Sunday, July 11, 2010

JAIS: 'Ajaran Islam Jamaah' Sesat? (Samb.)

Assalamualaikum,
Sauadar kita telah telti risalah JAIS/JMNS yg menyebutkan bahawa ajaran 'Islam Jama'ah' adalah ajaran sesat dan JAIS/JMNS memberikan 8 keslahan aqidah. Kita telah teliti 4 daripadanya. Kita dapati pihak JAIS/JMNS sebenarnya telah membuat banyak fitnah serta pendustaan dalam merumuskan ajaran kumpulan tersebut. Kita telahpun lihat bahawa Islam yg haq itu adalah bersandarkan dua sumber panduan dan sumber amalan serta ibadah iaitu al-Quran dan as-Sunnah. dalam konteks sumber syairat ini Islam jema'ah menepati ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran, iaitu umat Islam wajib berjema'ah dalam menganuti Islam, Ayat 13, Surah an-Nisa', iaitu umat Islam itu taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah), Ayat 80 Surah an-Nisa dan Ayat 7, Surah al-Haysr, iaitu pegang as-Sunnah dan ikuti contoh Rasulallah (s.a.w) dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w), dan Ayat 59, Surah an-Nisa', iaitu taatkan ulil amri (i.e. taatkan Imam atau Amir, iaitu orang yg disepkati oleh jema'ah menjadi suatu pemimpn jema'ah umat Islam.
Kemudian, kita melihat pula ketetapan as-Sunnah yg menjelaskan atau memperincikan pengabidian dalam konteks pengamalannya atau manifestasinya. Kumpulan 'Islam Jema'ah' menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sumber ilmu dan sumber panduan beramal dan beribadah dan mengamalkan Islam secara berjema'ah. Maka sesiapa yg sempat meneliti pergerakan kumpulan tersebut, mereka akan tahu bahawa kumpulan ini berpegang kpd al-Quran dan al-Hadith sepenuhnya secara berjemaah. Sumber as-Sunnah mereka adalah Kuttubul Sittah dan beberapa himpunan kitab hadith lain oleh al-Baihaqi, Imam Malik, al-Hakim, at-Tobrani, Imam Ahmad ibnu Hanbal dan lain-lain. Jika mereka berpegang kpd kitab-kitab hadith tersebut sebagai panduan hidup Muslim dan panduan amalan dan ibadah, maka pihak JAIS/JMNS tidaklah membuat tuduhan pembohongan tentang 'kesalahan' berikut:

5. Isu najis mughallazah
6. Tafsir air dua kolah untuk berwudu'
7. Sembelihan.

As-Sunnah memberikan panduan yg terperinci tentang segala sesuatu dalam syariat Islam itu, termasuklah perkara cara dan kaedah membersihkan najis, akibat najis terhadap sesuatu amalan, tentang syarat air untuk berwudu' dan hukum hakam mengenai sembelihan dan ternakan atau haiwan yg boleh disembelih dan bagaimana menyembelih, termasuklah hukum mengenai ternakan buruan dan sebagainya.
Menyentuh tentang najis, 'Islam Jama'ah' sering mengulangi ijtihad sebagai memperingatkan pengikutnya supaya berwaspada dengan najis kencing kanak-kanak yg sudah mumaiz. Kerana, najis kencing inilah antara sebab utama mengapa orang Islam disiksa di dalam kubur mereka. Pernahkah kita terdengar pihak JAIS/JMNS menasihatkan kita tentang cara-cara mengelak diri dari siksaan kubur kerana najis dari kencing kanak-kanak yg sudah mumaiz (i.e. sudah mula makan makanan selain susu ibunya)? Pernahkah kita dengar orang JAIS/JMNS mengajarkan kita bagaimana mencuci najis kencing kanak-kanak sedemikian supaya kita pasti pakaian yg kita gunakan untuk solat itu bersih dari najis kencing kanak-kanak sedemikian?
Oleh kerana 'Islam Jama'ah' berpandu kpd dua ilmu yg haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah, dan para ulama'nya sering menasihati pengikutnya dgn sepenuh kefahaman tentang dua ilmu tersebut, sudah pastilah dalam perkara atau urusan najis mereka lebih faham dan berwaspada.
Kita lihat pula 'kesalahan' ke-8 yg disebutkan oleh Risalah tersebut, iaitu solat Jum'at

8. Solat Jum'at di rumah

Jika kita teliti as-Sunnah kita akan dapati Solat Jum'at itu dijema'ahkan dan tidak boleh dikerjakan secara bersendirian. Tidak ditentukan pula dalam al-Quran atau as-Sunnah di mana wajar disolatkan, kecuali disolatkan secara berjema'ah dan Solat Jum'at itu hendaklah mengandungi khutbah (dua bahagian) dan khutbah itu adalah SEBAHAGIAN DARI Solat Jum'at. Jika khutbah adalah sebahagian (i.e. a neccessary as well as an integral part of Friday Prayer) drpd solat maka hendaklah khutbah itu dibaca dalam bahasa al-Quran, yakni bahasa Arab. Kerana masyarakat Melayu tidak tahu Arab, maka bolehlah dimaklumkan sebelum khutbah isi kandungannya dan kemudian setelah diazankan (azan pertama) barulah dibacakan khutbah yg haq versi bahasa Arab itu sebelum solat (i.e. azan kedua). Inilah yg dibuat oleh jema'ah di negara-negara Barat spt UK yg faham tentang syariat Solat Jum'at itu.
Oleh kerana Solat Jum'at itu di jema'ahkan dan dalam zaman Rasulallah (s.a.w) masjid itu adalah suatu kawasan yg dilazimkan sebagai mussola, di atas pasir, maka sah dibuat di tempat-tempat sedemikian. Tambahan pula, di Malaysia, khususnya di Selangor, JAIS hanya mentauliahkan tempat solat Jum'at di masjid atau di surau yg diiktiraf oleh pihaknya. Ini menghalang kumpulan tersebut membina masjid mereka untuk Solat Jum'at. Anihnya kaum Muslim India dibenarkan membuat Solat Jum'at di Masjid India (milik mereka). Baru-baru ini ada ura-uran kaum Muslim Cina ingin satu masjid untuk mereka. Tapi, setakat ini belum diluluskan. Jika pihak JAIS tidak menghalang pembinaan Masjid Jama'ah, pastilah Solat Jum'at diadakan di masjid sedemikian, kerana 'Islam Jama'ah', sebagai mengikuti ketetapan as-Sunnah, berkhutbah dalam bahasa Arab. Pihak JAIS/JMNS boleh ke Kediri, Jawa Timur, atau ke jakarta, Jawa Barat di mana kumpulan 'Islam Jama'ah' ini telahpun diterima oleh pemerintah Indonesia, sebagai perkumpulan Islam yg sah, berada. Mereka akan dapati kumpulan 'Islam Jam'ah' akan mengadakan Solat Jum'at di masjid mereka dan khutbahnya dibaca dalam bahasa Arab. Pengikut jema'ah tidak perlukan penerangan isi kandungan khutbah kerana mereka tahu dan faham ayat-ayat al-Quran dan hasith-hadith yg terkandung dalam khutbah tersebut.
Kita yg mengaji ilmu as-Sunnah tahu bahawa Allah (a.w) sering berfirman dalam al-Quran bahawa umat Islam jangan utamakan dunia. Yg terbaik adalah kehidupan akhirat yg kekal. Namun, umat Islam itu wajib dinasihatkan sentiasa tentang kematian dan alam akhirat, supaya mereka tidak leka dan alpa tentang akhirat, tentang syurga dan neraka dan tentang berbuat baik (amal makruf) dan mencegah kemungkaran (nahi mungkar). Solat Jum'at adalah untuk memperingatkan umat Islam tentang ibdah dan amalan serta perlakuan mereka sepanjang minggu yg lalu, apakah mereka sudah bersedia dan menyiapkan diri untuk ahirat. Apakah mereka telah memperbaiki amlan dan ibadah dan meningkat tahap keimanan mereka. Oleh itu khutbah Jum'at adalah memperingatkan manusia tentang tanggung jawabnya terhadap Allah (a.w) dan Islam. Khutbah Jum'at bukanlah untuk melihat dunia dan apa yg telah dicapai serta apa yg ingin dicapai dalam hidup seorang Muslim pada hari muka. Hari ini khutbah Jum'at sudah menyimpang dari tujuan Islam kerana lebih menumpukan kpd perkara dunia, terutama apa yg kerajaan mahukan umat Islam lakukan untuk dunia bernegara dan untuk mencapai cita-cita dunia. Justeru itu, khutbah Jum'at telah terasing dari syariatnya yg haq yg asal!
Kumpulan 'Islam Jama'ah' sering mengutamakan persediaan akhirat dan ukhuwah Islam di kalangan umat Islam menepati cogankata Islam 'innamal mukminina ukhwatun' (maksud: sesungguhnya orang Islam itu bersaudara' dalam Islam). Mereka sering di nasihatkan tentang adab dan tatakelakuan terbaik bagi umat Islam, termasuklah membina budi pekerti terbaik tidak memfitnah, mencaci, memaki hamun, membuat tuduhan, mengaibkan saudara Islam yg lain, bercakap benar, tidak memfitnahkan saudaranya, tidak berperasagka buruk terhadap saudaranya, sejajar dgn sabda Rasulallah (s.a.w) jika tidak perkara makruf yg hendak diperkatakan, lebih baik diam sahaja. Kerana ramai ahli neraka itu orang yg dirosakkan oleh lidahnya. Orang Islam itu bersedia menerima nasihat yg baik, tidak meremehkan nasihat yg baik lagi hak dan tidak menolak kebenaran. Jika sesuatu itu ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah, orang Islam itu bersedia menerima dan membetulkan amalan dan ibadahnya sejajar dgn ilmu yg disampaikan kpd mereka.
Kumpulan 'Islam Jama'ah' itu tahu dan faham as-Sunnah. Maka dgn itu jika sesuatu itu tidak dibenarkan oleh al-Quran dan as-Sunnah, mereka akan berusaha mematuhinya sekuat mampu mereka. Malangnya, ramai mereka di jabatan ugama, termasuk JAIS/JMNS, yg masih cetek ilmunya, tidak mahu menerima sesetengah dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dengan itu tidak hairanlah apabila Rasulallah (s.a.w) memberitahu selepas ketiadaan beliau Islam berpecah menjadi 73 golongan umat Islam, semuanya mengakui mereka Islam, tetapi mereka lakukan atau amalkan banyak perkara atau amalan yg tidak disuruh oleh al-Quran dan as-Sunnah, malah mereka meremehkan kumpulan yg ingin menegakkan kebenaran dalam Islam. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa 72 golongan dari 73 golongan tersebut menganggap diri mereka Islam, tetapi tidak mendapat syurga, i.e. terjerumus ke dalam neraka. Dan, hanya satu golongan Islam yg berjaya mendapat syurga, iaitu umat Islam yg anuti Islam secara berjema'ah dan mereka berpandukan semata-mata as-Sunnah dalam menjalani kehidupan dunia sebagai orang Islam yg beriman. Maka dgn itu jugalah Rasulallah (s.a.w) memberitahu sesiapa yg tidak ikuti as-Sunnah atau sebahagain dari as-Sunnah adalah orang yg 'abba' i.e. ingkar atau menolak as-Sunnah. Mereka itu, sabda Rasulallah, tidak masuk syurga. Kalau kita Islam tapi tak dapat syurga, samalah kedudukan kita sebagai orang kafir yg Allah (a.w) beritahhu tidak akan masuk syurga orang ingkar atau kufur sebagaimana tidak akan dapat masuk syurga orang yg syirik dan kafir. Mereka hanya dapat masuk syurga sekiranya dapat masuk seekor unta ke dalam lubang jarum! (Ayat 40, Surah al-A'raf). Mustahil atau tidak mungkin.
Tidak dinafikan ada orang-orang Islam di Malaysia yg menjadi pengikut 'Islam Jama'ah', maka kemungkinan mereka mengadakan solat di rumah kerana pihak JAIS tidak membenarkan Solat Jum'at diadakan di tempat-tempat yg tidak diiktiraf oleh JAIS sebagai 'masjid'. Mereka berpandangan bahawa jika khutbah itu sebahagian yg integral kpd Solat Jum'at itu sendiri, maka khutbah wajiblah dalam bahasa Arab. Jika khutbah tidak dalam bahasa Arab maka pastilah Solat Jum'at yg khutbahnya dalam bahawa loghat - Melayu, Cina atau India - itu mencacatkan solat. Justeru itulah mereka yg faham tentang tuntutan al-Quran dan as-Sunnah di mana-mana di luar Malayisa, akan membaca khutbah dalam bahasa solat, iaitu bahasa Arab. Penulis pernah bersolat di Streatham, UK, dan beberapa lokasi lagi di UK, yg imam solatnya bangsa Pakistan atau Arab atau India, membaca khutbah dalam bahasa Arab, tetapi bagi memudahkan jema'ah faham mesej khutbah itu, isinya dalam bahasa Inggeris dibacakan sebelum khutbah.
Pihak yg berwajib wajib faham dan faqih tentang Islam dan syariatnya, sebelum membuat sebarang tindakan yg boleh ditakrifkan sebagai menghalang ibadah dan amalan yg haq dari diamalkan orang Islam yg faham Islam. Jika tidak, tindak tanduk sedemikian itu samalah dgn tindak tandukArab jahiliah yg menentang Rasulallah (s.a.w) yg membawakan syariat ugama Islam yg haq, wal iya zubillah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment