Friday, July 2, 2010

Berita Menarik Hari ini

Assalamualaikum,
saudara, penulis terbaca beberapa berita menarik hari ini dalam beberapa akhbar. Kita senaraikan di bawah ini;
1. Berita kematian Tun Omar Ong Yoke Lin seorang tokoh negarawan yg dikatakan memperjuangkan kemerdekaan bersama-sama dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, PM Pertama Malaysia (banyak Akhbar);
2. Berita rintihan seorang bapa, Jaafar Ali (85), tahun yg dihantar oleh anak-anaknya ke rumah Penjagaan Warga Tua di Mount Erskine, Pulau Pinang sejak setahun lalu (Akhbar Berita Harian);
3. Sekali lagi 'Pendidikan Seks' kpd murid-murid sekolah disebutkan dan komen drp Mufti Perak, TS Harussani Zakaria dan persoalan buang bayi yg berleluasa di kalangan muda mudi Melayu yg kononnya Islam; ruangan Minda Pengarang Berita Harian yg mengulas tentang seks bebas di kalangan muda mudi atau belia Melayu;
4. 'Perceraian' pelakon Ida Nerina dan suaminya Shahrin diputuskan oleh Hakim Syar'i (Berita Harian);
5. lanjutan berita pita seks antara penyanyi Indon, Ariel (Nazrin Irham) dengan Bunga Cinta Letasri, pelakon Indon, dan juga pengacara TV, Cut Tari (Berita Harian); dan
6. Berita JAIS melantik 15 orang orang Arab untuk mengajarkan Bahasa Arab kpd umat Islam Selangor (Berita Harian).
Insya Allah, penulis akan komen berita-berita menarik ini satu persatu dalam post-post yg akan datang. Buat post ini, penulis ingin menyatakan kebanggan penulis sebagai seorang islam yg mendapat tahu bahawa Tun Omar Ong Yoke Lin seorang yg memiliki visi yg amat jauh ke depan, malah lebih jauh dari visi hidupnya di dunia. Kerana beliau sanggup meninggalkan ugama asalnya dan memeluk Islam. Beliau tahu dan diberitahu bahawa hanya Islam ugama yg diridai Allah (a.w). Maksudnya, hanya Islam ugama yg diterima Allah (a.w) (Ayat 19, Surah ali-Imran). Jelasnya, kalau seseorang itu Islam sudah pasti, walaupun dia tidak beramal dgn Islam dan syariatnya menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah (i.e. Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr), akhirnya setelah dibersihkan dari apa-apa dosa yg ada padanya, jika tidak ditaubatkan dan jika tidak diterima taubatnya oleh Allah (a.w), masih pasti dimasukkan ke dalam syurga - sebagai antara orang iman yg terakhir masuk syurga [Hadith].
Tun Omar Ong telah membuat pilihan yg tepat semasa hidupnya, yakni mati sebagai seorang Islam. Orang-orang yg sebangsa dengannya (Cina) yg tidak Islam sudah pasti masuk neraka dan tiada suatu apapun yg boleh menolongnya kerana Allah (a.w) menyebutkan dalam al-Quran sesiapa yg tidak Islam tidak akan masuk syurga kecualilah jika boleh seekor unta masuk melalui lubang jarum! Penulis doakan semoga beliau diberi pengamunan oleh Allah (a.w) kerana akui Allah (a.w) itu sajalah tuhan bagi manusia.
Ramai orang selain berbangsa Melayu di malaysia ini yg masuk Islam, tapi tidaklah kita tahu sama ada mereka benar-benar mengerjakan apa yg disuruh dalam Islam. Yg pasti sesiapa yg Islam akan dihisab dan ditimbang di padang makhsyar tentang amalannya, kemudian jika amal solehnya berat berbanding amal kemungkarannya, maka dia akan mendapat syurga. Yg pasti, semua orang Islam yg ada keimanan dalam hatinya sebesar zarrah atau biji sawi bahawa tuhan yg Esa, Allah (a.w), itu wujud dan manusia akan dikembalikan di akhirat untuk menerima Kitab Catatan Amalan mereka, maka dia pasti akhirnya dapat masuk syurga. Itulah janji Allah (a.w). Kalau seorang manusia itu tidak Islam, tiada baginya Kitab Catatan Amalan, kerana semua amalan walau bagaimana baik sekalipun pada pandangan dan penilaian manusia, seperti kebaikan yg dilakukan oleh Tun Omar Ong ini, sebagai contoh, tidak diambil kira oleh malaikat dan tidak diterima oleh Allah (a.w), dan apabila mati disiksa dalam kubur dan diakhirat kelak mereka tidak dihimpunkan, tetapi terus dicampakkan ke dalam neraka.
Sebaliknya pula, seorang Melayu dilahirkan dalam keluarga Islam, tetapi tidak pernah melakukan apa-apa amal soleh (spt solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya), dan sebaliknya melalukan pelbagai kemungkaran, yakni dia tidak ada beza dengan seorang yg kafir, maka tiada catatan kebaikan dalam Kitab Catatan Amalannya, selain titik-titik hitam, maka apabila mati dia dia mendapat siksaan kubur, kemudian di akhirat setelah ditimbang di neraca Allah (a.w), pasti dimasukkan ke dalam neraka sebagaimana orang kafir juga. Tapi, jika dalam hatinya benar-benar ada keyakinan sebesar zarrah atau biji sawi bahawa Allah (a.w) itu tuhannya yg esa, setelah dibersihkan dalam neraka, maka akan diberi peluang masuk syurga. Para penghuni syurga akan menggelarkan mereka 'Bekas Penduduk Neraka' - namun tetap merasai kehidupan di syurga kerana keimanannya sahaja.
Saudara, hari ini ramai orang Melayu yg dilahirkan Islam sebenarnya tidak Islam semasa hidupnya. namanya saja Melayu. Dia tidak pernah solat, malah mencaci pula solat, tidak pernah puasa, tidak pernah bersedekah, tidak naik haji dan melalukan pelbagai kemungkaran pula. Mereka itulah oantara orang yg tidak diberi petunjuk oleh Allah (a.w).
Bagi saudara, yg peka akan Islam dan tuntutannya, alhamdulillah, teruskanlah mengerjakan amalan dan ibadah, semoga saudara dapat tiket ke syurga. Seseorang yg Islam itu perlu mengetahui ugamanya yg haq dan tuntutannya. Hendaklah disemak semula ilmu yg dia asaskan amalan dan ibadahnya. Kerana Islam itu nampak mudah, tetapi belum pasti mudah. Mudah kalau seseorang itu belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya yg haq - ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Kemudian, mudah pula dia mengerjakan amalan dan ibadah yg diwajibkan kalau kesibukan dunianya, maka dia benar-benar mendapat petunjuk. Orang yg mendapat petunjuk itu kalau tergolong dalam golongan orang Islam yg mengikuti Islam berdasarkan as-Sunnah dan menganuti Islam secara berjema'ah, maka syurga itu didapatinya dengan mudah.
Sehubungan itu, kita yg masih sempat untuk belajar ilmu dan beramal dengan kepastian sandaran ilmu yg haq (benar) itu, pasti berjaya mendapat syurga dan selamat dari neraka. Hanya satu syarat sahaja: iaitu, semaklah ilmu amalan dan ibadah, dan perbetulkanlah amnalan dan ibadah supaya menepati spesifikasi yg ditetapkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Tanpa, menepati spesifikasi itu, walaupun kita Islam, kita akan kecundang selepas matinya kita, terutama di akhirat.

Jazakallahu khairah




No comments:

Post a Comment