa yang besar dan memudaratkan akhiratnya), namun, walau bagaimana berjaga-jagapun dia, pasti terkena duri kayu tersebut (yakni, pasti akan mendapat dosa juga walaupun sedikit). Diperjelaskan oleh seorang perawi bahawa pasti mendapat dosa kerana perbuatannya itu.
Hadith di atas itu juga menjelaskan lagi tujuan duniawi mereka yang belajar ilmu bukan ikhlas kerana Allah (a.w) atau kerana ingin merapatkan dirinya kepada Allah (a.w) dalam mengerjakan amal dan ibadah. Atau, tujuannya untuk memperbaiki keimanan dan ketaqwaannya, tetapi tujuannya adalah untuk merapatkan dirinya kepada para pembesar dan pemimpin supaya menjadilah mereka orang yang dipercayai oleh pemimpin (seperti sebagai penasihat atau perunding) dan orang yang mereka bergantung untuk mendapat nasihat dan panduan segala sesuatu mengenai syariat ugamanya, termasuk bagaimana mensesuaikan tuntuan ugama supaya membolehkan sesuatu urusan duniawi dibolehkan atau dihalalkan. Kedudukan tersebut juga menjadikan mereka renggang dengan ugamanya apabila dia berbuat atau bercakap atau memberi pandangan sesuatu yang menjauhkan dia dari syariat ugamanya yang haq. Dalam kedudukan sedemikian, kerana motif duniawinya lebih utama, maka besar kemungkinan dia kompromikan syariat ugamanya kerana kepentingan orang sekelilingnya dan pemimpinnya demi kepentingan peribadi dan duniawinya. Maka terjerumus juga dia ke dalam neraka.
Semoga mereka yg terjebak dalam menggunakan ilmu kerana wang atau kedudukan atau nbama atau sebagainya menyedari perkara ini. kalau ada ilmu wajib sampaikan tanpa mengira apakah diberi upah atau tidak. kalau orang yg belajar mengupah kita kerana keikhlasannya, itu terpulanglah pada kita untuk menerimanya setakad membolehkan kita menampung kos pergi balimk dan menyara keluarga ala kadar. kalau ingin mencari kekayaan dan kemewahan, Islam bukanlah landasannya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment