Friday, July 16, 2010

Menarik hari ini ...Lagi Kes Anak Durjana

Assalamualaikum,
Saudara, sebenarnya penulis tak suka sentuh tentang isu atau subject yg tiada kaitan dgn ugama, spt isu politik dan seumpamanya. Namun, tiada sesuatupun isu dunia ini asing dari ugama. kerana dunia itu adalah permulaan kpd alam akhirat, kerana apabila kiamat dunia,dunia itu tidak akan wujud lagi (cease to exist), dan yg wujud ketika itu hanyalah akhirat (penutup kpd segala sesuatu). Hidup ini, saudara adalah satu continuum - mula dari dunia kemudian akhirat. Dunia adalah persiapan untuk kehidupan akhirat. Maka dgn itu kebajikan kita semasa di akhirat bergantung kpd bagaimana kita menyediakan diri untuknya.
Saudara, dalam menyediakan diri inilah majoriti manusia gagal. Yg tidak Islam pasti gagal mendapat kejayaan, walaupun mereka begitu berjaya di dunia. Kerana, orang yg berjaya di akhirat itu syarat wajibnya adalah Islam. Majoriti umat Islam juga tidak berjaya di akhirat, walaupun mungkin mereka berjaya di dunia atau mereka beranggapan mereka sudah bersedia sepenuhnya untuk akhirat mereka. Kerana, memang telah diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w), umat Islam berpecah dari segi iktikad dan aqidah mereka, sehinggakan terdapat 73 golongan Islam, dan 72 golongan Islam itu gagal mendapat syurga di akhirat, dan HANYA satu golongan saja yg bejaya mendapat syurga. Golongan yg berjaya mendapat syurga itu hendaklah memenuhi dua syarat utama: pertama, berpandukan kpd as-Sunnah dalam segala perlakuan semasa di dunia, terutama dari segi ibadah dan amalan; dan kedua, mereka itu Islam secara berjema'ah. Umat Islam yg tidak menepati dua pra-syarat tersebut, pastilah tak mendapat syurga. Oleh itu kita harus semak diri kita. Apakah kita sudah menepati syarat-syarat tersebut.
Dalam hubungan itulah kita teliti dua berita menarik hari ini, iaitu:

1. Projek Landasan Kembar Keretapi Ipoh-Rawang

Kerajaan dipersoalkan oleh Public Account Committe (PAC) memberikan kontrak kpd kontraktor 'railway double-tracking project' dari Ipoh ke Rawang dgn anggaran kos RM 6.0 bilion, mengalami cost-oversun sebanyak RM 1.4 bilion. Dan, antara lain, dalam kontrak itu, terma-termanya lebih memihak kpd kontraktor. kalau kontraktor buat silap kerajaan boleh tuntut hanya 6%. Tapi, kalau silap kerajaan, kontraktor boleh tuntut 10% gantirugi (compensation). Dan banyak lagi.
Katanya kontrak ini sudah ditamatkan. Banyak masalah ditimbulkan oleh kontraktor tersebut - yg membinanya dan yg memantaunya. Tapi, itu cerita lama. Kalau kita berkesempatan diberi peluang lihat semua kontrak mega kerajaan, terutama kontrak zaman Mahathir dulu, banyak isu seumpama ini timbul. Banyak kuncu dan kawan personaliti tertentu dapat untung, dan jadi bilionaire atau multi-milionaire, dan banyak masalah, dan orang Melayu terpinggir dan sebagainya. Kemudian, kita tengok pula, ada nama pelabor atau kontraktor yg tiada rekod baik dapat kontrak mega dan sebagainya.
Ini kes lama. Dah, rosak barulah Juru Audit Negara tahu dan pAC semak dan putuskan. Orang yg terlibat sudahpun senang lenang dan kaya raya, senyum saja ...
Itulah lumrah dunia. Wujudnya sifat tidak amanah, mementingkan diri sendiri, tidak jujur, berpura-pura, penyelewengan, pembohongan, penipuan dan putar belit dalam segala sesuatu. Bagi orang Islam yg trlibat dalam perkara itu, mereka lupa bahawa di akhirat, mereka perlu jawab dan tidak akan terlepas. Jangankan mendapat syurga, ada yg mncium bau syurgapun tak dapat kerana karenah di dunia.

2. Bapa ditipu tiga anak lelaki

Itulah berita kedua menarik hari ini. Tentang cerita seorang ayat (85 tahun) memfailkan tindakan saman Mahkamah Tinggi, Shah Alam, terhadap tiga anak lelakinya (umur 50- 54 tahun) meminta gantirugi RM 2.0 juta, kerana ditipu oleh anak-anaknya tersebut. Katanya, si ayah di'paksa rela' oleh tiga orang anaknya itu menurunkan tandatangan pd Surat Kuasa terhadap dua keping tanah milik ayah di Selayang Baru dan Batu Caves. tuk menyerahkan kuasa pengurusan/urustadbir tanah milik bapa pada tahun 2007, kononnya mereka menyatakan kpd ayah bahawa surat itu untuk mendapatkan kebenaran menikah isteri lain (selepas kematian isterinya, iaitu ibu kpd tiga anak lelaki tersebut). Agaknya, kerana percayakan ketiga-tiga anak lelakinya, si ayahpun sain dokumen, menyerahkan kuasa terhadap tanah tersebut kpd ketiga-tiga anaknya.
Kelmarin, kita dengar cerita seorang ayah 75 tahun menyaman anaknya kerana tidak menyara dua anaknya (i.e. cucu si ayah) dan tidakpun menjenguk kedua anak dan bapanya selama 7 tahun selepas menikah dgn wanita lain. Sebelum itu, kita dapat berita si ayah (85 tahun) di hantarkan oleh anak lelakinya tinggal di rumah orang-orang tua milik bukan Islam kerana si anak tak sanggup jaga ayahnya.
Demikianlah runtuhnya istitusi kekeluargaan dalam keluarga Islam. Demikian semakin hampirnya orang Islam meniru apa yg dilakukan oleh orang kafir. Semakain runtuhlah akhlak orang islam, terutama orang Melayu, kerana kejahilan dan kerana dipengaruhi oleh dunia. Ada g dipengaruhi oleh pangkat dan darjat, merasa sulit membela kedua ibu bapanya atau merasa malu pula dua ibubapanya dari kampong duduk di rumahnya yg sering didatangi oleh orang-orang ternama dan berpangkat dan sebagainya - sikap Si Tanggang.
Walhal, kalau si anak itu faham Islam dan tuntutannya, sudah pasti dia akan melakukan segala sesuatu demi kebajikan kedua ibu bapanya. Dgn harapa ibu bapanya rida terhadapnya. Kerana keridaan Allah (a.w) terhadap seseorang yg Islam itu (i.e. tiket untuk kesyurga) bergantung kpd keridaan kedua ibu bapa, terhadap anak-anaknya. walau apapun yg disumbangkan oleh anak terhadap kedua ibu bapanya dalam apa juga bentuk, tidak dapat membayar susah payah mereka menjaga dan membesarkan anak sehingga anak berjaya pula di dunia! Rasanya, cerita yg keluar dalam akhbar itu, bukanlah kes yg isolated. malah banyak dan semakin banyak hari ini.
Malangnya pihak yg berwajib yg duduk di kerusi empok jabatan ugama dan jabatan zakat dan seumpamanya tidak ambil hirau tentang tanggung jawab mengilmukan masyarakat dan membimbing masyarakat. Disebutkan dalam as-Sunnah 'ulil amri' (i.e. orang yg bertanggung jawab mendidik jema'ahnya, bertanggung jawab tentang salah laku dan sifat sumbang jemaahnya. Tidak mungkin masuk syurga 'ulil amri' yg mengabaikan tugas dan tanggung jawabnya, sebagaimana tidak masuk syurga anak-anak yg mengabaikan dan menganianya kedua ibu bapanya. Inilah contoh anak-anak yg tidak berterimakasih serta syukur kpd kedua ibubapa mereka.

Jazakallahu khairah.

No comments:

Post a Comment