Wednesday, July 7, 2010

'Ajaran Islam Jamaah' Sesat kata JAIS & JMNS

Assalamualaikum,
Saudara, tajuk di atas adalah tajuk kpd suatu makalah atau risalah yg diterbitkan oleh JAIS dan Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) dalam terbitan pihak tersebut yg ditulis sebagai 'Siri Ajaran Sesat' tah bila diterbitkan, tidak pula diberitahu. Penulis ternampak risalah ini semasa melawat JAIS tak lama dulu. Memandangkan isu ajaran sesat sering disentuh dalam media dan menjadi tugas utama kebanyakan jabatan ugama Islam negeri di Malaysia bersusah payah membenterasnya, penulis terasa teruja mengambil satu dan menelitinya. Penulis hanya teliti apa yg disebutkan dalam risalah itu dalam konteks Islam dan syariatnya bersandarkan dua panduan yg hak bagi orang Islam yg juga merupakan panduan amal dan ibadah umat Islam yg haq, iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
Kita akan lihat, dalam post ini dan beberapa post yg berikutnya, insya Allah, apakah 'ajaran Islam Jamaah' itu sebenarnya? Dan, setelah kita tahu, kita akan teliti apakah ajaran tersebut sesat dalam konteks ketetapan al-Quran dan as-Sunnah? Atau, JAIS dan JMNS yg tersasar jauh atau tersilap dalam menghukum jemaah tersebut sebagai sesat juga dalam konteks ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Islam itu panduannya adalah HANYA al-Quran dan as-Sunnah. Kalau pengamalan dan pengibadatan oleh umat Islam - sama ada secara berkumpulan atau secara individu adalah - bertentangan dgn al-Quran dan as-Sunnah, maka kumpulan itu atau individu tersebut bukanlah Islam. Kumpulan atau golongan ini sudah pasti sesat! Islam hanyalah yg menepati ketetapan Allah (a.w) (i.e al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith). Kerana Islam yg haq itu adalah mereka yg menepati firman Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa': Sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah) PASTI masuk syurga. Orang yg tidak Islam pasti masuk neraka. Atau, orang Islam yg tergolong dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 14, Surah an-Nisa': Sesiapa yg menentang (yakni, ingkarkan) Allah (a.w) (i.e. tidak ikuti ketetapan al-Quran) dan menentang (yakni, ingkarkan) Rasulallah (s.a.w)(i.e. tidak ikuti ketetapan as-Sunnah) dan mereka yg melanggar batasan-batasan (yakni, had) ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), pasti masuk neraka. Kemudian, orang yg Islam itu hendaklah dia juga akur dengan perintah Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr: Wahai orang-orang iman, apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu terima dan ambil pakai apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan tinggalkan apa-apa yg ditegahnya. Orang Islam dan perkumpulan orang Islam hendaklah juga ikuti ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah an-Nisa': Taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah) dan taatkan Ulil amri (i.e. imam) (i.e. ikuti ketetapan atau ijtihad Imam), tetapi jika ijtihad Imam itu bercanggahan dengan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya hendaklah mereka merujuk untuk ketetapan muktamad, ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ketetapan as-Sunnah). Dan, orang Islam atau perkumpulan umat Islam itu wajib anuti atau amalkan Islam secara berjemaah kerana inilah ketetapan yg haq perintah Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran: Berpegang teguhlah kamu (umat Islam) kepada tali Allah (a.w) (yakni, ugama Islam) secara berjema'ah dan jangan berpecahbelah atau berfirqah (termasuklah, bermazhabserta orang yg menyatakan mereka mengikuti 'Firqah an-najihah' itu).
Justeru itu, kita hanya boleh membuat ketetapan atas seseorang atau sekumpulan umat Islam berpandukan ketetapan Allah (a.w) di atas. Kita akan teliti komen JAIS dan JMNS dan amalan 'Ajaran Islam Jamaah' dalam konteks ketetapan-ketetapan sedemikian. Siapa yg benar dan siapa yg silap.
Dalam blog ini penulis sering beritahu bahawa kumpulan yg berjaya mendapat syurga itu adalah mereka yg memenuhi dua syarat utama dalam aqidah Islam mereka: iaitu, mereka mengikuti as-Sunnah dan mereka yg anuti Islam secara berjema'ah. Mereka inilah yg benar-0benar 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Golongan ini menepati ketetapan Ayat 13 dan Ayat 14, serta Ayat 59, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr serta Ayat 103, Surah ali-Imran. Kumpulan selainnya melanggar ketetapan salah satu atau kesemua firman Allah (a.w) tersebut.
Insya Allah, kita akan bincang risalah JAIS dan JMNS ini dalam post-post yg akan datang. Mudah-mudahan setelah meneliti kesemuanya, kita akan dapati bahawa pihak JAIS dan JMNS banyak salah silapnya dalam menanangi isu ini.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment