Thursday, July 22, 2010

Quick Note Ibu Tiri dan Isteri Anak

Assalamualaikum,
Saudara, tahukah saudara bahawa Islam tidak membolehkan dua perkara tersebut:

1. Anak mengahwini janda bapa yg bukan ibu kandung kpd anak; dan
2. Bapa tidak dibenarkan mengahwini janda kpd anak

Dalam Islam hubungan kekeluargaan itu kekal seumur hidup. Maka dgn itu, jika kita lelaki dan kita ada menantu perempuan yg dinikahi oleh anak kita, maka menantu kita itu kekal hubungan kekeluargaan dgn kita sebagai ibu atau bapa kpd anak kita dan ibu atau bapa mertua kpd menantu kita. Walaupun mungkin anak kita menceraikan isterinya, i.e. menantu kita, tetap dia adalah seumpama anak pd kita yg menjadi bapa mertuanya. Justeru itu, kita sebagai bapa (atau ibu mertua) tidak dibolehkan oleh Islam mengahwini menantu perempuan , janda yg anak kita ceraikan itu.
Demikian jugalah bagi ibu mertua, dia tidak dibolehkan menikahi suami kpd anak perempuan kita.
Demikian jugalah kedudukannya mengenai isteri kita sebagai bapa yg kita ceraikan, yg bukan ibu kandung anak lelaki kita, anak lelaki kita tidak boleh menikahi janda kita. Isteri yg kita ceraikan, yg bukan ibu kandung anak lelaki kita, adalah seumpama ibu kandung terhadap naka lelaki kita itu. Demikian jugalah kalau seorang ibu itu diceraikan oleh bapa si anak lelaki, dan dia bukanlah bapa kandungnya, tetap menantu lelaki kita tidak dibolehkan memperisterikan ibu tirinya atau bekas ibu tirinya.
Justeru itu, hubungan makhram itu tiada batasan waktu. Menantu kita kekal seumpama anak kita walaupun telah berpisah kerana perceraian dgn anak kita. Ibu tiri yg diceraikan oleh bapa kita kekal ibu kpd kita, walaupun bukan ibu kandung kita.
[p.s.: Sila rujuk ketetapan dalam Surah an-Nisa']

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. ASKM,

    Nak tahu dalil dari mana? Ibni Madjah ke

    orbee

    ReplyDelete