Dr Yusuf Qaradawi menyebutkan di atas bahawa ulama' dan para ilmuwan mazhab, termasuklah mereka yg menjadi pendokong dan pengikut Mazhab as-Syafie, tidak wajar taksub serta tidak boleh bertaklid pada imam-imam yang dikatakan mengasaskan mazhab itu. Kita telah teliti dalam post-post yg sebelum ini, wasiat Imam as-Syafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad ibnu Hanbal supaya jangan ikuti ketetapannya atau pandangannya jika ada sunnah yg sahih datangnya dari Rasulallah (s.a.w). Jika terdapat percanggahan antara pandapat imam-imam tersebut apabila dirujuk kepada ketetapan al-Quran atau as-Sunnah, maka hendaklah kita yg mengikuti fahaman kemazahaban itu tolak kata-kata mereka dan ambil al-Quran atau as-Sunnah. Al-Quran dan as-Sunnah wajib mengatasi dan mendahului ketetapan siapapun. Jika para ulama' atau ilmuwan fahaman Mazhab tidak mahu terima ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka mereka seumpama bertindak sebagaimana paderi Kristian dan ralib Yahudi, serta pengikutnya seolah-olah hukum mereka lebih tinggi dari hukum Allah (a.w). Ini merupakan kekafiran yg nyata.
Manusia tidak boleh menghalalkan apa yg diharamkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya dan tidak boleh mengharamkan apa yg dihalalkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Contoh: kalau Rasulallah (s.a.w) bersabda: Barangsipa membuat sesuatu amalan atau ibdah yg tidak didatangkan oleh beliau, maka amalan atau ibadah itu ditolak , i.e. tidak diterima. Rasulallah (s.a.w) beritahu kita bahawa seburuk-buruk perkara dalam ugama adalah memperbaharui kpd perkara ugama, dan setiap pemharuan adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap kesesatan tempatnya (i.e. tempat orang yg membuatnya, mengajarnya dan mengamalkannya) adalah dalam neraka. Mengapakah masih bertegang para ulama' as-Syafie wujudnya ' bid'ah hasanah' walhal Nabi (s.a.w) kata semua bid'ah sesat dan batil? Inilah contoh taklid atau taksub kpd mazhab walhal, jikalah Imam as-Syafie, atau Imam Maliki atau Imam Abu Hanfiah atau Imam Ahmad ditanyakan isu ini, pastilah jawapan mereka, ikuti al-Quran dan tolak ajaran mereka, jikalah benar mereka yg ajarkan 'bid'ah hasanah' itu. Kerana, itulah pesanan atau wasiat mereka. Mereka juga adalah ulama' muhadithin, mungkin tidak sehebat Bukhari dan Muslim dalam konteks hadith atau as-Sunnah, tapi merekalah membawakan as-Sunnah kpd kita semua supaya kita boleh terpandu dalam Islam.
Insya Allah, kita akan teliti dan komen kesemua yg kita postkan kemudian nanti, insya Alllah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment