Assalamualaikum,
Saudara dalam meneliti tajuk ini, kita telahpun bincangkan kesalahan pertama 'Islam Jama'ah' mengikut ketetapan JAIS dan JMNS, iaitu perkara 'bai'at'. Kali ini kita teliti pula kesalahan kedua 'Islam Jama'ah' mengikut pandangan JAIS/JMNS,.
2. Adakah Islam yg sebenarnya apa yg dikatakan oleh 'Islam Jama'ah'.
JAIS menurunkan sepotong hadith Omar b Khattab (r.a) yg dikatakan menjadi asas ketetapan 'Islam Jama'ah' bahawa brand Islam mereka itu yg haq dan brand Islam lain adalah tidak betul. Hadith yg diturunkan oleh JAIS/JMNS itu kurang tepat kerana ada beberapa ungkapan/kalimah tambahan. Dan, ada pula yg ditinggalkan. Hadith tersebut sepenuhnya adalah seperti berikut:
Diriwayatkan hadith dari Tamim ad-Dariyi (r.a) berkata telah berkata Omar b Khattab (r.a) berkata: 'Tidak dikatakan Islam kecuali dgn berjema'ah, tidak dikatakan berjemaah kecuali dgn adanya Imam, dan tidak dikatakan ada keimaman kecuali dgn ketaatan (yakni, jema'ah mentaati Imam). Maka barangsiapa menjadikan Imam atas sesuatu kaum (jema'ah Islam) dengan kefahaman (tentang Islam dan syariatnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah), maka ada kehidupan bagi Imam dan bagi jema'ahnya; dan barangsiapa yg menjadikan Imam atas jema'ahselain dari kefahaman tersebut, ada ada bagi Imam dan bagi jema'ah kerosakan.' [Hadith ad-Darami]
Hadith ini adalah sahih. Ketetapan hadith ini adalah berkaitan rapat dengan ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran yg telah kita rujuk dalam post yg lalu. Dan, ketetapan Omar (r.a) ini juga adalah sejajar dengan sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abi 'Amir al-Hauzani hadith dari Muawiyah b Abu Sufyan sesungguhnya dia (Muawiyah) berdiri di kalangan kami sambil berkata: 'Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) telah berdiri di kalangan kami (dulu) sambil bersabda: 'Ingatlah sesungguhnya sebelum kamu (i.e. sebelum datangnya Islam) di kalangan ahli kitab (i.e. Yahudi dan Nesrani) telah berpecahbelah mereka atas 72 puak dalam ugama mereka, dan sesungguhnya ini ugama (i.e. Islam) akan berpecah atas 73 golongan atau firqah, 72 golongan atau firqah masuk neraka, dan hanya satu golongan masuk syurga dan golongan itu adalah yg berjema'ah.' [Hadith Abu Daud, Kitab Sunnah.]
Dan hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg ingin berada di tengah-tengah (i.e. dalam) syurga, maka tetapilah (yakni, ikutilah dan anutilah Islam secara) jema'ah.' [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitnah]
Dan, hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Diwajibkan atas kamu sekelian dengan berjema'ah dan takutilah firqah (i.e. perpecahan atau berpecahbelah)...' [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitnah]
Dan, hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu sekelian tiga perkara dan benci Allah (a.w) atas kamu sekelian tiga perkara; maka rida Allah (a.w) bagi kamu (pertama) bahawa kamu sembah hanya Dia (Allah), (kedua) jangan menyekutukanNya, dan (ketiga) berpegang teguhlah kamu dengan tali (i.e. ugama Allah) secara berjema'ah dan jangan berfirqah-firqah (i.e. berpecah belah). Dan Allah (a.w) benci bagi kamu (pertama) berkata begini dan begitu (tentang Islam) (i.e. tidak mahu menerima kebenaran dan suka berhujjah), dan (kedua) banyak sangat soal (terhadap RasulNya) dan (ketiga) membazirkan harta.' [Hadith Muslim]
Jelaslah, bahawa jema'ah atau berjema'ah menganuti Islam itu adalah suatu kewajipan. Maka dengan itulah Omar (r.a) memperjelaskan lagi bahawa tidak Islam seseorang itu kecuali dgn berjema'ah dan seterusnya spt dalam hadith tersebut. Kita harus ingat bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa umat Islam hendaklah ikuti sunnah dua individu selepas beliau wafat, iaitu Abu Bakar (r.a) dan Omar (r.a). Tambahan pula Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa Allah (a.w) membenarkan kata-kata Omar (r.a) dan dia bercakap atas kebenaran. Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu kita dalam sabdanya bahawa jiklah Allah (a.w) hendak melantik seorang nabi selepas beliau, pastilah orang itu Omar (r.a). Maka dgn itu, ketetapan Omar (r.a) itu adalah benar dan suatu ketetapan as-Sunnah dan termasuk dalam syariat Islam. Apakah kita persoalkan kebenaran ucapan Omar (r.a) setelah diberitahu sedemikian oleh Rasulallah (s.a.w). Kata-kata Rasulallah (s.a.w) adalah haq dan beliau berkata hanya dgn sandaran wahyu.
Kalau kita berpeluang mengaji ilmu as-Sunnah, kita akan dapati begitu banyak hadith menyebut tentang perkara-perkara beikut:
1. Wajibnya umat Islam berada dalam suatu jema'ah yg formal
2. Wajibnya jema'ah Islam itu mempunyai seorang Imam, ketua yg wajib didengar nasihatnya dan ditaati suruhannya
3. Ada bai'at antara rukyah (ahli jema'ah) dengan Imam
4. Bai'at itu berpaksikan tiga perkara iaitu: 'wajib mendengar nasihat imam', wajib taati sekuat mampu ketetapan Imam (yg tidak maksiat).
Penulis pasti kebanyakan para ulama' dan ilmuwan telah menemui hadith-hadith sedemikian. Tapi, kerana sebab-sebab strategik yg hanya mereka yg tahu, mereka 'sembunyikan' atau tafsirkan berlainan dari hakikatnya.
Oleh itu, oleh kerana hadith Omar (r.a) itu adalah benar, maka kerana itulah kumpulan 'Islam Jama'ah' yg mentafsirkan seseorang itu dikira Islam hanya dgn berjema'ah, maka sesiapa yg tidak berjema'ah pastilah mengikut 'Islam' brand yg tidak direstui oleh Allah (a.w) dan RasulNya. Maka tidak hairanlah kalau majoriti umat Islam yg Islam tetapi tidak berjema'ah, tidak mendapat syurga. Jika begitu, samalah kedudukan mereka dgn kedudukan orang-orang yg kafir, walaupun mereka bersyahadah!
Malah di dalam hadith lain dijelaskan pula oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa tidak halal kehidupan seseorang Islam itu jika mereka tidak berjema'ah. Kalau 'tidak halal' pastilah haram. Analoginya adalah ayam. Ayam itu adalah ternakan/haiwan yg halal dimakan dagingnya sekiranya disembelih dgn menyebut nama Allah (a.w). Ayam yg tidak disembelih dgn menyebut nama Allah (a.w) menjadi haram untuk dimakan oleh umat Islam. Status ayam yg disembelih dgn ayam yg tidak disembelih ikut Islam tak sama. Demikian itulah juga status orang Islam yg tidak berjema'ah. Malah orang yg berjema'ah itu dijanji syurga oleh Allah (a.w). Pastilah berjema'ah itu ciri mutlak dalam syariat Islam.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut serta terperinci konsep jema'ah dan hakikat atau ciri-ciri jema'ah ini, saudara perlulah meneliti kitab-kitab hadith dalam Bab Imarah (i.e. keimaman) dalam Kuttubul Sittah. Hendaklah saudara mengaji ilmu as-Sunnah secara berguru dari guru yg juga mendapat ilmunya secara berguru dari guru yg faqih tentang ilmu as-Sunnah atau al-Hadith. Seperti biasa, ilmu mengenai Islam tidak boleh dipelajari dgn merujuk kpd kitab-kitab karangan manusia, terutama jika pengarang kitab tersebut belumpun khatam dan faqih tentang Ilmu al-Hadith.
Untuk makluman saudara, kaedah pengilmuan dalam Islam adalah selari dengan kaedah penurunan ilmu al-Hadith iaitu ada isnadnya dan ada orang yg mengajarkannya dan isnad ilmu itu boleh diteliti (traceable) dari Rasulallah (s.a.w) sebagai asal usulnya. Rasulallah (s.a.w) sendiri belajar tentang Islam dan syariatnya dari malaikat Jibrail (a.s) yg datang menemui beliau mengajarkan ilmu. malah Rasulallah (s.a.w) belajar cara dan kaedah beramal dan beribadah, terutama menyentuh ibadah solat, secara berguru dan Jibrail (a.s) adalah gurunya. Jibraillah yg mengimamkan solat pertama beliau di tepi Ka'abah, dan Jibraillah yg mendemokan rukun qalbi, rukun qauli dan rukun fe'li solat itu.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment