Assalamualaikum,
Saudara, kita telah teliti 3 drp kesalahan yg disebutkan oleh JAIS/JMNS tentang ajaran 'Islam Jama'ah'. Dalam post ini kita teliti pula kesalahan yg ke-4 yg dikatakan oleh JAIS/JMNS itu. Seperti biasa kita teliti ketetapan JAIS/JMNS itu berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan apakah yg menjadi ajaran 'Islam jama'ah' itu.
4. Islam Jama'ah menolak hukum Ijma' dan Qias
Dalam meneliti sesuatu hukum dalam al-Quran umat Islam diwajibkan meneliti ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Kita telah teliti dalam post sebelum ini bahawa umat Islam itu diwajibkan berjema'ah (Ayat 103, Surah ali-Imran dan hadith) dan umat Islam itu diwajibkan juga mentaati 'ulil amri' (Ayat 59, Surah an-Nisa') yg mana Imam atau Amir adalah ketua 'Ulil Amri'. Tetapi, apabila timbul perselisihan atas sesuatu perkara menyentuh tentang Islam dan syariatnya, termasuk hukum hakam dalam Islam, 'Ulil amri' atau Imam atau Amir tidak boleh membuat ketetapan. Dia wajib merujuk semula kpd al-Quran dan as-Sunnah untuk mendapatkan jalan penyelesaian atau ketetapan yg muktamad. Inilah ketetapan Ayat 59, Surah an-Nisa', yg telahpun kita rujuk.
Apabila kita teliti as-Sunnah, kita diberitahu supaya taatkan Imam atau Amir selagi ketetapan Imam atau Amir itu tidak bertentangan dgn ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Kita diberitahu bahawa as-Sunnah itu merangkumi sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin. Itulah ketetapan Rasulallah (s.a.w). Ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan Allah (a.w). kerana Allah (a.w) menyebut dalam al-Quran Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr, jika kita taatkan Rasulallah (s.a.w) bererti kita taatkan Allah (a.w) dan segala yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) wajib kita ambil pakai dan yg ditegahnya kita jauhi.
JAIS menyebutkan bahawa 'Islam Jama'ah' menolah ilmu fiq dan Usul Fiq kerana 'Islam Jama'ah' menolak 'Bid'ah Hasanah'. JAIS juga mengatakan bahawa 'Islam Jama'ah' menolak Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Hadith yg diterima, kata JAIS, adalah hadith yg diterima oleh pengasasnya, Nurhasan al-Ubaidah.
Sebelum kita teliti kebenaran assertion JAIS ini, kita wajib ingat bahawa Islam dan syariatnya sudahpun sempurna ketika Rasulallah (s.a.w) diwafatkan. Jika Islam dan syariatnya belum sempurna semestinyalah Nabi Muhammad (s.a.w) tidak diwafatkan atau ada Rasul atau Nabi penyambung, kerana ugama Allah (a.w) itu adalah ugama yg evolve bermula dgn Nabi Adam (a.w) sehinggalah diutus Rasulallah (s.a.w). Oleh kerana Rasulallah (s.a.w) adalah 'khtattamal nabiyin' (Nabi terakhir atau penamat), maka sudah pastilah Islam dan syariatnya sudah lengkap. Ini difirmankan oleh Allah (a.w) pada Ayat 3, Surah al-Maidah. Dalam hadith Rasulallah (s.a.w) berkhutbah di Arafah semasa beliau mengerjakan Haji Wida' bahawa ugama Islam itu adalah 'putih', putih siangnya sebagaimana putih ketika malamnya. Tidak ada yg kurang dan tidak ada yg perlu ditambah lagi oleh Allah (a.w). Dalam konteks ini, syariat Islam itu, termasuk hukum hakamnya, telah ditetapkan dan tidak perlu ditokok tambah. Tokok tambah itu adalah 'bid'ah' dan Rasulallah (s.a.w) menyebutkan setiap penambahan adalah kesesatan (dolalah). Justeru itu, mana mungkin wujud bid'ah hasanah dalam syariat Islam.
Sehubungan itu juga, tidak wajar ada qias sekiranya sudahpun sempurna syariat Islam itu. Lagipun, mengikut Ayat 59, Surah an-Nisa' itu, Imam atau Amir atau u;il amri tidak ada haq untuk menokok tambah sestau yg ditetapkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Yg berhak membuat tambahan kpd syariat Islam hanyalah Rasulallah (s.a.w) dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, i.e. sunnah. Kalau tiada dalam as-Sunnah tiadalah dalam syariat Islam. Jika tiada dalam syariat Islam maka penambahan atau bid'ah adalah satu kesestan. Ini disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w). Penulis tidak dapat sahkan bahawa qias yg mana dikatakan oleh JAIS, kerana tidak diberi contoh.
Ijtihad wujud dalam Islam kerana Imam atau Amir membuat ijtihad yg tidak maksiat, i.e. yg tidak bertentangan dgn al-Quran dan as-Sunnah. Ijtihad itu dibuat melalui musyawarah dan ijtihad tidak melibatkan hukum hakam tetapi hanya peraturan dalam mempastikan jema'ah Islam itu tertib dan menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Mengatakan 'Islam Jama'ah' menolak Sahih Bukhari dan Sahih Muslim adalah suatu pembohongan bukan setakat fitnah. As-Sunnah menyebut bahawa mengatakan sesuatu walaupun betul tanpa didengari sendiri oleh yg mengatakan, walaupun betuk, adalah fitnah. Menyebutsesuatu yg tidak dikatakan adalah suatu pembohongan yg amat serius. Oleh itu mengatakan 'Islam Jama'ah' mengajarkan supaya tidak diterima Hadith Bukhari dan hadith Muslim adalah pembohongan oleh JAIS dan JMNS! Kerana 'Islam Jama'ah' melakukan sesuatu bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah. Dan, sumber rujukan as-Sunnah 'Islam Jama'ah' adalah Kuttubul Sittah dan kitab-kitab hadith lain termasuk al-Baihaqi, at-Tobrani, al-Hakim, al-Malik dan lain-lainnya. Tidak ada bukti menyetakan bahawa pengasasnya memerintahkan pengikutnya supaya menolak Bukhari dan Muslim, malah kesemua pengikutnya disuruh supaya ikuti kuliyah pengajian Kuttubul Sittah. Malah pengikut baru diperintahkan supaya mengaji Bukhari dan Muslim kemudian mengajari Sunan at-Termidzi, Abu Daud, an-Nasa'i dan Ibu Majah pula.
Justeru itu, penulis berpandangan, eloklah JAIS membuat penyelidikan yg rapi mengenai ajaran 'Islam Jama'ah' sebelum melemparkan pelbagai tuduhan. Mereka wajib bertaubat kerana membuat fitnah dan pembohongan yg jelas! Mungkin pihak JAIS dan JMNS perlu menghantar beberapa orang ulama'nya ke Kediri, Jawa Timur, dimana 'Islam Jama'ah' itu wujud, untuk membuat penyelidikan yg telus dan terperinci sebelum membuat sebarang tohmahan. Kerana, mengelirukan umat Islam dengan kata-kata fitnah adalah burujkk padahnya.
Yg pasti ramai, mungkin tidak semua, pegawai JAIS dan JMNS itu kurang ilmu mengenai al-Quran dan as-Sunnah, walaupun di mata masyarakat Islam di Selangor mereka seemingly berilmu, tetapi jelas melalui risalah ini, mereka masih jahil tentang Islam dan syariatnya. Sebagai contoh Rasulallah (s.a.w) melarang umat Islam membuat pembaharuan dalam Islam, kerana semua pembaharuan adalah bid'ah dan semua bid'ah adalah menyesatkan (dolalah) dan tempat orang yg sesat itu adalah neraka. Jika begitu, tidak ada sandaran al-Quran ataupun as-Sunnah tentang 'bid'ah hasanah'. Mengapa diamalkan? Pasdtilah kerana kejahilan ilmu atau sengaja melakukannya seolah-olah menolak ketetapan as-Sunnah dan menerima fikiran manusia yg tidak sedikitun dapat mencapai taraf kerasulan atau kenabian ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment