Monday, July 12, 2010

JAIS: 'Ajaran Islam Jamaah' Sesat?(samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah bincangkan Risalah JAIS/JMNS yg menyatakan bahawa ajaran 'Islam Jam'ah' adalah satu ajaran sesat. Pihak JAIS/JMNS memberikan 8 'kesalahan' aqidah, antaranya apa yg mereka katakan ketetapan 'Islam Jam'ah' mengenai najis. JAIS mempersoalkan tentang isu air wudu' dua kolah serta tafsiran air musta'mal ('kesalahan' ke-6).
Oleh kerana JAIS menyebut tentang kecukupan air untuk berwudu' itu, maka elok kita bincangkan sedikit lagi isu ini dengan melihat sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith.
Menceritakan Yahya bin Said berkata menceritakan hadith kepadanya oleh Syu’bah (r.a) berkata bahawa menceritakan kepadanya oleh Abdullah bin Abdillah bin Jabarin berkata: ‘Aku mendengar Anas bin Malik (r.a) berkata dia bahawa ada Rasulallah (s.a.w) berwudu’ dengan semangkuk air, dan mandi (junub dia) dengan lima mangkok air.’ Dan, diriwayatkan hadith daripada Qatadah hadith daripada Safiah binti Saibah (yang mendapat) hadith daripada Aisyah (r.ah) (berkata) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) ada berwudu’ dia dengan satu ‘mud’ (satu ukuran air kira-kira satu liter air banyaknya) dan mandi (junub dia) dengan satu ‘sok’ (satu ukuran air kira-kira lima liter banyaknya).’ [Hadith an-Nasa’i]
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa Anas b Malik (r.a) mengatakan Rasulallah (s.a.w) pernah berwudu' dgn air hanya dgn semangkok air dan mandi junud dgn lima mangkok air. Kemudian, Aisyah (r.ah)memberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) ada kalanya berwudu' hanya dgn satu mud air dan mandi junub dgn satu sok air. 'Mud' adalah ukuran air sebanyak satu liter dan 'sok' adalah ukuran air sebanyak 5 liter. Hadith an-Nasa'i adalah hadith yg sahih, maka dgn itu boleh dijadikan asas hukum dalam Islam.
Sejajar dgn ketetapan hadith inilah, maka kita yg berada di Mekah atau Madinah sering melihat orang Arab menggunakan sebotol air mineral untuk berwudu'. Islam itu mudah. Tapi, umat Islamlah yg menjadikannya sulit. Kerana ada orang yg memandai membuat peraturan tambahan yg menyebabkan sesuatu pekerjaan, spt wudu', itu menyulitkan kita beribadah, kerana terpaksa mencari air dua kolah.
Ukuran air dua kolah itu adalah untuk mempastikan bahawa air sebanyak itu tidak akan dinajiskan oleh sesuatu kotoran. Jika terdapat bangkai tikus dalam air yg dua kolah itu, maka air itu tidak dinajiskan, maka boleh digunakan untuk berwudu'. Inilah ketetapan as-Sunnah dalam dua hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Ditanya kepada Rasulallah (s.a.w) (oleh seseorang) daripada urusan air (untuk berwudu’), dan apa-apa singgah padanya daripada binatang (ternakan) dan binatang buas, maka bersabda Rasulallah (s.a.w):’ Apabila air itu adalah dua kolah tidak menajiskan (oleh sesuatu akan) air tersebut.’ [Hadith Abu Daud & juga at-Termidzi, an-Nasa’i, ibnu Majah, Imam Ahmad, dll]
dan, di dalam riwayat lain
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Apakala ada air sebanyak dua kolah maka sesungguhnya air itu tidak dinajiskan oleh sesuatu.’ [Hadith Abu Daud & juga at-Termidzi, an-Nasa’i dan ibnu Majah]
Nota: Dua kolah air adalah kira-kira 160.5 liter air.
Dgn itu, Islam memberi kemudahan kpd umatnya supaya mudah dalam semua perkara, termasuklah dalam perkara berwudu'. Malangnya, pihak seumpama JAIS mempersoalkan kemudahan yg diberikan oleh Rasulallah (s.a.w) kpd umatnya. Apakah pihak seumpama JAIS itu belum ketemui hadith-hadith tersebut? Atau, mereka temui tetapi mereka, sebagai pihak berkuasa ugama (i.e. 'ulil amri') membuat ketetapan menidakkannya atau menolaknya dan memilih ketetapan yg mereka sukai sebagai panduan mutlak umat Islam? Jika demikian, pihak sedemikian meremehkan hadith. Atau, mereka menidakkan sesuatu yg ada. Atau, mereka menolak suatu ketetapan yg jelas. Allah (a.w) dalam al-Quran menyebutkan, Ayat 7, Surah al-Haysr, ambil pakaiketetapan as-Sunnah. Dan, Allah (a.w) menyebut bahawa janganlah kita mengharamkan benda-benda yg dihalalkan oleh Allah (a.w) dan janganlah kita menghalalkan benda-benda yg diharamkan Allah (a.w). Menolak ketetapan tentang sukatan air untuk berwudu' itu, seolah-olah kita mengharamkan ketetapan yg telah dihalalhan kita ikuti.
Saudara, kalau kita kaji Islam dan syariatnyam, sebagaimana yg diamalkan oleh kebanyakan kita hari ini, kita akan dapati begitu banyaknya perkara yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah yg tidak diterima oleh 'ulil amri' arus perdana, dan begitu banyak pula perkara yg dibenarkan oleh Islam dan syariatnya bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah yg ditolak atau tidak diterima pakai oleh 'ulil anmri' dan para ulama' dan ilmuwan Islam arus perdana. Apakah 'ulil amri' atau para ulama' dan ilmuwan yg menganggapkan diri mereka tergolong dalam istilah 'ulil amri' atau orang yg berilmu boleh mengubah syariat yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)? Kita maklum, bahawa al-Quran dan as-Sunnah wajib diterima in toto, tidak boleh ambil separuh dan tolah separuh. Sesiapa yg menolak sebahagian ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, adalah sebenarnya menolak keseluruhannya al-Quran dan as-Sunnah. Orang yg sedemikian itu tidak boleh dianggap Islam walaupun dia bersyahadah.
Maka sehubungan itulah Allah (a.w) berfirman mengingatkan kita; 'Wahai orang yg beriman, bertaqwalah kepada Allah (a.w) dgn sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati sungguh-sungguh kecuali kamu mati sebagai orang Islam' (Ayat 102, Surah ali-Imran).Ini peringatan yg diberatkan, supaya kita pastikan bahawa kita mati benar-benar dalam Islam atau sebagai orang Islam. Apakah mungkin kita Islam mati tidak Islam? Pasti boleh jadi. Contoh: orang yg mengamalkan bid'ah dan menyebarluaskan bid'ah, terkeluar dari Islam tanpa disedari. maka jika dia mati sebelum meninggalkan amalan bid'ahnya, maka dia mati dalam keadaan tidak Islam, walaupun pada kacamata manusia ramai, dia adalah orang Islam. Berwaspadalah.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment