Sunday, July 4, 2010

Berita Menarik Hari ini (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara kita teruskan perbincangan tentang tiga lagi perkara yg kita sebutkan dalam pos Jum'at yg lalu, iaitu: Tajuk ke-3 - Pendidikan Seks untuk pelajar sekolah; Tajuk ke-5 -Pita seks penyanyi Indon dan pasangannya; dan Tajuk ke-6 - Tindakan JAIS melantik 15 orang Arab untuk mengajarkan bahasa Arab kpd rakyat Selangor supaya mereka boleh bertutur dan membaca Arab supaya mereka lebih faham Islam.
Tentang Tajuk ke-3: Kita wajib hairan mengapakah begitu reaksi para ulama' dan ilmuwan Islam yg sepemikiran dgn pendidik Islam tetang pendekatan serta kaedah menyelesaikan isu seks rambang dan keterlanjuran seks serta berleluasanya jenayak seks di kalangan muda mudi Islam hari ini?? Mereka yg belajar di luar negara ingin mencontohi tindak tanduk pendidik Barat atau para alilm ulama; Barat bahawa isu seks rambang dan jenayah seks atau kemaksiatan boleh dihapuskan melalui pendidikan seks di sekolah-sekolah. Kononnya iby bapa anak malu menjelaskan perkara itu. Apakah pendidikan seks di sekolah boleh menjadi bentang yg akan menghalang muda mudi terutama yg masih dibangku sekolah tidak melakukan seks? Apakah pndidikan seks akan menyelamatkan kemusnahan mudamudi Melayu kerana melakukan seks?
Seks adalah naluri manusia yg dewasa. Orang Islam itu dianggap dewasa bagi perempuan ketika berumur 12 tahun atau telah datang haidnya. Bagi remaja lelaki, dia dianggap baligh apabila berlaku salah satu dari tiga perkara, iaitu dia mimpi bersetubuh dan keluar mani atau sudah tumbuh bulu kemaluannya atau sudah mencapai umur 15 tahun.
Seks itu adalah kemahuan semula jadi manusia yg juga memiliki naluri fisikal seumpama haiwan. Yg boleh membatasinya adalah ilmu mengenai ugamanya dan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulnya dalam menjalani hidupnya sebagai seorang Muslim dan orang yg beriman. Pendidikan seks tidak menerapkan keimanan di kalangan warga Islam, termasuklah muda mudi atau kanak-kanak di sekolah. hanya pendidikan ugama dan keimanan mereka yg boleh mempastikan mereka terjaga dari membuat kemaksiatan, terutama maksiat seks bebas pra-perkahwinan.
Apakah, murid-murid sekolah hari ini jahil tentang seks? Apakah pendidikan seks akan membenteras mereka melakukan seks? Apakah pendidikan seks itu akan memandu mereka menjalani kehidupan dunia tanpa seks sebelum nikah? Tak mungkin.
Muda mudi Melayu berumur 12 tahuh ke atas telah tahu seks seks. Mereka tahu bahawa seks itu menyeronokkan. Kalau diajar pendidikan seks mereka akan lebih pandani menjaga diri dari mengakibatkan si perempuan mengandung itu saja. Mereka akan mengadakan seks lebih kerap kerana mereka tahu bagaimana tak nak jadikan sex partnernya mengandung - iaitu dgn memakai kondom yg dijual di TESCO, Carrefour, Giant dan Seven Eleven! Mereka akan merasai selamat megadakan hubungan seks. Tak perlu takut mengandung. Lebih lakulah condom. Lebih confidenlah kanak-kanak umur 12 tahun ke atas melakukan seks bebas tanpa ganguan dan tanpa curiga atau tanpa khuatir yg teman gadisnya tidak mengandung. Atau, mereka akan tahu kaedah 'coitus interuptus' - iaitu mencabut zakarnya dari farji gadis rakan seksnya sebelum terpancut maninya ... Itu saja yg akan dihasilkan oleh pendidikan seks.
Mengapakah kita perlu tiru kaedah penyelesaian yg fundamental, dari pemikiran orang Barat atau orang bukan Islam yg hanya utamakan supaya tidak berlaku kehamilan sebelun si gadis menikah?? Dalam Islam sudah ada panduan yg amat berkesan terhadap seks rambang ini, iaitu ilmu mengenai Islam dan syariatnya. Mengapakah para ulama' dan ilmuwan Islam (antaranya Mufti Perak) tidak mendesak kerajaan supaya diuatamakan pendidikan ugama melalui pengajaran al-Quran dan as-Sunnah. Kerana pendidikan seks akan menggalakkan kegiatan seks, bukan menghambat perlakuan sedemikian. Hanya ilmu dan panduan al-Quran dan as-Sunnah akan membentuk diri dan akhlak manusia itu. Kerana, mereka akan tahu, mereka boleh terlepas dari permasalahan dunia, spt kehamilan dan buang bayi, kerana mereka tidak akan terlepas dari siksaan Allah (a.w).
Kembalilah kpd ilmu yg haq. Kembalilah kpd penaduan yg haq bagi manusia. Tiada pendidikan seks atau apa jua pendidikan yg lebih berkesan dari panduan Allah (a.w) dan RasulNya! Kalau setelah dididik dgn panduan Islam, muda mudi kekal tidak berubah, maka itu sememangnya lumrah dunia. Kerana Rasulallah (s.a.w) sudahpun memberi kita tahu: Kelmarin lebih baik dari hari ini, dan hari ini lebih baik dari esok hari. Atau: Hari esok akan lebih buruk dari hari ini, hari ini lebih buruk dari kelmarin. Ini kenyataan.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa salah satu tanda-tanda dunia akan kiamat adalah akan berlaku seks haram (i.e. zina) secara terang-terang. Sehinggakan sesiapa yg berjalan di atas suatu jalan akan melihat lelaki perempuan mengadakan hubungan jenis di tepi-tepi jalan tanpa merasa malu dan hairan terhadap manusia yg lalu lalang! Sekarangpun sudah mula berlaku. Ada muda mudi dalam tanah Felda yg berzina di kebun sawit atas motorsikal. Ada muda mudi yg berzina dalam kereta yg dipark di tepi semak atau di tepi jalan atau dalam taman bunga atau di tepi pantai. Semuanya kerana keIslaman orang Islam sudah luntur. Mereka jahil. Mereka Islam tapi tak ubah seperti orang bukan Islam dalam semua dimensi ...
Dalam konteks ini, bagaimana mungkin program pengajaran Bahasa Arab - berita ke-6 yg menarik itu - boleh mengilmukan umat Islam tentang Islam dan syariatnya? JAIS tersalah sasar dalam mengilmukan umat Islam di Selangor. Adalah lebih baik dan bermanfaat sekiranya pihak JAIS mengajarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah secara sempurna. Kedua-dua ilmu ini telah lama diabaikan oleh JAIS, yg pada hemat kita adalah tugas perdana JAIS iaitu menghilangkan kejahilan di kalangan umat Islam. Kejahilan tentang Islam hanya boleh dihapuskan dgn ilmu as-Sunnah. Kalaulah JAIS memiliki sumber yg banyak, mengapakah tidak dilantik para ulama' hadith dari Indonesia mengajarkan syariat Islam yg haq. Kerana di sana begitu ramai para ulama' yg fakih tentang as-Sunnah dan telahpun ada program ugama yg terbukti mampu menghapuskan kejahilan umat Islam tentang Islam. Hanya ilmu benteng yg berkesan dalam nenerapkan nilai-nilai makruf dan menghapus kemungkaran yg menjadi punca segala macak kemaksiatan yg berlaku di Malaysia kerana kejahilan ilmu as-Sunnah. Apakah pihak JAIS dan badan-badan seumpamanya sudah hilang keyakinan dgn Islam dan ilmu mengenai Islam? Sehinggakan difikirkan kaedah Barat (i.e. pendidikan seks) itu lebih mampu membanteras kemaksiatan di kalangan anak-anak muda sekarang??

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm, lama tak masuk blog ni. Berita Menarik Hari Ini sudah patut dijadi tajuk perbincangan agama harian dan ramai patut mengambil bahagian untuk memberi pendapat masing2.

    Memang semuanya berita2 tersebut sungguh menarik. Penulis bertanya kenapa perkara demikian berlaku? Berapa ramaikah pihak ilmuan yang ingin dan patut membuat kajian atas punca dan bagaimana nak memperbaiki atau memulihkan keadaan?

    Saya bukanlah seorang ahli ilmuan tapi kalau setakat memberi pandangan bolihlah. Sepintas pandang saya bolih merumuskan bahawa
    a)PUNCAnya ialah KEJAHILAN ILMU YANG HAQ ( iaitu Ilmu Quran & Hadith )di semua perengkat masyarakat.
    b)Olih yang demikian jalan PENYELESAIANnya pula menjadi mudah iaitu LAKUKAN SESUATU UNTUK MENGHILANGKANLAH KEJAHILAN itu dengan MENGAJI QURAN & HADITH, bukan bertujuan untuk memenangI peraduan membaca atau pandai hafalan tapi mesti PAHAM UNTUK DIAMALKAN.

    3 pihak yang perlu memainkan peranan yang sungguh2 ialah:

    1)PIHAK YANG BERKUASA - Pemimpin2 kerajaan melalaui jabatan2 pendidikan arus perdana dan UTAMA yang terlibat terus dengan pengajian dan penyebaran ilmu agama ( ISLAM), pengamalan, pemantauan dan penguatkuasaan dan paling mustahak apabila membuat sesuatau polisi yang melibatkan pembangunan masyarakat, janganlah yang bolih menjuruskan kepada maksiat secara direct atau indirect berdasarkan larangan Allah SWT.
    2)MASYARAKAT UMUM terutama IBUBAPA yang sudah tentu dan mestilah memahami tanggungjawab mereka dalam mendidik anak2 dan membangunkan suasana kekeluargaan yang baik sebagaimana firman Allah SWT, " jagalah dirimu dan ahli2mu dari api neraka".
    3)EMPUNYA DIRI pula perlulah sungguh2 mencari keamanan jiwa melalui ilmu dengan mengaji kandungan Quran & Hadith, paham dan amalkan berdasarkan hadith Nabi SAW; " aku tinggalkan kalian 2 perkara, Quran & Sunnahku. Jika kalian rujuk kepada kedua2nya, kalian akan selamat selama-lamanya di dunia dan di akhirat.

    Berdasarkan pandangan ini sudah tentu kita dapati tindakan ketiga2 pihak pada masa ini tidak menepati keperluan, tersasar jauh bagai ungkapan " blind leading the blind" olih itu apa yang nak diharapkan melainkan bukan hanya kegagalan sahaja tetapi kegagalan membawa kehancuran institusi masyarakat.

    ReplyDelete