Saturday, June 19, 2010

Ilmu: Kemanfaatan belajar ilmu (Samb.)

Assalamualaikum,
Sauadara, kita teruskan penelitian kita tentang tajuk 'ilmu' kerana ilmu itu akan menjamin kita benar-benar mampu mengabdikan diri kpd Allah (a.w), kerana ilmu mempastikan kita mengerjakan segala amalan dan ibadah sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Tanpa ilmu, kita beramal dan beribadah atas persangkaan dan berkemungkinan besar kita tersasar dan tersesat. Jika itu terjadi maka tidak ada gunanya segala amalan dan ibadah kita.
Kita sudah lihat bahawa jika kita ada secebis ilmu kita wajib sampaikan. Jika ilmu yg kita sampaikan itu diamalkan oleh orang yg menerima ilmu kita, maka kita seumpama membuat pelaburan akhirat kerana orang yg mengamalkannya akan mengirimkan pahala kpd kita, tanpa mengurangkan sedikitpun pahalayg dia dapati. Sebaliknya, janganlah kita ajarkan ilmu yg batil. Kerana jika diamalkan oleh orang, dia yg mengamalkannya berdosa, kita juga menerima kiriman dosa darinya!
Hari ini begitu ramai orang yg berilmu, tapi tidak menyampaikannya. kalau disampaikan olehnya pun dia meminta upah dan bayaran, walhal ilmu ugama itu tidak boleh dijadikan dagangan (seperti menulis kitab dan menjualnya, atau menerima undangan menyampaikan ilmu kalau kita diberi habuan upah). Ramai orang yg berilmu songsang, kemudian menyampaikannya kpd orang lain. Dia tidak sedar dia tersilap, kerana tidak mahu membetulkan ilmunya, namun bersusah payah pula menegakkan kebatilan kerana pebagai sebab. Binasalah dia. Kerana, mengajarkan ilmu yg batil mengundang dosa yg dikirimkan oleh pengamalnya sampai kiamat dunia. Itulah pelaburan batil!
Diriwayatkan hadith daripada Kathir bin Qais berkata: ‘Adapun aku duduk di sisi Abu Darda’ di dalam sebuah masjid di Damsyik. Maka datang seorang lelaki, maka berkata dia: ‘Wahai Abu Darda’! Aku datang kepada engkau dari Madinah, Madinah Rasulallah (s.a.w), kerana sepotong hadith. Sampaikanlah kepada aku bahawasanya engkau ceritakan (kepadaku) akan hadith dengan hadith daripada Nabi (s.a.w)’. Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka apakah tidak datang engkau kerana hendak berniaga?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): Dan tidak datang engkau dengan urusan selainnya?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka sesungguhnya aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berjalan satu jalan kerana mencari di dalamnya (yakni, dalam perjalanan itu) satu ilmu (iaitu, ilmu al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidupnya), maka memudahkan Allah (a.w) baginya jalan menuju ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat nescaya meletakkan (yakni, menghamparkan) sayapnya, dan ridha (yakni, suka mereka) pada orang yang menuntut ilmu. Dan, sesungguhnya menuntut (yakni, mencari) ilmu (mengenai Islam dan syariatnya berasaskan al-Quran dan as-Sunnah) meminta ampun baginya (yakni, bagi orang yang mencari itu) orang-orang di dalam beberapa langit dan bumi (yakni, para malaikat), sehinggakan ikan-ikan di dalam airpun (berdoa untuknya). Dan, sesungguhnya kefadhalan orang-orang yang ‘alim atas hamba-hamba seumpama bulan yang dikelilingi oleh bintang-bintang. Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan tidak (juga mewariskan) dirham (yakni, wang ringgit atau kekayaan). Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang berilmu) mewariskan ilmu. Maka, barangsiapa mengambil akan ilmu, mengambil dan menjaga dia akan sempurna (akan ugamanya, yakni, syurgalah tempatnya).’ [Hadith ibnu Majah & Hadith Abu Daud]
Apakah mesej di dalam sabda Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith di atas itu? Cuba kita teliti lebih terperinci mesej-mesej tersebut:
Pertama, barangsiapa bermusafir atau berjalan ke suatu tempat kerana mencari ilmu (mengenai ugamanya), maka memudahkah oleh Allah (a.w) dia mencari dan mendapatkan ‘siratul mustaqim’ jalan ke syurga;
Kedua, para malaikat akan tunduk dengan menundukkan syapnya menghormati orang yang berjalan kerana mencari ilmu tentang ugamanya supaya membolehkan dia lebih baik beramal dan beribadah;
Ketiga, para malaikat kasihkan seseorang yang berjalan atau menjelajah kerana mencari ilmu, maka sentiasalah dia mendokan kepada Allah (a.w) kesejahteraan orang tersebut;
Keempat, para malaikat yang berada di langit dan di bumi akan mendoakan orang itu meminta ampun terhadapnya daripada Allah (a.w) akan segala dosa-dosanya (dan doa para malaikat tidak ada perantaraan dengan Allah (a.w), yakni doa mereka dikabulkan Allah (a.w) kerana malaikat adalah makhlok yang taat dan sentiasa berhampiran dengan Allah (a.w));
Kelima, semua ikan di air mendoakan mereka yang berusaha mengembara atau berjalan kerana mencari ilmu;
Keenam, mertabat orang yang alim (yakni, berilmu) itu berbanding dengan orang-orang lain adalah seumpama bulan dibandingkan dengan bintang-bintang yang bertaburan di langit, yakni tinggi makamnya di sisi Allah (a.w);
Ketujuh, Ulama’ (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabi;
Kedelapan, para nabi tidak mewariskan dunia kepada umatnya tetapi mewariskan ilmu kepada umatnya supaya dengan ilmu itu umatnya berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak; dan
Kesembilan, barangsiapa mencari, mempelajari dan mengambil (yakni, mengamalkan) ilmu, maka dia menjaga dirinya dan menjaga tempatnya (yakni, telah membuat ‘reservation’ tempat tinggalnya) di syurga.
Kita sering mendengar para ulama’ dengan bangganya merujuk kepada kalimah ‘ulama’ adalah pewaris nabi’. Kalimah ini terdapat juga di dalam al-Quran. Tetapi mereka keliru dengan maksudnya.
Nota: Apabila ridha para malaikat kpd orang yg belajar ilmu, maka mereka akan mendoakan kebaikan bagi mereka. Doa malaikat yang duduk hampir dengan Allah (a.w) dan yang sentiasa taatkan Allah (a.w) pastilah mustajab dan diterima Allah (a.w) dengan mudahnya. Ramai para ulama’ dan ilmuwan Islam yang sering merujuk kepada kalimah ini kerana berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan kepada mereka oleh Rasulallah (s.a.w). Mereka akui mereka adalah wakil para nabi di dunia dalam Islam. Namun, mereke tersilap. Mereka adalah wakil atau pewaris para nabi dalam konteks mereka tahu dan faham tentang ilmu al-Quran dan as-Sunnah maka dengan itu mereka memandu manusia dan mengajarkan ilmu kepada manusia supaya mereka dapat beramal dan beribadah menepati ketetapan Allah (a.w) sebagaimana para rasul dan nabi menngajarkan umat mereka menepati ketetapan Allah (a.w). Mereka tidak diberi lessen untuk bebas membuat segala sesuatu yang tiada sandaran nas al-Quran dan dalil as-Sunnah!
Di dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa ‘para ulama’ adalah pewaris para nabi’ menunjukkan keistimewaan kedudukan para ulama’. Para ulama' yg dimaksudkan di dalam hadith ini adalah para ulama’ yang faqih dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah, bukanlah sebarang ulama’. Kerana ulama’ yang hafaz dan faqih dengan dua sumber ilmu tersebut akan berperasan meneruskan perjuanagan Rasulallah (s.a.w) mengembangkan nur Islam berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah dan bukanlah memandai-mandai mengadakan sesuatu yang tiak dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w).
Kalimah-kaimah ini ‘Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabisering dilaung-laungkan oleh para ulama’ dengan bangganya kerana mereka menganggap diri mereka pewaris para nabi. Tetapi, wajib diingat bahawa yang dimaksudkan dengan ulama’ adalah orang yang berilmu dan faqih dia tentang ilmu mengenai syariat Islam itu, iaitu Ilmu al-Quran dan Ilmu al-Hadith.
Apakah ilmu dalam Islam? Dalam post yg lalu kita telahpun lihat sepotong hadith yg menyatakan bahawa ilmu yg wajib kita yg Islam dan beriman pelajari dan kuasai adalah tiga: (i) ilmu al-Quran, (ii) ilmu al-Hadith atau as-Sunnah dan (iii) ilmu faraid. Bukan sebarang ilmu. Juga sebagai pewaris para anbia’ ulama’ hendaklah menyampai dan mengembangkan ilmu mengenai Islam dan syariatnya, yakni ilmu al-Quran dan as-Sunnah, dan bukan sebarang ilmu dan bukan ilmu yg berpandukan pendapat manusia dari kitab-kitab yg dikarang mereka. Bukan ulama' dan imuwan yg menyembunyikan ilmunya. Tidak mahu mengajarkannya kecuali dgn upah yg lumayan! Juga, bukanlah dia mengajar dan mengembangkan ilmu dengan tujuan mendapat sesuatu keuntungan keduniaan – nama, tempat, pengaruh dan wang ringgit, kerana di dalam hadith disebutkan para anbia’ tidak menyampaikan dan mengembangkan ilmu kerana dinar dan dirham (yakni, keduniaan).
Kita diperingatkan bahawa sesiapa yg menyebunyikan ilmu pasti tidak mendapat syurga. Siapa yg menyampaikan ilmu demi tujuan keduniaan, juga tidak mendapat syurga. Juga, sesiapa yg menghalang ilmu al-Quran dan as-Sunnah disebarkan adalah sama dgn kaum Kuraisy yg musyrik zaman Nabi (s.a.w) dahulu. Oleh itu janganlah merasa selesa tanpa ilmu.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment