Assalamualaikum,
saudara, hari ini keluar semula berita MikeTyson peninju heavyweight yg mendapat title juara heavyweight 3 badan gusti dunia. Beliau berjaya di dunia menjadi kaya raya. Beliau juga merupakan orang yg ditakuti, ganas dan garang serta kaki betina sebelum di penjarakan selama 5 tahun di US. Dalam berita Harian Metro hari ini dimuatkan cerita beliau yg masuk Islam pada tahun 1990 dan kemudian hanya memaklumkan pd dunia keIslamannya pada tahun 1995, selepas keluar penjara. Nama Islamnya Malik Abdul Aziz (erti Raja yg Perkasa) - cocok dgn sejarah hidupnya sebagi petinju!
Hari ini atau semenjak itu, kalaulah berita itu benar, Mike Tyson sudah menjadi Islam. Alhamdulillah, kita ucapkan tahniah padanya.
Saudara, bukan senang nak jadi Islam atau menerima Islam, terutama di kalangan orang Barat (US atau UK atau dimana saja). Bukan senang bagi orang yg menganuti ugama Yahudi dan Nesrani menerima Islam, kecualilah dia memang yakin dgn sesuatu ugama dan mencari ugama yg pasti memberi tiket ke syurga. Ramai orang Kulit Hitam spt Mike masuk islam. Dulu, dikatakan Malxolm-X adalah ketua jemaa'ah Islam kulit hitam di US. katanya Michael Jacksonpun masuk Islam. Pemain bola keranjang Oneilpun katanya Islam, wallahu 'alam.
Malah menyebut tentang senang atau payah ini, bukan senang juga bagi orang yg akui dirinya Islam menerima hanya al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan dan peganagn hidupnya dalam islam. Jika tidak, mengapakan wujud 'bid'ah hasanah' yg sama sekali ditegah Rasulallah (s.a.w)?
Yg utama kita sedari dalam konteks Mike Tyson ini adalah orang yg kafir kemudian masuk Islam beruntung: pertama, dia mendapat ugama yg diterima Allah (a.w. Sudah cukup syarat untuk mendapat tiket ke syurga, kalaulah dia terus beriman - taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w). Kedua, dia untung kerana segala dosa-dosanya yg lalu diampunkan Allah (a.w) i.e. terhakis kesemuanya. Ketiga, dia juga mendapat pahala segala kebaikan (amal makruf) yg dilakukannya semasa kafir (atau tidak Islam). Begitu banyaknya bonus yg didapati oleh Mike Tyson.
Bagi orang Islam sejak dilahirkan pula, kita sering rugi: pertama, segala dosa yg kita lakukan selepas kita baligh ditulis dan tidak terhakis kecualilah kita tobatkan dan Allah (a.w) terima tobat kita. Setiap dosa merupakan tiket ke neraka yg pasti! Kedua, kita bertanggungjawab sebagai seorang Islam untuk mentaati Allah (a.w) (ikuti al-Quran) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah). Itu saja tiket yg memungkinkan kita dapat masuk syurga dgn kerahmatan Allah (a.w) dan dgn keridaan Allah (a.w). Seorang anak masuk syurga kalau taatkan Allah (a.w), taatkan Rasulallah (s.a.w), taatkan 'ulil amri' dan taatkan kedua ibu bapanya. Anak dapat keridaan Allah (a.w) kalau kedua ibubapanya rida padanya. Seorang isteri masuk syurga jika dia taatkan Allah (a.w), taatkan Rasulallah (s.a.w), taatkan 'ulil amri'nya, dan taatkan serta rida suaminya (jika dia berumah tangga).
Hari ini begitu ramai orang yg lahr Islam menjalani kehidupan dunia yg sama sekali bukan Islam. Mereka itu lebih buruk di sisi Allah (a.w) dari Mike Tyson! Kenapa mereka teruk? Mereka tiada bimbingan dan tiada ilmu. Malah para ulama' dan ilmuwanpun sama-sama berdosa kerana mereka tau i.e. berilmu tapi tak sanggup mengilmukan manusia yg jahil. Mereka tiada masa dan kesibukan, tapi menghalang orang yg berilmu dan sanggup berdakwah dari menyebarkan ilmu, kononnya kemungkinan mengjar aqidah yg sesat dan sebagainya. Besar dosanya atas mereka. Dosa kerana menghalang perintah Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w) yg mewajibkan ilmu disebar luaskan.
Ilmu itu wajib disampaikan dan disebarluaskan. Malah, banyak ulama' dan ilmuwan Islam yg jahil tentang Islam, terutama implikasi kpd Ayat 7, Surah al-Haysr: yakni, mentaati Rasulallah (s.a.w) atau mengkuti as-Sunnah apabila mereka tinggalkan sebahagian ketetapan as-Sunnah dan membuat ketetapan baru seolah-olah mereka-reka tambahan kpd syariat Islam.
Ramai diantara kita yg dilahirkan Islam masuk neraka. Sama dgn orang yg tidak Islam, pasti masuk neraka. Mudah-mudahan kita yg tersasar atau tersesat itu kembali Islam dgn sebenar-benarnya dgn mempelajari ilmu yg haq iaitu ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Itu saja panduan menjadi orang Islam yg iman dan yg berkemungkinan mendapat kupon ke syurga, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment