Monday, July 12, 2010

JAIS: 'Ajaran Islam Jamaah' Sesat?(samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, menyambung perbincangan kita tentang Risalah JAIS/JMNS yg membuat keputusan bahawa ajaran 'Islam Jama'ah' adalah ajaran yg sesat, kita telahpun teliti counterfactualnya dalam hujjah JAIS itu. Bukan dgn tujuan berdebat dgn mereka. Bukan dgn tujuan untuk menjatuhkan marwah dan mertabad, kebanyakan para ulama' di Malaysia, yg akui diri mereka adalah tergolong sebagai 'Ahlus-Sunnah wal-Jal jama'ah'. Dalam post sebelum ini kita telah teliti apa yg dikatakan oleh JAIS sebagai 'kesalahan umum', JAIS menyebut tentang penyebaran ajaran khilafiyah/furuiyah, yg bertentangan dgn ajaran kumpulan arus perdana Islam di Malaysia, yg mengakui diri mereka 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Ada beberapa perkara menjadi amalan 'Islam Jama'ah', kata JAIS, termasuk dalam kategori ini, iaitu:
1. Membayar fidyah/tahlil untuk simati
2. Membaca talqin di pusara (kubur)
3. Membaca doa qunut pada solat Subuh
4. Persentuhan antara lelaki dan perempuan ajnabi tidak membatalkan wudu'
adalah 4 perkara yg disebutkan dalam Risalah tersebut.
Seperti yg kita telahpun jelaskan dalam post mengulas Risalah ini, sesuatu amalan atau ibadah atau egangan itu adalah batil dan sesat jika bertentangan dgn ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Ketetapan Allah (a.w) itu adalah ketetapan al-Quran. kalau terdapat nas dan dalil al-Quran yg menyebut orang Islam itu tidak boleh buat itu dan ini, jika kita buat, maka kita menentang ketetapan Allah (a.w). Menentang ketetapan Allah (a.w) adalah kekafiran, bukan setakat melakukan dosa. Atau, melakukan sesuatu amalan dan ibadah atau perbuatan yg ditegah atau dilarang oleh Islam mengikut nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, kerana yakin dengan ketetapan pihak lain, seperti ketetapan pemimpin Jema'ah umat Islam, adalah menentang Allah (a.w) dan RasulNya. Bukan setakat melakukan dosa. Bukan setakat mengengkari ketetapan Allah (a.w), yakni fasiq.
Sebaliknya pula, kalaulah, setelah kita teliti nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, bahawa ketetapan JAIS itu silap atau salah, maka berat atas JAIS, sebagai contoh, ketetapan yg melanggar ketetapan Islam mengikut al-Quran dan a-Sunnh. Kemudian kita lihat pula, apakah 'Islam Jam'ah' itu ada hujjah yg haq, tentang amalan-amalan tesebut.

1. Membayar fidyah/tahlil untuk simati

Apabila kita teliti ilmu yg haq mengenai Islam dn syariatnya, iaitu ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah, kita dapati tidak ada contoh perlakuan atau perbuatan yg menunjukkan bahawa Nabi (.a.w) melakukannya. Apakah tujuan membayar fidyah? Dan, apakah tujuan majlis tahlil?
Amalan 'majlis tahlil' adalah jelas amalan masyarakat Melayu bersandarkan bukan Islam. Mungkin benar bagi ugama lain. Penulis tidak faham apakah bayaran 'fidyah' terhadap si mati itu. Yg jelas, seseorang yg meninggal tetapi dia memiliki hutang itu, hendaklah warisnya memberi hebahan supaya orang yang meminjamkan kpdnya memaklumkan waris si mati tentang hutangnya kpd mereka. Hutang adalah perkara yg amat serius dalam Islam. nyawa si mati akan tergantung di awang-awangan, setelah dikuburkan, tidak mendapat nikmat tidur lena dalam kuburnya, jikalah dia seorang bakal ahli syurga! maka, yg paling utama perlu diuruskan oleh warisnya adalah melunaskan segala hutang si mati secepat mungkin.
Tentang fidyah? Dan, tentang Tahlil tidak ada nas dan dalil al-Hadith yg menyokong amalan tersebut. Justeru itu, tiada dalam syariat Islam. Kalau diamalkan, ianya adalah satu-satu amalan yg tergolong dalam salah satu drp empat perkara iaitu sama ada amalan kurafat atau tahyul atau taklid atau bid'ah. Kesemua ini amalan yg batil dan menyesatkan.
As-Sunnah mengajarkan kita apabila seseorang itu sakit terlantar, hendaklah keluarga terdekat berusaha mempastikan yg si sakit itu, selagi belum uzur syar'i, mengerjakan solat fardunya - secara berdiri tak boleh duduk tak boleh solat berbaring, namun setiap solat fardu wajib dikerjakan. Jika tidak jika ditakdirkan mati meninggalkan satu solat, jatuh kafir dia. Ini adalah satu lagi kemungkin orang Islam ketika matinya kafir walaupun kelihatan Islam dan dia tidak murtad pula! (Ayat 102, Surah ali-Imran). Kemudian, apabila terlalu uzur dia hendak bersolat baring, maka diajarkan supaya si sakit bersolat dgn isyarat dua matanya sambil membaca tasbih dan surah dan seumpamanya.
Kemudian ketika si sakit hampir ke sakratuil maut, waris dan keluarga terapat hendaklah membacakan Surah Yaasin kepadanya, semoga dgn itu memudahkan nyawanya keluar berpisah dgn jasadnya, dan ringan 'sakratul mautnya'. Tapi, bukanlah membaca Yaasin dgn kuat sehingga mengganggu si sakit mengucapkan kalimah 'la ilaha illallah' ketika sakratul maut tiba!. Kemudian, orang yg terakrab dengannya mengajarnya menyebut 'kalimah tahlil' (i.e. 'la-ilaha illallah') Itulah yg dimaksudkan amalan tahlil dalam syariat Islam mengikut ketetapan as-Sunnah. Bukan, membaca tahlil pada malam kematian, malam ke-3, ke-7, ke 30, ke-100 dan seumpamanya.
Ketika si sakit tenat dan hampir nyawanya sampai ke kerongkongnya (i.e. sakratul maut), janganlah berbuat apa-apa kecuali ahli keluarga atau waris terdekat dan terakrab kpdnya menyuruhnya melafazkan kalimah tahlil itu. Jika itulah kalimah terakhir yg terkeluar dari mulutnya, maka si mati itu tergolong di antara orang yg menepati hadith Rasulallah (s.a.w): Barangsiapa yg kalam (i.e. kata-kata) terakhirnya adalah 'la-ilaha illallah' akan masuk syurga.' [Hadith]
Saudara, yg menentukan apakah kita dapat syurga atau tidak itu adalah bergantung kpd amalan kita sendiri. Tidak siapa dapat menolong kita. Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam al-Hadith: Ketika mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalannya, kecuali 3 perkara: (pertama) sedekah jariah yg dikeluarkan olehnya semasa hidupnya yg akan mengalirkan pahala kepadanya; (kedua) anak-anaknya yg soleh/solehah yg mendoakannya; dan (ketiga) ilmu yg dimanfaatkan olehnya yg akan mengalirkan pahala orang yg mengamalkan ilmunya. [Hadith]
Hadith ini menyebutkan bahawa apabila kita sudah mati, memanglah putus amalan yg membolehkan kita mendapat phala dan kerahmatan Allah (a.w). Tapi, kalau kita berjaya mendidik anak-anak kita menjadi orang yg soleh/solehah (i.e. tertib menjaga kewajipannya spt solat, puasa, zakat dll yg diwajibkan atas mereka), dan mereka mendoakan kesejahteraan kita di kubur dan di akhirat, maka kita mendapat manfaat. kalau anak-anak kita jahil, berpoya-poya, membuat pelbagai maksiat pula dgn menghabiskan harta kekayaan yg kita wariskan kepada mereka, rugilah kit. kalau kita mempunyai ilmu al-Quran dan as-Sunnah yg kita ajarkan orang lain dan orang itu beramal dengannya, maka dia mengirim pahala kpd kita tanpa mengurangi pahala yg diperolehinya sedniri kerana amalan tersebut. [Nota: Bukan sebarang ilmu, termasuk ilmu perubatan dsbgnya, tidak mengalirkan dividen pahala ketika mati kita]. Atau, sedekah jariah i.e. membelajakan sebahagian harta kita untuk membela Islam dan umatnya, akan mengalirkan pahala kod kita, selagi apa-apa yg kita sedekahkan (i.e. sumbangkan) itu digunakan olek orang iman.
Insya Allah, kita akan ulas tentang Doa Qunut pada Solat Subuh dan sentuhan mukhrim dan bukan mukhrim membatalkan wudu' itu.
Sebagai prelude kpd perbincangan kita dalam post akan datang, kita rumuskan bahawa dalam syariat Islam, ketetapannya adalah spt berikut:
1. Dalam syariat Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) tiada amalan Doa Qunut pada Solat Subuh. Amalan Doa Qunut sekarang ini tiada sandaran nas dan dalil al-Quran ataupun as-Sunnah.
2. Islam tidak memutuskan wudu' seseorang itu terbatal kerana persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yg ajnabi ataupun tidak ajnabi (i.e. makhramnya).
Jelasnya, tidak ada ketetapan bahawa wudu' batal kerana bersentuhan lelaki dan perempuan. Yg pasti persentuhan lelaki dan perempuan ajnabi (i.e. bukan makhram) dalam apapun situasi, spt bersalam, adalah berdosa tapi tidak membatalkan wudu'.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment